SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 23-Sep-2010 09:42 Email | Share | Bookmark
CACA MARBA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Aidilfitri..
dah lama tak masuk n3 rasa rindu pulak jd utk hilang rindu kita tayang roti green tea ni.
Resepi ambik dr fp mamafami yg memang teror bab2 roti yg bercolour2 ni.roti ni memang sesuai utk minum petang atau buat sarapan.Aku buat roti ni utk sarapan jumaat lepas lepas tu bawak gi PJ sekali utk makcik ku.T.Q mamafami utk resepi ni.adunan ni blh dpt dlm 20 biji bun saiz mcm kat kedai lah jd klu sesapa nak try blh tengok resepi bawah ni

Quote:
JAPANESE GREEN TEA BREAD

Source : Mr Alex Goh
copy mamafami
Ingredients :

(A)
400g bread flour
100g plain flour
75g sugar
8g salt
8g green tea powder (I put about 2 1/2 teaspoons)
1 tablespoon milk powder
4 teaspoons instant dried yeast

(B)
2 eggs
200ml cold water (I put lukewarm water)

(C)
60g butter (I used margarine)

(D)
pinch of black sesame seed

Red Bean Filling (I used the readymade red bean paste from the bakery supplies shop)

(A)

150g red beans
800g water

(B)

150g sugar

(C)

40g butter

Method :

1. Mix (A) till well blended. Add (B) and mix to form a dough.

2. Add (C), continue to mix to form a smooth and elastic dough.

3. Mould it into a ball. Place in a bowl and cover with clear film (I wrapped the bowl with a clean plastic bag). Let it prove in a warm place for 45 minutes or until it doubles its size.

4. Divide the dough into 60g pieces and shape them into balls, then let them rest for 10 minutes.

5. Flatten the dough and place the filling in the centre and shape them into balls. Place the dough onto a baking tray.

6. Let them prove for 45 to 60 minutes or till they double in size.

7. Brush with egg wash and sprinkle some black sesame seed on top. Bake in a preheated ove at 190 C for 12 - 15 minutes. Serve.

To prepare the filling :

1. Boil (A) till soft.

2. Discard water, add (B) and cook till thick.

3. Add (C) and continue to cook till thick. Allow to cool. Set aside.



Ini versi alihbahasa copy dr mamafami gak

Quote:
ROTI TEH HIJAU JEPUN
Sumber : Mr Alex Goh
Bahan-bahan :

(A)

400g tepung roti

100g tepung gandum

75g gula

8g garam

8g serbuk teh hijau (lebih kurang 2 1/2 sudu teh)

1 sudu besar susu tepung

4 sudu kecil yis segera

(B)

2 telur

200ml air sejuk (mama gunakan air suam)

(C)

60g mentega (mama gunakan majerin)

(D)

secubit bijan hitam /ibu guna kuaci

Inti Kacang Merah (Mama gunakan inti yang dibeli di kedai barangan kuih)

(A)

150g kacang merah

800g air

(B)

150g gula

(C)

40g mentega



Kaedah penyediaan :


1. Adun (A) sehingga sebati. Tambah (B) dan uli sehingga menjadi doh.

2. Campur (C) dan terus menguli sehingga doh menjadi lembut dan kenyal.

3. Bentukkan menjadi bebola. Letakkan dalam mangkuk dan tutup dengan plastik. Biar ia naik di tempat yang panas selama 45 minit atau berganda saiznya.

4. Bahagikan doh menjadi 60g satu dan bentukkan menjadi bebola dan rehatkan selama 10 minit.

5. Ratakan bebola. Bubuh inti kacang merah dan bentukkan ia menjadi bebola lagi. Alaskan dengan kertas pembakar.

6. Biarkan ia naik selama 45 hingga 60 minit atau berganda saiznya.

7. Sapu dengan telur dan taur sedikit bijan hitam di permukaan. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190 C selama 12 hingga 15 minit


Boring2 duk kat umah ni terasa nak mkn carrot kek pastu duk jln2 kat tenet jumpalah resepi ni kat myresepi.aku pub try ler sbb tak pernah lg cuba resepi carrot kek yg jenis ni.memang best marverles

Quote:
Almond Carrote kek

sumber http://www.myresipi.com/top/detail/3660

Bahan-bahan ( 1 buku - loyang 8 in )
3 biji telur
3/4 cwn minyak jagung/minyak masak biasa
1 1/2 cwn tpg kek
3/4 cwm gula halus
1/2 cwn brown sugar
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil serbuk bikarbonat soda
2 sudu kecil cinnamon powder
2 cups carrote yg dah di parut dan di toskan.
1/2 cups almonds yg sudah di bakar..(dadu)

Cara-cara
1.for cream cheese:.
200g cream cheese
100g butter
100 g icing sugar

2.topping: pukul semua bahan hingga putih n kembang
3.untuk Kek:
4.Pukul telur sampai kembang, masukkan minyak dan pukul hingga sebati.
5.masukan gula halus n brown sugar - pukul hingga sebati gak.
6.ayak semua bahan2 kering (tepung kek, cinnamon powder n bikarbonat)
7.kemudian masukan bhn2 kering ke dlm adunan telur n kacau hingga sebati.
8.masukan carrote n almond. kacau hingga sebati dan sedia utk di bakar pada suhu 180 `C selama 45 min


Ini cerita lapuk,aku buat 2 ari sblm blk kg nak perabis kan cream cheese yg duk betapa dlm peti ais.lagipun dah lama tak layan ciskek jd buat lah kek ni.aku memang suka gabungan cheese dgn blueberry ni terangkat you dia punya rasa

Quote:
BLUEBERRY COTTON CHEESECAKE

Source : Nina
http://mamafami.fotopages.com/?entry=1536165

Ingredients :
A
250 g cream cheese
50 g butter
100 ml fresh milk

Double boil ingredients A then leave it to cool.

B
60 g superfine flour
20 g cornflour
6 egg yolks
1/4 teaspoon salt
1/4 teaspoon blueberry coloring -tak letak
1 teaspoon blueberry essence -tak letak

Add ingredients B into ingredients A and mix.

C
6 egg whites
1/4 teaspoon cream of tartar
140 g sugar

Beat egg white till foamy and add cream of tartar. Continue beating and add sugar a little at a time. Continue to beat until the soft-peak stage. Fold in the mixture of ingredients A and B.
Pour the mixture into an 8 inch round pan, greased and layered with greaseproof paper. Bake in a pre-heated oven at 160 C using Baine Marie method, for 1 1/2 hours


Versi alih bahasa

Quote:
BLUEBERRY COTTON CHEESECAKE
Sumber : Nina

Bahan-bahan :
A
250 gm cream cheese
50 gm mentega
100 ml susu segar
Semua bahan disatukan dan dimasak secara double boiler - sejukkan

B
60 gm superfine flour
20 gm tepung jagung
6 telur kuning
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil pewarna grape
1 sudu kecil esen blueberry

Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam adunan A yang telah disejukkan tadi - kacau hingga sebati.

C
6 telur putih
1/4 sudu teh cream of tartar
140 gm gula pasir

Putih telur diputar hingga berbuih. Masukkan cream of tartar, putar lagi dan masukkan gula - putar hingga kembang dan berbentuk 'soft peak'. Campurkan secara kaup balik ke dalam adunan tepung tadi.
Bakar menggunakan acuan bulat 8' yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak - bakar secara bain marie. Bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 160'C


Lauk yg di request dari chef kat umah.katanya teringin nak mkn asam pedas daging yg ada lemak2 tu.aku pun ckp lah abah gi beli barang ibu masakan(konon2 mcm pandai aje padahal seumur hidup sekali pun aku tak pernah masak lauk ni) Elok aje seme brg dah siap2 aku pun gi ler cari kawan baik aku apa lagi buku resepi bergerak aku buka dapur cik mat gebu pastu buka dapur lain resepinya lebih kurang aje cuma dia org letak lengkuas dlm resepi ni dan aku pulak masak sebijik sejibik mcm masak asam pedas ikan tu cuma aku rebus dulu danging pastu baru tumis asing bhn2 kisar kemudian campur sekali dan terhasilah asam pedas tetel versi ku ini.utk resepi aku main agak2 aje jd klu sape2 teingin kena lah rujuk pd yg pakar.Aku masak lauk ni pun dah lama masa bulan posa lagi cuma tak sempat nak masuk n3


Dah lama tak mkn donut jd minggu lepas dlm duk pikir nak wat sarapan apa aku teringatlah kat BM aku dah lama duk betapa sejak bulan posa takde sape nak guna(yelah sape nak guna aku sorang aje yg masak he..he.)teringat donut yg di bakar tu dlm ada inti jem klu wat versi goreng mesti sedap ni dan aku pun buat ler ternyata memang gebu dan lembut walau sampai mlm memang tak tipu cubalah.Aku guna resepi Baked Jam Fillet Doughnut cari aje kat peti sebelah yer


Sarapan ari apa dah lupa lah rasanya rabu lepas kot.semenjak lepas posa ni mcm2 rasa nak mkn mengalahkan org ada isi lak.cekodok tu aku ambik gambar 4 ketul sbb bos besar dah tak sabo nak mkn aku pulak sibuk nak bergambar tu pasar 4 ketul aje.nak resepi gak ke?alah lebih kurang aje mcm org lain buat tp takpelah kot2 ada yg terliur aku letak lah resepinya

Quote:

CEKODOK IKAN BILIS
Bahan-bahan
2 cawan tepung
1 labu bwg besar di mayang
1/2 cawan ikan bilis mesin
segengam sayur kubis+carrot di sagat halus
1/2 teh yis + 1/2 cawan air
garam
air secukupnya
campur kesemua bahan2 dan biarkan sebentar dan blh lah di goreng


Kueh minum petang yg memang menjadi kegemaran kami semua.Aku buat ni pun tak byk cukup2 utk 4 beranak mkn mcm dlm gambar tu lah.Klu dulu buat kueh ni selalu aje jd mata ikan(tak masak tengah) skrg aku dah tau caranya utk elakan dr jd mata ikan.aku dah lupa mana aku jumpa resepinya tp klu tak salah mat gebu kot tapi aku memang tak ikut dia punya resepi pun aku main hentam aje.

Quote:

KUEH SAGO/BRONOK
bahan-bahan
1 cawan sago warna merah di rendam smlman
4 sudu gula


Kelapa+garam utk di salut pd sago


Cara
Sago mesti di rendam sehingga betul2 kembang tp jd kasar2 nanti hancur seme sago tu.bila dah kembang cuci dan tos kemudian gaul dgn gula dan kukus.Ibu kukus guna bekas agar2 jd takyah potong2.Biarkan sejuk baru keluarkan dari bekas dan gaul dengan kelapa


Tengok madiha masak roti jd bebola aku pun nak try gak memang sedap tp agak keraslah aku baut mgkin terlebih goreng kot tp apa pun memang sedap.aku buat setengah adunan aje
Quote:


BEBOLA ROTI
Bahan-Bahan


14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil

2 biji telur (saiz besar)

3 batang cili merah ~ dihiris

1 biji bawang besar ~ didadu halus2

sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)

2 sudu teh serbuk lada putih

garam secukup rasa

perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)

minyak utk menggoreng

Cara menyediakan
Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya.. masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari


Dah abis idea dah ni pg ahad lepas sambil2 ber FB(weh pg2 buta dah melepak kat fb) aku pikir duk pikir apa nak buat dgn pastri puff yg ada dlm peti tu last2 dpt idea buat crosant tp sblm tu merayau gak cari resepi crosant jumpa kat mamafami tp di sebabkan crosant tu lebih kurang roti maka aku pun buat crosant guna puff pastry aje tak sangka menjadi pulak mkn pulak dgn muchroom soup memang best ler

aku ajak sekali kawan2 seangkatan join sama apa lagi klu bukan galic bread he..he..


Ni nak tayang pulak lauk nasi hujung minggu.aku masak ciput2 aje tau jgn sibuk2 nak mintak klu nak masak sendiri he..he..tp sikit2 pun blh mkn 2 ari tu yelah kita org ni jenis mkn nasi sekali sehari je tgh versi nasi ptg versi mee ke maggie pun jd gak




AYAM MADU
Quote:
resepi: kak amy mustafa UK @ http://babysofea.fotopages.com/
copy shima27.fotopages
6 ketul ayam
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
1 cm halia
2 batang serai
½ biji bawang besar
6 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
4 sudu besar sos cili
8 sudu madu – i kurangkan sbb x suke terlampau manis
** 1/2 labu bwg besar - dipotong gelang (i tambah)

CARA:
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama kunyit serta garam.
2. Goreng hingga masak. Kisar halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan serai yang diketuk hingga naik bau.
4. Masukkan sos cili dan madu. Rasakan garam dan bahan perasa. Gaul ayam hingga rata dan bolehlah dipadamkan api




Quote:
IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

copy kOI
Bahan :
2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia - kOi guna udang
1/4 cawan tepung serbaguna - buat tepung sendiri jer haha
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskanminyak utk menggoreng
Bersihkan ikan dan keringkan.Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam - guna kiub ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit airminyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng



utk kueh minum petang+mlm


takde idea nak wat sarapan last2 ambik puff pastry jadikan crosant



Make over Twin

apa mcm nampak tak perbezaannya he..he..gara2 potong rambut aku sendiri pun dah konfius mana satu kakak mana satu adik.

ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net