SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 21-Aug-2010 00:56 Email | Share | Bookmark
MENU BERBUKA 9 & 10 RAMADHAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam ramadhan buat semua....

Harap2 seme kawan2 masih dpt meneruskan ibadah puasa dgn sempurna walaupun keadaan skrg ni musim org sakit.Tp klu dah sakit tu melarat2 tak kan nak puasa kan,cuma utk aku skrg ni alhamdulillah setiap kali puasa aku tak pernah kena sakit teruk paling apapun pening2 lalat sbb tekanan darah rendah klu kena mcm tu aku dah mula nak pitam tp bila kena mcm tu aku selalu berdoa supaya aku dpt meneruskan juga puasa hari tu sbb jika nak berganti bukan tak blh tp sempatkah kita ganti???mana tau usia kita dah tak panjang.Sedih aku tegok berita kisah 2 beranak yg kemalangan kat Trg tu klu tengok rupa kereta tu langsung dah takde rupa kereta dah tp tulah dah ajal mereka sama2 lah kita sedekahkan al-fathihah buat mereka.Itu kisah org yg aku tak kenali ini kisah dlm kaum keluarga ku pula.
Semalam spt biasa setiap kali waktu lunch(tak kira bln posa ke idak posa)aku mesti call mama tiap2 hari tp kadang2 ada gak skip tp yg pasti mesti wajib ler setiap hari aku call klu tak aku yg call mama yg call(ni biasanya klu hari minggu ler duk umah melayan budak kembar tu sampai terlupa nak call mama).Tiba2 mama ckp ayah chik accident masa nak blk umah,terkejut jap aku.Ayah chik ni abang mama yg no 3(klu tak salah sbb sblh mama cuma ada 2 org pakcik aje satu arwah ayah ngah dan satu ayah chik yg no 1 satu aku tak tau lah mgkin meninggal masa baby aku pun ingat2 lupa sejarah keluarga mama ni he..he..blh harap punya anak) Aku tanya mcm mana blh accident,mama ckp ayah chik blk dr pasar dlm kul 10 pg bila dia nak masuk simpang ke kanan tiba2 datang motor langgar cuma yg tak pasti motor yg langgar tu dr arah mana.Klu arah yg sama motor tu yg salah klu arah yg bertentangan ayah chik yg salah,tak tau lah sbb masa aku call kul 1.30 tgh tu ayah chik blm sedarkan diri lagi.dengarnya kakinya patah tp doc masih nak buat pemeriksaan lanjut lagi takut ada masalah dalaman lain doc nak scan dgn teliti.Harap2 ayah chik cepat sedar sbb mama kata dia pun tiba2 jd gugup ja bila dgr papa bg tau abang dia accident.Musim2 raya ni selalu lah ada kemalangan aku kadang rasa takut bila nak jln jauh ni tp nak kena blk kg jauh gak tak kan nak beraya kat umah KL ni mana syok.Sbb tu setiap kali kami nak berjalan jauh abah mesti check kete betul2 lepas tu nak melangkah keluar rumah dibaca doa nak memulakan perjalanan baca doa sbb katanya doa yg kita baca tu jika ajal kita sampai kita tak akan mati dlm perjalanan kita pasti akan pulang ke rumah juga dan ajal tetap ajal.

Quote:
Td dlm kul 1 lebih aku call mama tanya keadaan ayah chik,mama ckp hospital Dungun dah hantar ayah chik ke HKT sbb ayah chik byk hilang darah lepas tu kaki patah,tangan patah urat keting pun putus dan yg paling apa sejak accident ayah chik masih belum sedarkan diri sampai hari ni.skrg ni doc masukkan besi mana tempat patah.doc ckp kecederaan pd otak tak ada.mama ada tanya aku ada harapkan klu dah masuk besi?aku cuma ckp insyaallah tak tau nak kata apa.doakan lah keselamatan pakcik ida yer



Menu berbuka hari Khamis

Sekarang ni kita cite pasal masak2 pulak yer.Nasi goreng oregano ni aku teruja tengok kat dapur ummi jd bila dia tayang nasi goreng utk aiman tu aku terus cop utk buat buka posa.jd masa sahur hari khamis aku sengaja masak nasi lebih utk buat nasi goreng ni.Nasi goreng ni memang sedap bagi aku dan isi rumah lah sbb abah menambah mkn nya budak2 pun mkn mcm sedap aje takde bunyi(kembar ni klu mkn tak sedap terus ckp bu tak chedaplah).T.Q kak ummi syer this resepi.aku memang suka masuk blog kak ummi klu posa2 ni sbb menu2nya memang sesuai utk org yg bekerja bkn apa nak masak tak ambik masa sgt he..he..jom tengok resepi tp aku ada lah ejas sikit ikut keadaan semasa he..he..


Quote:



NASI GORENG OREGANO (My Style)
sumber ummizaihadi-homesweethome

Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
150 gm daging - dihiris nipis/kecil(ambik daging yg dah siap rebus dr gerai ler)

5 tangkai cili padi - diketuk(ibu tak letak sbb nak bg kembar mkn sekali)
1 biji bawang besar Holland - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 kiub pati ayam

1 sudu teh lada hitam yg dikisar
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu makan dried oregano

2 tangkai cili hijau - dipotong serong
1 biji telor

1/2 batang lobak merah - dihiris halus btg mancis
1 1/2 cawan air - untuk rebus daging(tak letak sbb guna daging sup)

minyak untuk menggoreng nasi



Cara-Cara:-

Masukkan air dan daging yang telah dibersihkan di dalam kuali untuk menggoreng nasi. Rebus/masak hingga daging empuk dan air dalam kuali hampir2 kering.(ibu skip proses ni)
Bila air telah kering, terus masukkan minyak dalam kuali yang berisi daging tadi dan goreng sekejap daging.(ibu tumiskan bwg dulu kemudian baru masukkan daging)
Masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau hingga bawang layu.
Masukkan kiub pati ayam, lada hitam, lada sulah, lobak merah dan oregano. Kacau.
Masukkan nasi putih dan kacau rata sekejap sebelum masukkan garam secukup rasa.
Kemudian tolak nasi ketepi kuali sikit dan pecahkan telor di dalam kuali. Gaul rata dengan nasi.

Kacau balik nasi hingga nampak berasap masukkan cili hijau. Kacau rata sebentar dan tutup api. Hidangkan


Badak berendam ni buat atas permintaan abah,masa hari niaga tu abah ada lah suruh aku gi beli tp aku jwb tak lulus utk aku beli klu abah beli lg tak lulus(abah ni cerewet sikit bab mknan beli ni)nanti ler ibu buat.Itu pasalnya bila dah tak niaga aku masak lah si badak ni,abah minat sgt si badak ni tiap kali bulan posa mesti kueh ni wajib di beli kat bazar tp semenjak dua menjak aku duk layan fp ni apa2 abah nak mkn aku masak sendiri.yelah baik laki mkn air tangan bini sendiri dr mkn air tangan org he..he..mama yg ckp yer sbb ni ler ubat pengasih utk suami2 dan utk anak2 sekali.(psstt..mama aku pun mcm ni tau tiap kali papa mintak nak mkn apa mesti mama masakan walaupun zaman tu maan ada tenet lagi harapkan majalah ajelah)ok tengok resepi yg aku buat ni

Quote:


BADAK BERENDAM

Bahan-bahan ( -+20 biji )
Bahan doh:
1 cawan tepung pulut
160ml air(masukkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh)
1/2 sk garam

Bahan Inti:
100g gula merah
100ml air
120g kelapa parut (putih)
1 helai daun pandan
1/2 sk garam

Bahan kuah:
500ml santan (1 biji kelapa)
2sb tepung beras
garam secukupnya

Cara-cara
Inti: Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan dan daun pandan. Kacau hingga agak kering. Biar kan sejuk
Doh: Gaul tepung pulut, garam dan air secukunya hingga doh jadi lembut. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.
Masak air panas bila dah mendidih masukkan bebola pulut tadi bila berbola td timbul angkat dan rendam ke dlm air sejuk(tujuannya tak mau berbola ni melekat sesama sendiri)
Bancuh bahan utk kuah dlm periuk sehingga rata kemudian masukkan berbola td kedlm kuah dan masak sambil di kacau perlahan-lahan supaya tak hangit bila dah mendidih boleh lah tutup api dan sedia di hidang.


Haa..ni pulak menu berbuka semalam.Aku nampak mcm sedap aje tengok kat umah budak Koi tu(koi sejak dua menjak ni rajin update bloh mcm2 dimasak nya)Dulu aku pernah tengok kak rus masak mee udang ni dah sipa print resepi tp tak buat pun.smlm aku tengok resepi Koi@Midza ni mcm senang dan best lagi pun semua bahan ada kat umah so layan aje lah.aku tanya lah chef kat umah apa mcm rasanya ada mcm mee udang tak?sbb aku tak pernah mkn mee udang.Yg chef pun jawab dia sendiri pun tak pernah mkn mee udang(apa punya chef lah)lepas mkn abis setengah mangkuk baru dia ckp betul2 rasa mee udang ,aku pun jeling ler asal pulak tadi ckp tak pernah mkn abah jwb sbb ada udang.adoi lah abah ni buat lawak pulak waktu berbuka ni.Tp aku rasa memang sedap lah kembar dlm pedas2 tu boleh mkn dan ckp sedap he..he..kembang jap ibu.


Quote:

MEE UDANG - my style (utk 2-3 org mkn)
sumber Koi

Bahan2 :
10 ekor udang sedang
1 biji bawang putih*blend
2 biji bawang merah*blend
1 biji kentang sederhana besar-direbus*blend(ibu tak letak sbb takde stok kentang kat umah ingat kan ada)
2 sb udang kering*blend
3 sudu cili kisar/cili boh
1 biji telur
1 ketul kuib ikan bilis(letak 1/2 aje)
2 st tepung jagung - dicampur dgn sedikit air (optional)
sedikit minyak tuk menumis
3 cawan air
garam,gula
mee - dicelur
sayur :
karot
tomato
sawi
sudip jagung
cili padi/cili merah
hiasan :
bawang goreng
daun sup
daun bawang
tahu
fishcake
limau kasturi


Cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan cili kisar/cili boh dan bahan blend smpi garing/pecah minyak
2. Masukkan 2 ekor udang, kiub ikan bilis dan air biarkan sampai mendidih
3. Apabila mendidih masukkan karot,btg sawi,cili padi biarkan seketika kemudian masukkan tomato, daun sawi dan telur.
4. Masukkan tepung jagung tuk memekatkan kuah,biarkan sehingga telur masak tutup api
5. Masukkan mee dlm mangkuk kemudian kuah dan hiaskan dgn tahu,fishcake,daun bwg & sup


Ini pulak aku tengok comel aje udang ni kat umah kak rabiatun.Biasanya org aje pakai sanggul, ni udang pun ada sanggul gak jd nak rasa udang sanggul ni try ler memang sedap ranggup krukkk..krukkk..adik siap ambik sanggul ni mkn dgn kuah mee udang tu.adik ni memang suka dgn udang ni tu pasal dia sorang mkn 4 ekor udang sanggul ni.aku mkn mcm tu aje takde cicah sos pun sedap rasa mcm makan mamie pun ada.Resepi ni datang dari mat gebu pastu dipanjangkan oleh kak rabiatun dan sekarang aku pulak yg copy he..he..mintak halal yer

Quote:

UDANG SANGGUL
copy rabiatunsweettouch

BAHAN-BAHANNYA
12 ekor udang besar(ibu guna udang sederhana)
1/2 camca teh serbuk lada hitam yang baru dikisar
Sedikit garam
2 keping mee telur "CINTAN" (ibu guna maggie)
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA
1.Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekornya,(ibu tinggal gak kepala udang tu bg nampak cantik sikit) buang urat belakang, cuci dan toskan. Buat hingga siap. Kemudian lap kering dengan paper towel. Lumur udang tadi dengan 1/2 camca teh serbuk lada hitam dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.
2.Celur mee telur tadi hingga lembut8ibu celur setengah masak aje (biar mee panjang2, jangan kerat), toskan dan gaul dengan sedikit minyak masak. Biar sejuk sedikit. Bahagikan mee tadi kepada 12 bahagian.
3.Ambil 1 ekor udang tadi dan balut dengan 1 bahagian mee, seperti sanggul. Kepal2 kan sedikit biar elok bentuknya. Alih dalam pinggan. Buat hingga siap.
4.Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil 1 udang sanggul dan berhati2 masukkan ke dalam minyak tadi, pastikan anda menggoreng 3 atau 4 sekali goreng. Biar kuning keemasan dan gunakan api sederhana.
5.Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga selesai. Tabur hirisan daun bawang dan serbuk lada hitam sebelum dihidangkan bersama sos pilihan....Selamat mencuba..


bubur pulut hitam ni pun masak utk berbuka smlm sbbnya abah masa aku sibuk nak masak badak berendam dai sibuk pulak suruh masak bubur pulut hitam so kena Q masak ke esokkan harinya smlmlah.

Sotong ni masak utk sahur pg td.sedap sgt rasa sotong ni klu ku tahu dah lama aku masak lauk ni.nak masak pun senang dan mudah lain kali boleh masak lagi ni.aku guna sotong kecil2 tu pasal takde cantik berbunga2 mcm org lain punya

Quote:

SOTONG ORIENTAL
(sumber Madiha)

Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan


Dapat keje sekolah dari Kak rus hu..hu..dah agak dah mesti kena punya cuma lambat dgn cepat aje nanti kita wat yer kak rus,ni nak wat keje opis dulu tp kita letak siap homework tu kat sini


Soalan 1: Adakah anda rasa HOT........?
tak HOT sejuk sgt kat dlm opis siap pakai baju sejuk lagi katluar tu dah drummm..drummm....nak hujan daaa..
Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yang anda guna sekarang.

Soalan 3: Cerita pasal gambar ni....?
nak citer apa yer ni gambar yg ada dlm pc opis ni sebelum ni aku letak gambar kembar tp tu gamabr masa baby jd nak tukar ler lain pulak.Aku suka tengok permandangan matahari terbenam nimerah menyalah dan sememang nya aku suka dgn warna merah dr kecik sampai ke tua aku mesti ada baju colour merah.warna merah ni bg aku semangat hu..hu..iyer ke?
Soalan 4: Kali terakhir makan pizza.....?
tak tau ler bila masa tp rasany masa n3 last aku wat pizza kat fp ni dlm bln 4 ke 5
Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar....?

lagu ni sy set utk msg hp sy sbb tu lagu ni yg selalu sy dengar
Soalan 6: Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini...?
buat credit control kat opis ni call seme driver yg byk hutang suruh dia bayor hutang co...mcm ceti lak
Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape...?
angah utk family
marlida or ida utk kwn cyber dan kawan2 sekolah/belajar
Cik Ida or Cekngah utk anak2 sepupu
Lida ni nama masa praktikal kat audit firm dulu dan nama ni lah yg paling tak best rasanya
marlis masa zaman cinta monyet kah..kah..takde lah masa sekolah suka guna nama pena ni
Soalan 8: Tag lagi 5 orang
sape yg rajin nak wat keje sekolah silalah ambik aku tak tau nak tag sape sbb kebanyakan nya mcm dah dpt aje tp klu tak letak nama mesti tak buat kan ok mula2
1.mariah
2.shieda@nuanza
3.kh@kak hanaz
4.kak za@ainidelight
5.azura
Soalan 9: Siapa orang no. 1.....?
adik ku yg rajin buat mcm2 bisnes tp amat susah nak update fp
Soalan 10: Katakan sesuatu pada orang no. 5...?
zura ku suka gambar2 kehidupan mu..
Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dan sape.....?
seorg kakak yg dulunya kenal di dlm alam cyber sehingga bertemu di alam nyata
Soalan 12: Bagaimana pula dengan no. 2...?
Shieda ni dulunya suka cuba menu2 diet skrg ni entah lah masih ada menu diet ke diot he..he..
Soalan 13: Kata-kata cinta dengan orang no. 4....?
kak za aku cintakan kek marbel mu itu..jgn marah memang aku suak tengok kek marbel tu sampai kecek resepi lah
Soalan 14: Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang anda tag....?
semua org ni ada fp
semua suka masak dan pandai masak
semuanya surirumah walaupun ada gak yg setengah surirumah,keje daaaa..
teman di alam maya
semuanya tak loket ilmu hu..hu..dah lah aku tak tau nak kata apa lagi
ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net