SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Aug-2010 03:37 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PENYERAHAN LESEN PENJAJA PPR PUDU ULU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam...

Hari ni aku sgt2 lah mengantuk jd tak mau citer panjang layan aje resepi serkut raya yg aku buat masa cuti weekend ni tp dah abis setengah dah entah sempat buat raya ke idak ni.Lagi2 menu sambilan utk berbuka ler.

Quote:


DADAR LAUK SAMARINDA
copy dr rumah kak nor secubit garam dan Izah Muffin
Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN

Bahan-bahan:
610 gm air(ibu lebihkan sikit air jd 700 ml sbb nampak pekat sgt)
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)
1/2 biji kentang- yang ni saya tambah
100 ml air
4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi)
2 biji bawang besar
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.

** K.Nor guna botol mayo yg aritu utk buat stripe kat atas dadar tu
Kalau sapa2 nak buat gitu, asingkan sket adunan dan warnakan dgn warna yg kontra dgn warna asas dadar.
Lepas dah lenggang dadar tu dan dah kering permukaan atasnya, picit adunan yg dlm botol mayo tu.
Biarkan hingga adunan strip masak baru la diangkat
Terbalikkan atas dulang, isikan inti dan baru la digulung.
Sebaiknya sejukkan sekejap dadar sebelum mulakan proses meletak inti dan menggulung supaya dadar kita tak pecah

ibu punya dadar tu tetap pecah gak walaupun gulung bila dah sejuk tak tau nape



Popia Vietnam letak inti cendawan + ayam +carrot main hentam aje apa yg ada.Bln posa jd rasa tak sedap ler

Quote:

ResepiEgglessButterCookies
copy nalovelykitchen.blogspot

Bahan-bahan:
•130 gram butter
•60 gram gula castor
•150 tepung gandum
•40 gram tepung jagung
Cara Membuatnya :
1.Ayak tepung gandum bersama dengan tepung jagung.
2.Pukul Butter dan gula sehingga kembang.
3.Masukkan tepung dan gaul rata.
4.Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan.
5.Kemudian tekan menggunakan garfu.
6.Bakar dengan suhu 180 degree selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan.
7.Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!
Note : Boleh kurangkan 10gram tepung jagung supaya doh lebih lembut jika mahu menggunakan acuan SAWA atau acuan samperit atau acuan bunga dahlia



Quote:


TART NENAS GEBU
copy jasmeen.fotopages.
Sumber : Ita-Delight

BAHAN A

250 GM BUTTER
2 STEH GULA KASTOR
2 BIJI KUNING TELUR
2 STEH ESEN VANILLA

B.
200 GM TEPUNG JAGUNG
180 GM TEPUNG GANDUM


HIASAN:

JAM NENAS SECUKUPNYA
PAPER CUP
KUNING TELUR UNTUK SAPU

1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN A
2. MASUKKAN BAHAN B DAN SEBATIKAN MENJADI DOH YANG LEMBUT.
3. MASUKKAN KEDALAM ACUAN TART GULUNG DAN TARIK PANJANG..
4. LETAK INTI DI TENGAH DAN GULUNG.. SEBAIKNYA GUNA TART GULUNG YANG BERWARNA GOLD.
5. MASUKKAN KEDALAM PAPER CUP DAN SAPU KUNING TELUR DI ATASNYA.
6. BAKAR 25 MINIT

Kak meen buat satu adunan ni dpt bih krg 70biji (saya wat besor2..)
Ibu buat letak dlm paper cup tu dpt 140 biji


Quote:


ttp://yateasybakes.blogspot.com/
Ingredients:

600 ml water
120 gram sugar
8 gram agar agar powder
3 pandan leaves
300 ml milk
200 ml coconut milk
A few drop of pandan paste

1. In a medium size saucepan bring the water, agar agar power and pandan leaves to boil. Let it boil for 3 minute until agar agar powder dissolves.
2. Add in sugar; continue to stir until sugar dissolved. Lastly pour in the milk and coconut milk. Turn down the heat and bring the mixture to a slow simmer. Turn off the heat and remove the pandan leaves.
3. Remove ¾ of the mixture and add in a small drop of pandan paste. Pour into prepared pan or mould. Let it set before pouring the balance of the agar agar (white portion) mixture on top. Let it set and serve cold.

Note~ smlm ibu masak guna susu segar tak best rasanya lain kalau mesti guna susu cair+santan baru best.



Quote:


CORNFLAKES MADU
copy hanieliza.fotopages.

Bahan A
150 gm butter
90 gm gula kastor
5 s/b madu

Bahan B
150 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm bubble rice
100 gm badam cincang panggang

Hiasan
Coklat cair
Coloring rice atau Coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 10-12 minit.
5. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat cair dan coloring rice/coklat rice
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pada tanggal 14 Aug 2010 lepas ada majlis penyerahan lesen penjaja oleh Dato' Syed Ali wakil rakyat bahagian cheras.Dato' Syed Ali sendiri yg menyampaikan lesen penjaja di setiap gerai dan yg bestnya setiap gerai beliau akan belanja he..he..ni yg syok nya ni kat gerai bihun sup siap2 order 10 beg gerai 2 lain tak tau ler tp nampak byk gak.semua makanan tu bkn utk diri nya tp sedekah pd penduduk2 kat situ gak.




ok bye..bye..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net