SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Aug-2010 01:07 Email | Share | Bookmark
NASI AYAM GORENG DAN TEPUNG PELITA

 
 
 
 
Salam
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa,masih jauh perjalanan.Aku suka bila bulan puasa ni terasa satu perasaan yg aman aje walaupun sesuatu yg berlaku tu boleh menyakikat hati,jika sebelum ni perkara tu boleh membuatkan hatiku terbakar tp bila masuk bulan ramadhan aje hati ni hanya berkata sabar..sabar..sesuatu tu pasti ada hikmahnya.(bulan2 yg tak ramadhan tu mungkin byk sgt setan kot duk menghasut itu kejap baik kejap jd jahat he..he..) apapun ramadhan sememangnya bulan mulia dan bulan kita beramal ibadat.Dah nak jd ustazah pulak ke aku ni nanti kang ada pulok adik ipar aku ckp angah dah jd ustazah.Dah lah layan menu bulan posa pulak.

Tepung pelita ni aku buat semalam,terasa pulak anak tekak ni nak mkn yg sejuk2 manis lemak2 gitu.Itu pun anak tekak terasa kes tengok kat dapur sape entah duk tayang tepung pelita versi plastik mcm yg aku buat gak.Biasa org buat guna daun pisang tp kita guna bekas plastik,takpe janji dpt buat.Tahun2 sblm ni kita org main beli aje cuma tahun ni sbb niaga kat gerai bihun sup utara jd tak sempat nak ronda2 cari mkn.Dulu masa abah niaga nasi briani kat pasar sentul memang byk masa sbb kul 6.30 ptg seme jualan abah dah clear kadang2 brg2 seme dah siap kemas masuk van.Tp kali ni tukar sikit jual bihun sup lgpun abah mcm dah tak semangat nak jual nasi briani lagi sbb org kuat nya dah takde klu kawan masih ingat kisah kawan baik abah meninggal itu lah kawan yg selalu tolong dia niaga.Ok jom layan resepi tepung pelita ni tp ni versi plastik bukan daun pisang dan bulan original terengganu klu resepi terengganu takde warna hijau tu.Aku buat 8 bekas aje jd ejas2 lah sukatan tu

Quote:

RESIPI TEPUNG PELITA
copy yatiecooking.blogspot

BAHAN-BAHAN:
Tepung Beras
Daun Pandan (dptkan pati air daun pandan)
Pewarna Hijau (jika suka)
Santan
Gula
Garam
Air
Daun Pisang dibuat acuan 4 segi

LAPISAN BAWAH
Daun Pandan dlm 10 helai dihancurkan dgn sedikit air utk dptkan pati air daun pandan
1 cwn tepung beras + 3 cwn air + air daun pandan (kalu malas nak buat nie, cuma masukkan perisan pandan + pewarna hijau skit)
sebatikan semuanya

LAPISAN ATAS
1 cwn tepung beras + 4 cwn santan + sedikit garam (utk bagi rasa lemak)
sebatikan semuanya

CARA MEMBUAT
Dimulakan dgn lapisan bawah, dimasukkan gula 1 sudu kecil ke dlm acuan daun pisang + dimasukkan lapisan bawah (bewarna hijau) memenuhi setengah acuan daun pisang
dikukus sehingga masak & dikeluarkan
Selepas lapisan bawah masak, masukkan adunan lapisan atas memenuhi acuan daun pisang & dikukus sekali lagi hingga masak.
Sudah siap & boleh le dimkn.


Kuih tepung pelita amat banyak didapati ketika menjelang bulan puasa. Ibu suka menikmati kuih tepung pelita ini jika disejukkan terlebih dahulu didalam peti ais.


Kisah nasi ayam goreng ni pulak aku masak utk sahur pg semalam.mesti ada yg ckp ni rajin benor idam masak nasi berpesen pg2 buta yer.(itu pun klu ada yg ckp lah)aku kenalah masak utk sahur sbb waktu berbuka asyik duk kat gerai aje mana nak sempat masak2 nya nak beli pun kurang menepati citarasa last2 kita org buka dgn air @ kurma pastu mkn bihun sup sendiri(hai kedekut tul dia ni kan he..he...bkn kedekut nak jimat..bkn lah benornya kami tak sempat beli time nak gi beli org tengah penuh bila kita dah abis jual org lain pun tinggal dah tak berapa tu yg jd gitu tu.Ok jom layan nasi ni pulak senang aje masak pejam mata pun blh masak.Aku masak cuma 1 cawan aje kira 1/4 dr resepi ler.tocer..tocer..pd yg bg resepi yer


Quote:
NASI AYAM GORENG
Sumber : meh jah (copy dari midza)ibu copy pulak dr madiha

Bahan-bahannya:

Bahan untuk ayam :
* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul (tak kira pun potong berapa.. belasah jek)
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya=
> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan(ibu guna beras siam wangi aje)
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
sedikit minyak
& sedikit marjerin (MaDiHaA tambah ibu pun letak gak)

Cara-Caranya:
1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.Ibu masak guna rice cooker klu mak tau masak guna dapur gas tengok madiha yer


Hari last mkn siang aku terasa nak mkn apple pai tp malas nak buat doh tepung jd ambik pastry segera jdkan apple puff


Ok..ok..dah abis citer jd skrg sambung keje opis blk yer


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net