SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Oct-2010 07:12 Email | Share | Bookmark
NEOPOLITAN,QUAKER,OREN & OREO

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam..
xperimen 2 minggu lepas
tiba2 rasa teringin lak jd buat lah ramai lak kata sedap tp bg aku sama mcm kek layed lain2 ler

Quote:
KEK NEOPOLITAN STRAWBERRY LAYED CAKE


Copy mat gebu

BAHAN-BAHANNYA
200 gram tepung "Optima" (tepung kek segera)
3 biji telur + 1 putih telur (gred "A")
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 gram susu segar (mat guna susu cair)ikut mcm mat guna susu cair gak
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna makanan ungu-guna warna biru sbb takde warna ungu
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Jem strawberry secukupnya (kalau dapat beli yang tanpa gula)-guna jem blueberry lagi best rasanya


CARA MEMBUATNYA
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran (10 x 10 x 1) inci dengan mentega, alas dasar loyang dengan kertas minyak, dan biar kertas berbaki kiri dan kanan supaya senang dikeluarkan nanti. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Dalam mixing bowl satukan telur, tepung optima, susu dan esen vanilla, putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik, kembang dan pekat. Masukkan mentega cair dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal, 1 lagi dicampur dengan warna ungu dan 1 lagi dengan warna merah jambu. Tuang sesenduk adunan warna asal tadi di tengah2 loyang kek, kemudian atasnya dituang sesenduk warna merah jambu dan akhir sekali sesenduk warna ungu, lapiskan bergilir2 hingga selesai.
Senget2kan loyang sedikit bagi meratakan adunan. Lorekkan adunan tadi dengan hujung pisau, dari penjuru loyang ke penjuru satu lagi. Buat sama untuk penjuru yang lain. Bakar 25 minit atau hingga masak. Keluarkan kek, dan alih ke atas jaringan, sejukkan.
tanggalkan kertas pengalasnya, potong kek kepada 3 bahagian sama besar, sapu jem strawberry tadi dan lapiskan. Buat sama untuk lapisan satu lagi. tekan perlahan2 supaya lekat. Kemaskan tepi2nya, potong dan boleh hidangkan....

CATATAN MAT GEBU :- Dalam gambar tu mat potong kek tadi kepada 3 bahagian sama besar yang setiap satu berukuran (8 x 3) inci. Dan ada berlebih 1 inci. Boleh juga dipotong ikut saiz yang ada ingin kan sebelum melapisnya dengan jem pilihan untuk mengelakkan kek berbaki...Selamat mencuba


Resepi roti yg amat mengeyangkan

Quote:

ROTI KISMIS PURNE QUAKER OAT

copy ROS-jintanmanis

Bahan-bahan ( satu sandwish loaf )-aku buat bun
250 gram tepung roti
1 biji telur
1/2 cawan kismis-tukar dgn mixed fruit yg ada kismis,kulit limau,ceri lagi best
1/2 cawan quarker oat
4 biji dry prune ( dipotong nipis)
140ml susu segar @ air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner atau bread improver


Cara-cara
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan, kecuali kismis dan hirisan prune, kemudian pilih menu Dough dan On je, jika takde BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Bila doh dah lembut dan elastik baru masukkan kismis dan hirisan prune tadi, uli lagi. Kalau takde BM boleh guna cara saya ni Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan lipat tiga, letak di dalam sandwish loaf. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
4.Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat.
5.potong roti sandwish ikut kepingan yang disukai, tak kisah nak potong 8 ke 6 ke 5 ke jangan terlalu nipis ye.
6.kalau doh nak dijadikan bun boleh juga, tapi kena kurangkan masa membarkar tu jadikan 20 atau 18 minit je, yang pastinya roti ni memang mengenyangkan. Selamat Mencuba


Kek Lemon ni dah lama gak print resepi tp tak terbuat2 lagi sbb takde lemon bila dah ada lemon lupa plak resepi ni letak mana.tp minggu lepas sambil2 duk lepak2 aku membelek2 resepi yg bertimbun2 kat dapur tu lepas tu terpandang lah resepi kek lemon yg ummi kuantan buat bahan2 pun senang cuma aku takde lemon tp aku ada oren so aku pun memandai aje tukarkan lemon kpd oren.so terhasilah versi kek lemon tp jd kek oren



Quote:
LEMON CAKE

copy ummizaihadi-homesweethome
Bahan:
100 gr butter
175 gr gula pasir (halus)
2 butir telur ayam (akak guna gred A)
4 sdm susu cair (low fat)
2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bicarbonate
175 gr terigu (tepung gandum)
1 jeruk lemon (buah lemon)(ambil air, parut halus kulitnya)-tukar kpd oren sunkis

Cara membuat:
Siapkan loyang persegi ukuran 20x20x4 cm, oleskan margarine hingga rata. Taburi sedikit terigu (tepung gandum), ratakan...sisihkan
Kocok (Pukul) butter dan gula pasir hingga kental dan gula larut.Tambahkan telur satu persatu sambil terus kocok hingga rata.
Masukkan susu, air jeruk dan parutan kulit jeruk sambil terus dikocok hingga rata.
Tambahkan tepung terigu, baking powder dan baking soda, aduk rata. Tuang ke dalam loyang, ratakan.
Panggang (Bakar) dalam oven panas bersuhu 180 C selama 35 minit hingga matang dan berwarna kuning kecoklatan, angkat dan biarkan dingin

kek ni sedap kaya dgn rasa oren tp disebabkan terlebih bahan cecair jd kek ni penyek kat tengah.lain kali klu guna oren kena lebihkan sikit tepungnya
resepi nanti aku cari tak tau kat mana dah letaknya.jap..jap..

Dah lama ngidam nak wat brownies ni sejak aku tengok kat blog mak lang tp tak terbuat2 gak yelah byk sgt resepi yg Q tp bila satu hari aku beli biskut oreo lepas tu si kembar cuma reti mkn krim putih tu aje jd aku langsung terfikir kat brownies oreo ni jd aku pun asingkan siap2 biskut dgn krim jd yg krim tu aku bg kat kembar tp bila dan bg mkn krim aje tak mau lak.suka hati korang lah janji ibu dpt wat brownies ni.memang best bg aku cuma klu kita biarkan lama dia bertukar jd biskut hu..hu..

Quote:


Resepi : Rich Oroe Choc Brownies,alongroz,http://homekreation-recipes.blogspot.com

INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)



METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.
2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.
3. Bake 170C for 45 min.


Ada lagi belen strawbery kat umah jd duk pikir2 aku pun wat lah smooties ni sedapa rasa lemak2 masam sikit

bahan2
susu pekat
ais
air secukupnya
strawbery

blend seme sekali harung sampai strwbery hancur dan siap di minum klu ada ais krim lagi sedap


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net