SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Aug-2010 04:51 Email | Share | Bookmark
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Salam Ramadhan buat semua..

Insyaallah besok kita semua akan memulakan rukun islam yg ke 4 iaitu berpuasa di bulan ramadhan dan bersempena bulan yg mulia itu menjelma aku ingin memohon seribu kemaafan sepanjang aku bersiaran di ruangan fp atau pun blog membuatkan org rasa tak puas hati dgn sikip ku tp itu lah diriku yg sebenar.sama2lah kita mulakan ibadat puasa ni penuh kesabaran dan kesyukuran moga setiap ibadah yg kita lakukan diberi ganjaran yg mulia

Sementara masih ada baki beberapa jam bulan syaban ni aku nak tayang dulu masakan ku beberapa hari lepas mana tau kot2 ada yg minat nak buat masa berbuka nanti ke




pulut panggang bonda

n3 akan bersambung nanti yer..
Buat pulut panggang ni minggu lepas buat pun tak byk 8 biji aje tu pun 3 biji masuk frozen he..he..klu dah takde org mkn mcm tu lah buat sikit pun berhari2 kena simpan.Abah kureng sikit klu bab2 pulut2 ni dia kata angina tp klu tiba angina dia pulak nak ngadap tak hengat.Best pulut ni terutama intinya memang kena dgn selera.kembar pun bkn main suka lg mkn pulut panggang ni Cuma aku aje yg rasa leceh nak buat sbb aku tak reti nak balut he..he..padahal dulu arwah makcik aku memang penjual pulut panggang ni dan blh dikatakan hari2 aku tolong dia buat pulut panggang ni bkn tolong apa.aku suka ngecek/ngedeng pulut yg setengah masak yg baru di gaul dgn santan pekat tu.rasanya best sgt sampai skrg aku suka mkn Cuma klu wat sendiri rasa tak best pulak klu org lain buat aku rasa sedap he..he..klu mama masak pulut mesti aku suruh asingkan satu bekas pulut + santan mkn panas2 rasa lemak2 tp masa kecik org tak bg katanya kembong perut nanti.Hai panjang pulak cerita aku ni dah lah layan aje resepi ni

Quote:
PULUT PANGGANG BONDA
http://resepi.mesra.net/Detailed/20313.shtml

3 cawan beras pulut (ibu rendam dulu beras ni ng lembut)
2 cawan santan cair (ibu letak garam dan gula dlm santan ni bg rasa manis2 lemak)
daun pisang secukupnya
lidi kelapa

bahan inti:
1 biji kelapa parut
10 batang serai
100 gram udang geragau (ibu gantikan dgn udang kering lg wangi baunya dan sedap rasanya)
20 ulas cili padi
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 cawan gula
2 sudu teh garam
cara memasak inti:
-kisar serai, udang geragau,cili padi,cili kering,bawang putih dan bawamg merah sehingga halus
-tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
-masukkan kelapa, gula dan garam secukup rasa.masak selama setengah jam sehingga inti kering
cara memasak pulut:
-kukus pulut selama dua puluh minit
-angkat pulut setelah masak dari dapur dan kacau bersama santan sehingga sebati
cara membuat:
-layur daun pisang terlebih dulu
-ambil dalam 1 1/2 pulut dan leperkan di atas daun pisang.kemudian letakkan inti di atas pulut dan gulung dgn rapat dan kemas.cucuk dengan lidi pada hujung dan pangkal.
-bakar di atas dapur dengan api yang perlahan selama 3 minit
-kemudian angkat dan hidangkan


Aku buat cc ni jumaat lepas sbb nak bg jiran2 kat umah sekali dgn kek coklat tu.Dah lama nak try resepi cc dr tokey kek Damira tu tp asyik tertangguh aje jd dgn niat nak bersedekah sblm ramadhan ni aku pun buat lah cc ni dan bg 2 kat jiran Cuma masa buat cc tu aku tak jumpa vanilla entah masa aku letak masa duk kemas2 brg dapur jd ak tukar letak coffee paste.sedap jugak Cuma manis sikit bg aku resepi lain kali nak kurang.Kat dlm peti ada belen bc jd gatal tangan ler nak deco2 sikit

Quote:

VANILA CUP CAKE
copy fp damira.t.q kak yati

Bahan2nya:

250g butter/margerine
200g gula pasir halus/castor
200g tepung gandum cap sauh (sekiranya menggunakan tepung gandum cap kunci biru dalam peket plastik yang harganya RM1.35 kena lebihkan tepung iaitu 235g)
5 biji telur B
5g baking powder.
1 sudu makan susu sejat/segar
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila /tukar coffee paste
1 sudu teh butter milk esen

Cara2nya:

1. Pukul butter/margerine bersama gula dan garam hingga betul2 kembang dan gebu. Kalau guna heavy duty mixer lagi senang. Kalau tak ada heavy duty mixer guna hand mixer pun boleh juga tapi ambil masa lama sikit untuk biarkan ianya kembang dan gebu.

2. Setelah butter kembang pecahkan telur satu per satu dan pukul lagi hingga semua telur sebati.

3. Tambahkan susu, esen vanila dan butter milk esen dan pukul lagi hingga sebati.

4. Akhir sekali tambahkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya sebati. Pastikan semua cecair yang terkumpul kat bawah mangkuk adunan tadi telah dikacau sebati dengan tepung.

5. Isikan adunan ke dalam piping bag dan picitkanlah ke dalam paper liner cup yang telah disusun ke dalam muffin tray. Yati isikan hingga 3/4 penuh paper cup tu. Selepas itu ambil tooth pick dan kacau2kan adunan yang telah dituang tadi bagi tujuan untuk membuang udara yang terperangkap dan kek naik cantik sekata.

6. Bakarlah mengikut kesesuaian oven masing2. Oven Yati hanya perlukan 150 degree Celcius untuk tempoh 25 minit.



Lepas tengok kat CT buat kek utk besday dia aku pun nak cuba buat kek ni tp masa tengok resepi kek ni dah dpt agak kek ni mesti manis giler dan sememang nya manis jd aku angkut semua kasi org sbb duk kat umah pun takde sape nak mkn.Kek nya tak mcm CMC agak padat tp lembut klu sape2 tak suka manis elok kurangkan gulanya yer.Lagi satu kek ni kak CT buat kukus aku gi baker he..he..

Quote:

KEK COKLAT
Bahan2:
Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara2:
1.Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
2.Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3.Masukkan bahan B dan kacau sekata
4.Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5.Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
6.Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
7.Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)


Ganache:
190 ml whipping cream
200-250g coklat masakan
1/2tbsp coklat emulco
1 tbsp serbuk koko van houten
1 tbsp susu pekat manis
1 tbsp mentega

>>panaskan whipping cream bersama coklat masakan dengan api perlahan sehingga coklat masakan cair,masukkan mentega dan kacau sehingga cair.
>>Masukkan serbuk koko dan susu pekat. Padamkan api.Kacau sebati,sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk sebelum dituang ke atas kek yg sudah sejuk sepenuhnya.(kalau boleh kek juga sudah disimpan dalam peti sejuk sebelum dituang ganache

Ibu tak ikut resepi ganache ni guna resepi sendiri aje main agak2



Quote:

Fillet Ayam Dengan Oat
Bahan2
Sekeping dada ayam yg besar agak2 dpt isi ayam dlm satu mangkuk atau beli aje fillet ayam yg dah siap potong panjang2

Bahan perap
5 ulas bwg putih di parut
1 inci halia di parut
½ s/t herba thyme*
½ s/t rosemary * klu takde herba2 yg bertanda* ni pun takpe letak aje rempah melayu
½ s/t basil * ok gak.ibu letak rempah ni sbb memang dah ada stok dekat
1 s/t oregano* umah.
½ s/t serbuk ketumbar
½ s/t serbuk jintan
½ s/t serbuk lada hitam
½ s/t serbuk paprika
1 s/t serbuk knorr pasti sedap(agak2 ler klu dah letak ni garam tu jgn terlebih nanti masin pulak)
Garam

Bahan salut
1 biji telur di pukul sedikit
Oat lebih kurang 1 ½ cawan

Minyak utk mengoreng

Cara2nya
Cuci ayam siap2 dah toskan kemudian perap dgn semua bahan perap lebih kurang ½ jam atau lebih kemudian celupkan kedalam telur dan celupkan pula ked lm oat.salut semua bahagian ayam kemudian blh lah di goreng.
Ayam ni memang sesuai utk mkn2 budak kerana takde tulang ayam yg blh buat budak2 tercekik dan yg penting memang sedap dan masa goreng ayam ni bau nya wangi seakan2 ayam bau KFC.rasanya lg sedap jika tak letak halia.




Roti prata roll ni aku tengok dah ramai yg buatnya sbb senang giler buatnya jd 2 minggu lepas aku pun buat lah gak sbb nya roti prata yg ada dlm stok esbox tu entah berapa kali duk keluar masuk jap peti kecik jap peti beso tp tak di masak2 pun agaknya klu roti ni blh ckp dah lama dia ckp kot.Walaupun begitu kemalasan tetap melanda diri ku ini jd aku beli aje rendang dgn sambal nasi lemak kat bawah he..he..


Quote:
Sumber Resipi : Kak Ummi ( Home Sweet Home )
Bahan :-
5 biji telor - dipukul sedikit
5 keping frozen plain paratha (akak guna jenama Kawan) - kita guna perisa bawang
sedikit daun bawang - hiris halus - xletak
1/2 biji bawang besar - dicincang halus - xletak
sedikit lada sulah -xletak
garam secukup rasa -xletak
sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha - kita guna butter
beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja) - kita mkn nga kari je

Cara-Cara:-

1.Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
2.Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
3.Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
4.Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
5.Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam


Citer menu bekal hari jumaat pulak.di sbbkan ms wong cuti maka tinggal ler aku sorang2 kat opis jd aku dah bawak bekal siap2 utk bekpes dgn lunch.klu tengok menu2 aku seme mcm minat mata biru aje kan he..he..benornya nak senang keje pg2.Bese klu aku tak wat bekal aku kirim aje kat budak opis bawah beli nasi bungkus.

Roti yg di isi dgn isi ayam nipis apa ke benda namanya dah lupa lah pulak.aku beli jenis ayamas.tp kan isi ayam ni masin giler you jd jaga2 jgn mkn byk2 ayam ni.


Lagi satu bekal hotdog bahan2 sama Cuma rupa bentuk dan isi nya lain.yelah hoddog dah tentu letak sausage.

Quote:

Nasi Goreng Lada Hitam
Bahan
2 cawan nasi putih
2 ulas bwg putih
2 biji bwg merah
Sedikit isi ayam di potong dadu
1 s/b majerin/Minyak utk menumis
½ s/t serbuk lada hitam
Carrot yg di dadu
Garam dan perasa
Panas kan majerin/minyak dan tumis bawang sampai naik bau kemudian masukkan isi ayam biarkan ayam masak sekejap kemudian masukan lada hitam dan carrot gaul rata kemudian masukan nasi ,garam dan perasa..Masak sehingga rata.


lepastu nasi goreng tu ibu jadikan nasi goreng pataya.yg gambar tu kembar punya sbb tu nampak kempis aje


Quote:

Jemput-jemput Jangung dgn Oat

Bahan2
2 cawan isi jagung
1 cawan oat
1 biji bawang besar
1 cawan tepung
garam dan perasa(ibu guna knorr pasti sedap aje)
air mengikut kesesuaian

campurkan kesemua bahan2 sehingga rata kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata.selepas itu blh lah di goreng.





bila hujan terasa nak mkn keledek dgn kelapa ni sedapnya.tp sygnya hjn nya kejap aje blm sempat ubi masak matahari dah keluar balik.

Quote:

kalau panas pulak buat coklat ais blended lg ler best.air ni aku buat lepas lunch ahad lepas.cuaca kejap panas kejap mendung tp badan ni rasa berpeluh2 tu pasal buat air ni.

Bahan2
2 s/b serbuk coklat @ milo
2 s/b krimer
1 s/b gula atau mengikut citarasa masing2
2 cwn ais
1 cwn air

masukkan kesemua bahan2 ke dlm blender kemudian blend sehingga ais hancur dan sedia di hidang jika suka blh letak whipping cream kat atas ais blended ni rasa nya lag yummy.



muffin ni buat utk bawak ke nursery kembar.sedap sbb rasa lemak santan tu.
resepi kemudian yer
MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com (copy FP Rinnchan dan ibu copy madiha)
blh jugak tengok versi mamawandiha.fotopages

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor (MaDiHaA kurangkan ke 100 gm)
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) takde warna hijau guna warna merah he..he..
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. ibu guna kelapa kering

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.



ni order krimpuf dr amira opis mate aku.sabtu lepas aku off jd bila dia tau aku tak keje mintak aku buatkan krimpuff nak ambik lepas opis jd kebetulan aku memang takde buat apa ok ler


ni pulak order tempeyek dr member2 opis ni blm order utk raya lg ni sbb yg order pun kaum2 cina yg melayu tunggu nak raya baru nak ambik


bye..bye..maaf ler klu sape2 yg tengok fp ni geram,sakit hati sbb posa2 ni duk tayang mcm2 jenis pulak

Quote:
Salam Ida. Tak tau nak comment kat mane. Dah lame tak singgah kat umah Ida. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA-rizuana

salam rizuana lama tak dengar citer senyap aje.sempena bln ramadhan ni ida ucapakan selamat berpuasa dan klu senang2 dtg lah ke gerai ida.tak kan tak kenal rumah kita takde jauh mana kan kira mcm kampung sebelah menyebelah aje.


KAD RAMADHAN


dr kak-rusnah.fotopages


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net