Want your
own Fotopage?








 

SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Nov-2010 00:40 Email | Share | Bookmark
DAH CARCA MARBA...BYK SGT DAAAA..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam .
baking brownies ni padahal pg smlm gak duk berazam konon nak diet dah tak boh wat kek2 bagai2 tp dah tergoda dgn mamasya jd wat gak hu..hu..aku selongakar seme resepi kat umah sekali jumpa resepi american brownies ni dulu masuk Q sbb takde esen mint tu skrg dah ada blh lah buat he..he..sedap2 ni tp aku mkn seketul dua aje risau badan bertambah2 naik semenjak dua menjak ni sampai baju pun abah kata dah kecut(paham2 lah yer)
jom layan resepi yg aku ambik dr fp kak ana tokey kek kat penang yg sememangnya pandai deco2 kek aku memang sgt2 kagum dgn kak ana tu cuma blm ada masa utk beguru dgn dia
(kata2 kat atas tu dah 2 minggu yer aku cuma copy dr blog aje)


American Brownies

Sumber : internet
copy kak ana
BHN A
310g butter
250g coklat

BHN B
300g gula (brown sugar)-letak 200g aje takut terlebih manis dan memang sedang elok bg ku
1/8 st garam
5 biji telur
1/4 st mint flavour

BHN C
20g serbuk koko } ayak
190g tepung }

BHN D -hiasan
150g walnut, dicincang - tukar almond dgn biji labu

CARA
-Masak bhn A secara double boil sehingga cair. Ketepi dan sejukkan.
-Adun bhn B hingga gula larut. Masukkan bhn A yang telah sejuk dan adun sebati.
-Kaup dan balik bhn C yang telah diayak. Gaul sebati.
- Alas loyang 31x22cm dengan kertas kuih. Sapukan atas kertas ngan butter.
- Tuang adunan dlm loyang dan bakar dengan suhu 180 selama 40'.
- Bila dah masak dan sejuk, sapu ngan ganache. Potong jadi kepingan dan hias dengan walnut


terasa nak mkn donut jd buat lah lak donut ni.entah kali ke berapa dah buat donut lela ni dah byk kali kot tp saje aje lah tayang kan




DONUT LELA
copy mamafami

Ingredients :
2 big potatoes ~ peeled, cut to small pieces, boiled and mashed
3/4 cup lukewarm milk
2 egg yolks
4 tablespoon sugar
1 teaspoon vanilla essence (I added)
500g all purpose flour
1 tablespoon instant dried yeast
3 tablespoons margarine
Method :

1. Pour the lukewarm milk into the Bread Maker pan. Add in mashed potato, egg yolks, sugar and vanilla essence.
2. Top it with flour. Sprinkle the instant dried yeast on top.
3. Set the Bread Maker to Dough. Once the dough is just incorporated, add in margarine and allow the Bread Maker to finish it's process which takes about 1 1/2 hour including proving.
4. Remove from the pan, punch down to let out air from the doh. Roll to the thickness of 1 cm and cut using the donut cutter.
5. Arrange on a tray lined with plastic for easy handling. Leave for half an hour, covered.
6. Fry till golden brown. Coat with castor sugar or dip in melted cooking chocolate and sprinkle with toppings of your choice


Tengok mak yung wat kek lapis aku pun teringin gak mengalahkan org ngidam tp dlm byk2 resepi kek lapis kek ni aje yg aku rasa mudah sikit so layan lah tp aku punya tak cantik lah takpe yg penting mknya sedap memang sedap lagi2 sape2 yg suka kacang2 tu memang sesuai sgt lah
jom tengok resepi mana tau kot2 korang pun nak layan sama ini resepi


KEK LAPIS BATIK SUTERA
Copy Sue-hasue.
Bahan2 (separuh adunan ):

220g mentega golden churn
90g gula halus
5 Biji telur-untuk elak bau hanyir,buang tali pusat telur dahulu
1/2 sudu makan ovellette
90g peanut butter(mentega kacang yg biasa disapu pd roti)
110g tepung gandum
1/2 tin kecil susu pekat manis-kali nih sue guna 5 sudu makan jer
1/2 penutup botol esen vanilla
Pewarna kuning dan ungu
Cara2:
Sediakan semua keperluan untuk memudahkan kerja membuat kek..Panaskan pengukus sementara mengadun kek ini. Loyang digris mentega dan ditabur tepung sekata.
Dalam bekas,masukkan mentega dan gula halus. Pukul sehingga kembang/putih.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul adunan pada kelajuan sederhana
Masukkan ovellette dan esen vanilla dan pukul sekata
Masukkan susu pekat manis,pukul lagi
Kemudian,ayakkan tepung gandum terus ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan kelajuan perlahan.
Kaup balik adunan supaya benar2 sebati menggunakan senduk.Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.
Salah satu adunan ditambah peanut butter,pukul sehigga bear2 sekata(kelajuan sedrhana) dan diwarnakan kuning. Yang satu lagi dibiarkan tanpa perisa dan diwarnakan ungu
Masukkan 1 cawan adunan kuning terlebih dahulu.Ratakan.
Dengan perlahan,menggunakan sudu makn..cedok adunan ungu ke atas adunan kuning.ratakan.
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 7-8 min*bergantung saiz pengukus n kekuatan api)
Apabila kek sudah agak masak,ulangi langkah 9 dan 10 td.
Kukus selama 1 jam. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong


aku dpt resepi setelah selongkar dapur kak nor trg memang terangkat abis lah sedap giler weh



AIR ASAM MENYENGAT by CikManis MyR
copy kak nor secubit garam
asam jawa (anggaran sekepal) + air

*BAHAN UNTUK DIHIRIS NIPIS
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
1 biji tomato
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 biji cili padi

*BAHAN UNTUK DITUMBUK
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1/2 inci belacan bakar
garam
gula

*BAHAN UNTUK DIPERAH
1 biji limau nipis
1/4 biji lemon~ tak letak sbb tak ada stok lemon, ganti dgn limau kasturi jer

Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.


Dah abis idea nak wat kudap2an jd aku wat mini popia dlm nya inti sengkuang+carrot+sosej guna aje kulit popia yg kecik tu jd lah mini popia mkn pun senang


Terliur tengok hana buat aku pun nak buat gak lah memang sedap yelah klu dah kena dgn cheese memang sedap lah kan.

BANANA TOAST

copy HANA

Bahan-bahan
Roti putih - jika suka buang tepi
Pisang secukupnya
Butter
Gula@madu - hana letak gula
Serbuk Cinnamon-ini skip tak letak

Cara-cara
Sapu roti dengan butter. Hiris pisang dan susun di atas roti.
Taburkan gula dan serbuk cinnamon. Ambil lagi sekeping roti dan sapukan butter. Tangkupkan roti yang ada pisang tadi. (Jika ade penerap roti, boleh gunakan utk hasil yg lebih kemas)
Bakar menggunakan toaster sehingga keperangan


Ni lauk nasi minggu lepas setelah kehabisan idea resepi ambik dr dapur kak umi nanti lah kita masuk resepi nak mencari dulu mana duduk resepinya



Ini lah aku rasa satu menu yg paling simple dimple punya he..he..apa yg penting kerjasama wonderpet..wonderpet..(lagu kegemaran abah ni dgn kembar)melalut pulak aku ni nak citer pasal popia tp jd citer kartun plak.tak yah resepi klu nak gi cari umah org lain yer sbb senang benor buatnya ambik pisang tabur gula balut dgn kulit popia siap pastu goreng senang citer



Paprik campur


HONEY MUSTARD PRAWN

http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/10/honey-mustard-prawn.html

BAHAN-BAHANNYA
15 ekor udang saiz besar
1 pokok kecik, daun ketumbar, hiris halus-tak letak sbb tak suka
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 1/2 camca besar "english mustard"-guna yellow mustad aje
1/2 biji lemon, perah jusnya-ganti dgn limau nipis
2 camca besar madu
1 camca besar minyak zaitun
Garam jika perlu
15 batang kayu pencungkil gigi, rendam sekejap-skip malas lah

BAHAN ACAR KOBIS -ini pun tak buat sbb dah biasa buat cuma nak rasa udang aje
1/4 biji kobis bulat, hiris halus2
1/2 biji bawang besar, hiris halus2 (kalau dpt bawang india yang warna merah gelap)
1/2 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

Udang dipotong muncungnya dan kakinya. Cuci bersih dan lap kering2. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 kecuali garam dan pencungkil gigi. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masukkan udang tadi, gaul dan perap 30 minit dalam peti sejuk.
Keluarkan udang. Cucuk badan udang tadi dengan pencungkil gigi, tujuan biar udang menjadi lurus masa dipanggang. Buat hingga siap. Panaskan non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak zaitun. Panggang udang tadi hingga berubah warna pada kedua2 bahagian dan udang masak.
Kemudian angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan saki baki bahan perap dan tambah sedikit air (anggaran 1/4 cawan) dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Ketepikan.
Letak acar kobis dalam pinggan sesuai, ratakan. Susun udang tadi dan curah dengan no.3 atas udang. Hidangkan segera. Pastikan anda mencabut pencungkil gigi pada udang sebelum dimakan


CREAM PUFF
MAT GEBU

BAHAN CREAM PUFF
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla


BAHAN CUSTARD CREAM
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA

UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.

UNTUL CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri

komen~agak keras dia punya doh tp rupa nya cantik cuma aku rasa aku lebih suka resepi yg biasa aku buat


TAT TELUR PORTUGIS
MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA
Kulit puff pastry secukupnya
2 kuning telur
200 ml whipping cream
50 ml air
40 gram gula halus (resipi asal 55 gram)
1/2 keping keju chesdale, disiat2
1 camca teh esen vanilla
1 titik pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA

Satukan whipping cream bersama gula dan air, kacau rata dan didihkan perlahan menggunakan api kecil. Kuning telur tadi dikacau. Tuang sedikit whippung cream suam, dan kacau pantas dengan whisk sehingga sebati.

Tuang bancuhan telur tadi ke dalam baki whipping cream, masukkan juga esen vanilla, kacau lagi dan masak hinga sedikit pekat, gunakan api kecil, masukkan keju yang telah disiat2 kecil, kalau hingga larut dan sejukkan.

Puff pastry dipotong mengikut saiz acuan tat, tekat kemas dah potong lebihannya. Buat hingga siap. Tuang 3/4 penuh dengan no. 2, buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, atau hingga kuning keemasan.

Sejukkan atas jaringan sebelum dikeluarkan dari acuan


Daging Merah~resepi kemudian



Oreo Brownies order dr kawan lama kak aiza


ini pun order dr kak aiza


order dr kak aiza juga


order dr jiran dekat umah 2 biji
kak aiza lagi 2 biji
awin dr klang 1 biji
tuan rumah 1 biji he..he..


order dr kak ila member opis


order dr abg din utk jamuan sekolah anaknya 50biji cmc


Mutabak lapis resepi dr mat gebu~resepi kemudian




NASI SERAI by Jun JC

Copy kak nor
2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
1 helai daun pandan-simpul
2 cawan air


Bahan tumis:
1-1/2 sudu mkn butter
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1/2 in halia-hiris
2 sudu teh remph kurma
3 btg serai-ketuk
Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
Garam secukupnya
Bawang goreng utk hiasan

Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.

** K.Nor guna beras Siam jer sbb tak ada stok beras basmathi
aku guna beras basmathi sedap lah nasi ni ingat2 nak masak masa raya haji nanti

*mana2 cerita tak lengkap nanti aku sambung blk yer ni tengah busy sgt2


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net