SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Oct-2010 04:28 Email | Share | Bookmark
CEKODOK ADA,ROTI ADA,KUEH ADA,CHEESECAKE PUN ADA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam monday..salam mody klu yg keje hu..hu..tau2 seme org ada mood macam ni klu yg keje opis klu keje shif rasanya lagi mody kot sbb dulu aku pun keje shif gak dan memang tension bila weekend langsung tak blh cuti.off day lak kena pilih antara 5 ari dr senin ke jemaat aje hu..hu..sib baik skrg dah keje opis dah tp cuti ari ahad aje plak sabtu tak cuti.tapi itulah manusia tak pernah nak puas bg betis nak peha.dah lah layan sarapan kami anak beranak smlm.dah lama aku pikir apa nak buat dgn jangung frozen yg aku beli dah berkurun tu jd smlm dgn tindakan segera aku cuci pastu masuk blender masuk air sikit blend agak2 hancur aje.pastu masuk bilis masuk carrot sagat pastu bawang mayang tepung siap blh goreng.resepi tak yah lah aku main campak aje tp rasanya garing bila mkn panas2 bila dah sejuk rasanya lembut aje.kakak lak beria-ia mkn

ni pun aku wat smlm gak sambil2 bancuh cekodok aku suruh BM aku uli roti ni memang best aku suka roti dan rasanya dah byk kali wat.resepi nanti lah aku cari dulu kat folder mana entah duduk nya.Buat pg tp mkn mlm he..he..sambil2 tengok berita sambil mkn roti ni minum teh.kita org waktu mkn nasi jarang waktu mlm selalunya sebelum maghrib sbb tu bila mlm2 kena masak2 mcm ni.sekali hadap aje roti ni yelah bukan byk pun.kembar pun bukan main suka lagi sbb aku letak mix fruit.

Quote:
CINNAMON ROLL

sumber-dah lupa tp rasanya ros jintan manis

Bahan-bahan
200 gram tepung roti
4 gram dry yis or yis mauripan ( jgn lupa perap ngan air, tepung n gula sikit ye biar sampai berbuih)
air suam 86ml
1/2 sudu kecil garam
gula 30 gram
butter or marjerin 30 gram
sebiji telur kuning
klu ade pelembut roti leh letak sikit

utk inti
sedikit serbuk cinnamon
2 s/b gula perang klu takde gula putih pun leh
sedikit kismis hitam -gantikan dgn mixed fruit

1.mula-mula perap lah yis tu dan sediakan bahan yang lain
2.satukan semua bahan dan curahkan yis yg telah diperap tadi
3.uli hingga licin dan perap hingga 2 kali ganda, lebih kurang 60 minit lah...bila dah naik tu, tumbuk2 adunan dan uli sekejap.
4.terap adunan tadi tp jgn nipis lah...terap memanjang bentuk segi empat panjang ...tabur cinamon dan gula biar rata dan akhir sekali tabur kismis hitam, gulung doh tadi hingga jadi selinder panjang
5.selepas itu boleh dipotong 8 bahagian dan atur dlm loyang bulat, biar naik 2 kali ganda baru dibakar pada suhu 180 darjah selama 20 hingga 23 minit ikut keperangan roti tu lah...
6.bila dah angkat tu terus glis ngan butter atas dia, biar berkilat sikit n sejukkan atas redai dan bila sejuk, masukkan dlm plastic dan simpan dlm tuppaware utk mengekalkan kelembutan roti tu ye..


he..he..ada org kata aku ni gila masak tak?kata lah nak kata apa dah memang hobi aku masak.klu aku nak marah aku masak,aku geram aku masak,aku bosan aku masak dan aku memang pantang jumpa resepi pelik2 mulalah nak masak sbb tu laki aku ckp taknak bg duit dah sbb aku suka beli bkn2 tp dia kata aje bila aku mintak dia bg gak pastu aku sorok2 ler beli brgnya.Sorok punya sorok kadang aku sendiri pun dah tak ingat brg2 yg aku beli tu he..he..tp aku ada satu masalah iaitu kembar @ anak aku tak suka mkn apa yg dia tahu ibu nak cucu..nak cucu(susu) milo nak cucu bery.hai..anak ku jd nak memikat dia mkn aku pun masak resepi yg aku rasa confirm dia org suka.menu2 yg berunsur mee dan laksa dan kueh teow memang kegemaran dia org tp tak lah lagi2 klu jenis berkuah laju sikit mkn itu pun klu aku suapkan klu mkn sendiri adalah mkn suku tiga suku lagi main tabur atas meje aje.Bila aku tengok kak long tayang laksa aku pun teringatlah nak buatkan utk kembar jd pg smlm gak aku buat utk dia org laksa ni.alah sikit aje ada lah dpt 2 mangkuk buat betul2 utk dia org jd jgn mintak2 yer.Resepi aku senang aje


Quote:
Kuah Lemak
5 ekor ikan sardin/selayang di rebus letak lah garam sikit @ kukus saiz kecik aje ikan ni
1/2 biji kelapa
2 cawan air @ mengikut keperluan lah
sehiris halia-ditumbuk
1 ulas bwg putih-ditumbuk
3 biji bwg merah-ditumbuk
sedikit lada hitam-ditumbuk
garam
gula
1 kpg asam keping
Cara-cara
Tumbuk semua bahan tumbuk lepas tu ambik isi ikan dan tumbuk sekali.kelapa di ambil santan kemudiam campurkan kesemua bahan dalam satu periuk dan masak menggunakan api yg perlahan dan di kacau2 sehingga mendidih bila dah mendidih bolehlah tutup api.sedia di hidangkan


Kalau sesapa suka ulam blh letak ulam timun,taugeh,kacang panjang
boleh juga tambah cili kisar,belacan.


Ini plak menu utk lunch smlm aku mula2 ingt nak gandingkan lauk ni dgn nasi serai tp aku duk cari2 serai tak jumpa entah mana aku letak.cukup2 utk masak lauk atas tu aje.nak masak nasi serai dah tak cukup serainya nak gi kedai dah malas yelah klu gi kedai beli serai 30 sen tp kena pau dgn kembar RM3 kot yer tp biasanya lebih sbb seme kena beli double klu tak bila blk rumah ada lah bergaduh.last2 aku masak nasi putih aje.Pg td bila aku kemas 2 dapur baru ternampak serai duk elok aje tergantung sebelah sink,adoi lah geramnya aku tp mungkin dah tertulis aku tak boleh masak nasi serai tu.Aku konon2 nak masak nasi serai tu utk mkn tengahari lepas tu bawak utk makcik aku sekali tp dah tak jd buat takdelah bawaknya.lauk pun aku tak bawak.siap aku plak gi mkn nasi umah dia kih..kih..Hai melalut plak aku ni dah lah layan resepi ni abah ckp tak suka tp terpaksa mkn sbb aku cuma masak satu jenis aje(gara2 nak gi umah makcik aku jd sempat masak satu jenis aje)

Quote:
DAGING MASAK BALI

copy HANA
Bahan-bahan
1/2 kilo daging - rebus dan hiris kecil (tak rebus sbb guna daging lembut )
*6 batang lada merah @ cili kering
*5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*3 biji buah keras
*1/2 inci kunyit hidup -tukar guna yg serbuk aje
*1 inci lengkuas
*1 inci halia
*1 sk jintan manis, putih, dan ketumbar -tukar gak guna yg serbuk
2 batang serai - ketuk
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 sudu makan air asam jawa
1 biji tomato - belah 4 atau cincang
2 sudu besar kicap manis
Garam dan gula merah@gula melaka
Cara-cara
Tumbuk bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Masukkan tomato dan air asam. Kacau.
Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, daun salam, daun limau purut, serai, kicap manis. Masak sehingga kuah agak kering sedikit.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan gula merah secukup rasa.
Hidangkan dengan nasi hangat.
Untuk bumbu nih leh tukar dengan ayam, telur rebus dan ikan. (klu ikan, goreng biasa dulu)


dah lama ngidam nak mkn kueh ni cari2 kat gerai jual sarapan takde lah plak yg ubi keledek adalah tp beli gak.aku suka mkn yg ada pulut ni jd smlm (smlm lagi hu..hu..jgn mare)aku call sifu(mama) aku kat kg tanya resepi dan bahan2 rupanya senang aje so apa lagi jalan aje lah dan kebetulan umah aku ada tepung pulut hitam jd aku tukar kan pulut putih jd pulut hitam.kat kg kueh ni kita org panggil kueh badak tp kat sini ada gak aku tengok org panggil gegetas.klu kat kg aku gegetas di buat dr gandum lepas tu sira kira mcm keropok tepung lah(dulu masa sekolah aku buat jual kueh gegetas ni).klu org india muruku kita melayu ni kira gegetas ni lah he..he..buat kudapan.dah lah layan resepi aku main tibai aje ni.Kueh ni aje aku bawak gi umah makcik aku.mai tengok resepi tibai aku ni

Quote:
Kueh Badak Pulut Hitam


Bahan-bahan
1 cawan kelapa parut
1 cawan tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
1/2 sudu garam
air secukupnya
minyak utk menggoreng


Bahan-bahan utk sira
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
daun pandan


cara-cara
Campurkan kesemua bahan2 kecuali air bila dah rata baru sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.perap lebih kurang 1/2 jam.tujuannya utk melembutkan doh.selepas itu bolehlah di bulatkan di leper atau di buat lubang spt donut dan di goreng dlm minyak yg byk bila dah masak toskan.
kemudian masakan air gula sehingga menjadi berambut(nak wat ayat mcm mana ni tak tau nak citer lah kira air gula pekat)bila dah pekat masukkan tepung yg telah di goreng td dan gaul sehingga bergula jgn lupa tutup api yer klu tak hangus plak gula tu


Last n3 utk hari lah,wat smlm gak dah lama tangguh agaknya klu cheese tu blh ckp dah lama tanya bila nak masak dia sib baik tak blh ckp klu dia ckp aku plak dah lama blah he..he..mana ada dlm dunia ni cheese blh ckp cuma cheezel aje yg blh ckp tu pun kartun he..he...aku ambik resepi dr dapur ummi kuantan.memang best aku suka klu cheesecake jenis mcm ni.klu ikut ummi dia ada letak base tp aku plak jenis tak suka base so aku buat cheese tu aje ha..ha..kan ke senang nak mkn.lepas tu ummi ckp sedap klu letak topping bluebery jd dah ada stok aku letak gak lah tp aku lebih layan yg plain punya klu ada bluebery pun sedap gak.jom tengok resepi


Quote:
BAKED CHEESECAKE

copy ummizaihadi

Lapisan bawah (crust):-
230 gm serbuk biskut digestive (ummi guna oreo+marie)
30 gm gula kastor
75 gm butter - cairkan

Lapisan atas:
250 gm cream cheese (jenama philadelphia diakui sedap)
125 ml whipping cream
1 camca besar jus lemon (guna limau nipis pun bole)
70 gm gula kastor
3 biji kuning telor
1 camca teh esen vanila
2 camca besar tepung kastad
3 biji putih telor

Cara-cara:-
- Campurkan semua bahan lapisan bawah, ratakan dalam loyang yang telah digris terlebih dulu. Simpan dalam fridge 20 minit.
- Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream dan jus lemon, kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telor dan esen vanila. Putar lagi.
- Akhir sekali masukkan tepung kastad, dan kacau rata.
- Kemudian putar putih telor hingga separuh kental, masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan.
- Tuang ke dalam loyang lapisan biskut tadi. Bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 30-35 minit (bergantung kepada oven).
(Tips: Jangan buka pintu oven semasa memasak. Bila kek telah masak, renggangkan pintu oven. Bila telah sejuk, baru masukkan ke dalam peti selama 4 jam/benar2 sejuk. Sedap diletak topping blueberry jam.)


ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net