SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Oct-2010 01:19 Email | Share | Bookmark
NASI,CHEESE DAN KEK

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam

Entah apa2 aje kan tajuk n3 aku tu sebenarnya aku dah tak tau nak letak tajuk apa so abaikan aje bab2 tajuk tu.dek kerana tak mau terlepas pandang antara masakan yg telah aku cuba jd aku mesti masukan kesemua sekali dlm satu masa yg aku sempat update jd jgn lah marah klu aku punya n3 panjang berjela2.

Mula2 kita cite pasal nasi.Dah lama dah aku print resepi nasi ni cuma belum sampai seru utk membuatnya.jd masa sabtu lepas aku saje buat gatal kaki gi masuk market Jusco lepas tu ayam murah mula2 ambik se ekor pastu budak yg potong ayam tu pulak duk goda aku(jgn salah paham yer dia org ni seme adik2 yelah dulu kan aku pun keje Jusco gak tu yg terlebih sembang) supaya beli 2 ekor last2 aku beli gak 2 ekor.Tp aku ambik seme yg kecik2 aje.Blk umah duk cari2 beras basmathi dan aku terjumpa kat dlm kotak stok brg2 bakery jd jln ajelah resepi nasi ni.Tengok bahan2 pun takde susah mana pun.Jom layan resepi.Chef ckp sedap lain kali blh masak lagi.nasi ni pun ada ala2 mcm nasi tomato gak


sori yer gambar dlm periuk aje ada.lagi satu resepi ajar lain aku bantai lain.ini kes malas lah ni.

aku cuma buat tambahan lauk goreng ayam+dalca+acar mentah+acar buah
Quote:

NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)
Sumber : Aidah
copy kak ummizaihadi yg sambut besday hari ni

Bahan-Bahan:
(yang bertanda * dalam column tu, sukatan bahan ikut 2 cawan beras)

1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
Air mengikut paras beras (* akak masak 2 cawan beras, airnya letak 3 cawan)
1 ekor ayam - potong ikut suka (*4 ketul ayam)
5 biji bawang besar - potong dadu (*akak guna 1 biji bawang besar)
8 ulas bwg putih - dicincang (*akak letak 2 ulas)
2 jari halia muda - dihiris (* akak letak 2 cm)
10 biji tomato segar - dipotong dadu (*akak kisar 2 biji tomato sederhana)
1 tin kecil tomato puree (*akak letak 2 sudu besar)
10 biji buah pelaga -dipecahkan (*2 biji)
5 kuntum bunga cengkih (*2 kuntum)
5 cm kayu manis (* 1 inci )
1 sudu teh serbuk lada putih (*1/4 sudu teh/secubit dua)
1 cawan minyak conola - (*akak guna 2 sb. butter)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar (* akak x hiris pun, letak je 2 3 btg gitu)
1/2 caw daun pudina (* 1 sudu besar )
garam secukup rasa

Bahan hiasan untuk ditabur:(semua bahan hiasan tak letak sbb dah terlupa nak letak he..he..)

1/2 cawan bawang goreng
1/2 caw hirisan badam goreng (* akak x letak, ganti raisins)
1/2 caw gajus goreng (*akak x letak pun)

Cara-Cara:-

Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak



ini aku buat utk anak kakak yg selalu jaga kembar klu aku nak keluar merayau bila hujung minggu.kebetulan sabtu lepas katanya nak wat besday anak dia yg kecik jd lepas aku gi ambik kembar kat umah dia aku pun blk umah buatkan sebiji kek ni(dia ni org susah anak ramai selalu tanya aku klu ada kueh2 yg lebih bg kat dia,kesian pulak aku dengar)

Resepi seterusnya aku buat tiramisu yg biskut tiramisu tu pun klu blh berckp dah lama beckp entah bila aku beli tak tau lah tp rasa2nya thn lepas kot(oopppsss blm exp lagi yer jgn risau).Aku ni bknlah golongan yg suka sgt elemen2 kopi dlm kueh(ceh..ceh...mcm bahasa sekolah plak)tp dek kerana nak mencuba so layan lah gak dan kebetulan tiramisu ni aku nak bawak ke umah makcik aku yg buat mkn2 ke esokan hari nya jd sedang molek lah.buat hari sabtu masuk peti dulu mkn hari ahad.
Quote:

TIRAMISU
Sumber Chef Hanieliza
Copy http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2009/12/tiramisu.html

Bahan A:-
24 keping biskut tiramisu
250 gm cream cheese
150 ml yogurt asli (plain yogurt)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air *
1 sk. nescafe * (dibancuh bersama)
serbuk koko secukupnya (*akak guna Vouchelle)
Bahan B:-
150 ml air
1 sb. serbuk agar-agar
Cara-Cara:-


Susunkan 12 keping biskut tiramisu dalam loyang yang sesuai.
Basahkan biskkut tadi dengan air nescafe.
Pukul keju dan gula hingga gebu.
Masukkan yogurt dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
Masak bahan B hingga mendidih dan masukan dalam adunan, kacau rata.
Sapukan sebahagian adunan keju ke atas biskut tadi.
Ulang lagi dengan menyusun baki biskut di atas keju pula (*akak ayak serbuk koko dulu atas keju sebelum susun lagi biskut di atasnya)
Lapiskan pula baki keju tadi di atas lapisan biskut yang akhir.
Ayakkkan rata-rata serbuk koko atas permukaan atas keju.
Sejukkan beberapa jam di dalam fridge sebelum dihidangkan


Resepi ke 3 adalah lasagna.yg ni konon2nya nak wat sarapan pg ahad tp dah terlajar lagi pun kat dapur ada lagi baki roti bunga tu yg masak main2 aje dan yg pasti abah tak layan benda2 mcm ni aku dgn kembar aje mkn dan aku angkut gak gi umah sujah aku ptg tu.


Quote:

LASAGNA
copy ishamizu.fotopages

Bahan-bahan:

3-5 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar (kita gelar bawang besar putih, ada org panggil bawang india)
1 paket ayam/daging kisar (dicuci dan ditos)
1 botol besar lasagna/traditional prego/dolmino/any tomato paste will do... (ibu guna tradisonal cendawan kimball)
Lasagna sheets (depends how big is ur moulder)
Oregano herb secukup rasa
Grated cheese (lg byk lg sedap! )

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dlm periuk, tumiskan bawang besar putih yg dipotong dadu/hiris
2. Setelah naik baunya, masukkan ayam/daging kisar dan biarkan sehingga ia empuk.
3. Setelah daging empuk, tuangkan lasagna tomato paste ke dlm periuk dan gaul sebati selama 5-10mins.
4. Ambil acuan, (kte guna tray oven je ), susun lasagna sheet sehingga meliputi permukaan acuan.
5.Tuangkan kuah yg dimasak td ke dlm acuan dan sekali lg pastikan ia menutupi semua lasagna sheet.
6. Taburkan sedikit oregano herb dan secukup grated cheese.
7.Ulang step 4-6 sehingga penuh acuan.
8. MAsak dlm oven pd suhu 140c selama 40mins
.


hari ahad lepas gak aku ada buat talam keladi ni jd bawak jugak gi umah sujah aku.nak makan sorang memang tak abis punya.resepi sama kat sebelah


mak long@madiha buat puding dgn nasi dagang tp gambar nasi tak ambik lah.

Hari ni pulak ada buat mkn2 kat opis sempena menutup tirai shawal ni.kita org utk staff2 malay aje utk semua org co dah buat minggu lepas.ada yg buat nasi tomato,rendang,satay,lemang dan mcm2 lagi aku aje wat kek dgn roti jala ni.





Kek teh hijau ni sebenarnya kecik aje tp aku pulak kes nak bg cepat masak so guna loyan besar sbb tu nampak nipissss..aje.sedap kek ni kena dgn gabungan almond tu

Quote:


MATCHA MARBLE CAKE
http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/12/matcha-marble-cake.html
BAHAN-BAHANNYA
140 g mentega
2 biji telur gred A
120 g gula halus
120 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
60 g serbuk badam
2 camca besar serbuk teh hijau (mat guna 1 camca besar je..hehehe, jimat u!)
2 camca besar air panas
CARA MEMBUATNYA
Satukan serbuk teh hijau dengan air panas dan kacau rata hingga menjadi paste. Satukan tepung yang diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan.
Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga adunan kembang.
Pada speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Cedok keluar 1/3 adunan dan bancuh dengan paste teh hijau, kacau hingga sebati.
Dalam tin yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas, tuang adunan kosong dan diikuti adunan teh hijau, pusing dengan chopstick untuk mendapat kesan marble.
Bakar 180C selama 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...


kek ni pulak ala2 rasa mkn dgn ubat gigi pun ada gak tp aku ok aje cuma abah aje rasa pelik so dia tak minat terus tolak tepi.
Quote:



CHOCOLATE MINT CAKE
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2009/02/chocolate-mint-cake.html
Bahan:- (loyang bulat 8 inci)
200 gm tepung naik sendiri
230 gm mentega
220 gm gula kastor
230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)
3 gm esen vanila (1 sudu teh)
30 gm serbuk koko (*ummi tambah lg 1 sudu teh emulco paste)
50 gm susu segar
beberapa titis pewarna hijau
beberapa titis esen peppermint


Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).
Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.
Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.
Buatlah secara berselang seli hingga habis.
Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.


Bahan Topping Honey Choc Fudge:-(tak buat pun)
150 gm coklat masakan
30 gm fresh cream
30 gm mentega
15 gm madu (2 sudu besar)
Cara Menyediakan:-
Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara "double boiler" sambil dikacau selama 5 - 10 minit hingga fudge sebati.
Sapukan fudge yang masih setengah panas di atas dan tepi kek.



Quote:
ROTI JALA

Bahan:-(akak buat half dari adunan di bawah ni)
750 - 850 ml air
410 ml susu cair (*akak guna fresh milk)
600 gm tepung gandum
2 biji telor
3 - 4 sudu makan minyak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan - untuk merenjis
Cara-Cara:-
Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.
*Nota - bila letak adunan dalam acuan, kalau adunan keluar x laju, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.



ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net