SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Aug-2010 01:33 Email | Share | Bookmark
TAKDE TAJUK LAH..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam

Nak kejar masa update ni
susah betul hidup klu ada org dengki ni apa2 pun layan ler menu2 sepanjang minggu lepas yer

Hari ahad lepas aku masak nasi ayam ni duk delay entah berapa kali nak buat tak jd2 resepi entah kali keberapa print dan entah berapa brp byk resepi mcm2 jenis pun ada tp tak jd2 gak.Last2 ahad lepas aku paksakan diri utk mencuba resepi nasi ayam ipoh ni yg resepinya aku ambik dr madiha lah ape lg jom layan resepi nak ajak mkn dah abis dah.



Quote:
NASI AYAM IPOH
Sumber : quinnie@myresip.com
Copy dari blog Ayu dan ibu copy lak dr madiha


METHOD:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.



4 mug beras (MaDiHaA masak 3 mug aje & bahan2 lain tu pun dah direduce ikut kesesuaian.. tp resepi ni utk 4 mug beras ye!)
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Method Untuk Nasi:-
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.



Bahan2 Untuk Ayam
1 ekor ayam (MaDiHaA buang kulit.. itu pasal kurang cun ayam ku.. huhu)
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Method Untuk Ayam:-
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.



Bahan2 Untuk Sup
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



Bahan Untuk Cili:-
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur-

Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya

Tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) ibu tak letak pun tepung2 ni
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

note utk kicap dan cili
*blender semua bahan2 kicap dgn cili bahagi 2 kemudian baru campuran kicap dan sebahagian lg baru buat cili.he..he..cara mudah dan senang tak yah buat 2 kali keje

Bahan Hiasan:-
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun-(tomatoes, chicnese celery, spring onions and cucumber)



Roti kulit kayu manis ni lak aku buat minggu lepas sbb teliur tengok kat dapur hana comel2 aje roti dia aku mula2 nak wat mcm dia tapi bila dah potong 2roti tu sekali tengok sama besar dgn paper liner tu itu yg blm kembang semangkuk lg last2aku letak dlm loyang senang citer.sedap roti ni bau pun harum semerbak he..he..rasanya aku dah pernah wat roti ni sblm ni tp sbb suka sgt dgn roti ni buat lagi.

Quote:

CINAMON ROLL
http://hanamemories.blogspot.com/
Bahan-bahan
210g tepung roti
56g tepung kek - hana gune tpg gandum
20g susu tepung
42g gula
1/2 sk garam
6g yis
30g telur - kocok2 - baki simpan utk sapu
85g air
84g water roux
25g butter
Filling
1 tsp serbuk cinnamon
30g gula
25g butter - cairkan
Cara-cara
Masukkan bahan2 kering kemudian bahan basah ke dalam breadmaker. Pilih menu Dough. dan ONkan tunggu hingga siap dan kembang dua kali ganda.
Keluarkan doh. Tumbuh2kan bg mengeluarkan angin.
Canaikan membentuk rectangle. Sapu permukaan roti dengan butter. taburkan gula yang telah dicampur dengan serbuk cinnamon. Kemudian gulung kemas. Potong 9 bahagian setiap 3cm.
Masukkan ke dalam loyang. (hana masukkan cup) .Biarkan naik sekali ganda lagi.
Panaskan oven. Sapu permukaan roti dengan baki telur yang dicampur dengan sedikit susu segar@air. Kemudian taburkan lagi dengan serbuk cinnamon dan gula yang berbaki.
Bakar suhu 180 selama 15-20min
Sejukkan di atas redai.


Haa..ni penangan dapur mat gebu pulak.aku saje nak cuba aje bukan mengidam ke apa sbb cik mat ckp budak2 suka org tua suka org tak berapa tua mcm dia pun suka jd aku pun nak mencuba gak lah.dan setelah mencuba rasanya lagi best klu takde tauhu.yelah letak isi ayam aje dah jd mcm nurget pulak yer.tp oklah klu nak bg budak mkn tp anak aku ckp tak best lah bu.itu kembar ckp bkn aku ckp yer

Quote:

BEBOLA TAUHU AYAM
copy mat gebu

BAHAN-BAHANNYA
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus

CARA MEMBUATNYA
Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...


Ayam ni dah berapa kali kemabr mintak tp ibu dia ni selalu aje tak jd2 buat nya jd lepas aku buat bebola tu aku pun masak lah ayam ni bkn mkn dgn nasi tp meratah mcm tu aje.Sampaikan kemabr ajak aku gi jusco sbb nak beli ayam ni sbb sblm ni aku ajak dia org gi jusco mesti nak beli ayam teriyaki ni,ari2 ajak gi jusco sbb nak beli ayam ni.hai kopak ler duit ibu dia ni klu hari2 beli kat jusco seketul dah rm4 tu baru ayam blm masuk benda lain lg klu dah sampai sana jd senang citer masak sendiri.ini pun dah pernah aku masukkan resepi sblm ni tp nak memudahkan kawan2 aku masukkan sekali lg lah

Quote:

AYAM PANGGANG TERIYAKI
copy mat gebu sumber rinnchan

BAHAN-BAHANNYA
3 kepingan besar ayam (mat guna bahagian peha)
3 camca besar madu
4 camca besar kicap manis
1 camca besar gula (mat guna brown sugar)
3 inci halia, diparut halus
3 ulas bawang putih, diparut halus
1 camca teh garam halus (atau secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA
Ayam dibersihkan, kelar2. Kemudian gaul dengan semua bahan lain, simpan dalam peti sejuk dan biar perap 1 jam. Panaskan dapur arang, asingkan ayam dari bahan2 perap dan masak bahan perap tadi dengan api perlahan hingga sedikit pekat, tambah sedikit air jika perlu. Matikan api. Panggang ayam dan sapu bahan yang dimasak pekat tadi atas ayam. Panggang hingga masak. Nak tau masak, hiris sikit bahagian paling tebal pada peha ayam tadi, kalau air yang keluar jernih dan daging kelihatan putih, tanda ayam dah masak



Quote:

KEK PISANG GEBU
http://www.jintanmanis.com/kek/207-kekpisanggebu
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula(ibu guna gula pasir yg buat air tu aje @ guna gula castor yg halus tu)
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak, curah dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minti atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba


Biasa org buat donat goreng kali ni jenis bakar lak dlm nya letak jem.aku letak jem strawbery dan memang kebutulan jem strawbery je ada kat umah tu tp aku rasa klu letak filling bluebery ke kiwi ke apa2 jenis filling ler lagi sedap dan nak sedap lg klu buat donut ni versi goreng memang gebu sebijik mcm big apple donut.Utl resepi kat bawah tu aku tak ikut sgt bab sukatan tepung sbb nya terlalu lah lembik sgt2 sampai dah nak wat jemput2 aku tengok last2 aku tambah lg tepung sampai jd doh yg blh di terap tp kena selalu ambik tepung lain ler krn doh akan sentiasa melekat2 kat tangan ni klu takde tepung.klu kawan2 nak cuba pandai2 lah ejas sendiri yer aku ni memang selalu tak ikut resepi pantang nampak doh lembik mesti aku tambah tepung



Quote:
Baked Jam Filled Donuts
Source: Gert
Copy: Kak Ummi versi mummyseri mummyseri dan suejoshua dan juga
izahdaut

Bahan:-
1/4 cawan air suam
1 tsp sugar
1 tsp yis kering
2 ½ cwn tepung
½ tsp garam
¼ cup gula kastor
3 tbsp mentega yang dicairkan
1 biji telor
¾ cwn susu segar suam
• 2 tbsp mentega cair – for sapuan
• jem atau custard untuk picit dalam donut dan gula icing untuk tabor
Cara-Cara:-
Dalam mangkuk kecil, campurkan yis, 1 tsp gula and 1/4 cawan air suam. Biarkan sebentar hingga naik berbuih.
Dalam mangkuk besar, satukan tepung, garam dan 1/4 cawan gula kastor. Tuangkan bancuhan yis, mentega cair, telor dan susu, gunakan whisk/"mixing spoon" dan adun sehingga adunan benar-beanr sebati (lebihkurang 5 minit). (Doh akan menjadi agak melekit, seperti adunan kek).
Kemudian tutup doh dengan plastic wrap dan biarkan naik hingga dua kali ganda. Sementara itu, gris loyang dan alas dengan kertas baking.
Memandangkan doh sangat melekit, pastikan papan uli ditabur tepung rata-rata. Tuangkan doh ke atas papan adunan. Adunan akan sendirinya "spread out" kerana ia benar2 lembut dan berbintil2/berketul2 (lumpy). Jangan uli atau tepuk kuat, nnt akan hilang udaranya dan donut takkan jadi berangin (airy).
Ratakan sikit doh lebihkurang 2cm, tekan dengan "cookie cutter" yang telah dicelup dengan tepung terlebih dahulu agar tidak melekat, potong doh dan gunakan spatula untuk memindahkan dari papan canai ke atas loyang. Tutup doh dan biarkan rehat selama 20 minit.
Pre-heat oven pada suhu 375 degree F (*akak set 175C). Sapukan donut td dengan mentega cair dan bakar selama 12 minit atau hingga sedikit kekuningan. Keluarkan dan sejukkan di atas rack.
Sediakan piping bag dengan nozzle bulat panjang (Wilton No 402-23o round tip). Picitkan ke dalam donut tersebut dengan jem kesukaan atau jem kastad. Kemudian taburkan icing sugar sebelum dihidangkan


Quote:

PANCAKE
resepi pancake ni nanti aku letak nak mencari dulu kat mana duduknya.klu tak salah resepi ambik dr umah kak nor trg nun dr blog secubit garam.aku buat pancake nya aje kuah custard tu tak buat mkn dgn golden syrup aje.

PANCAKE BY HAJAR
KAK NOR

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak


utk kuah custard:
1 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla ~ k.nor letak 1 sudu jer

1.Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
2.Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
3.Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
4.Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar1, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
5.Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
6.Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar



Quote:


TALAM SUJI

Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula merah
garam

Cara:
1. Bancuh bahan lapisan bawah hingga rata. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk (aku guna kuali) dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat. Kacau gunakan whisker utk dapatkan hasil kuih yg licin & halus (tak berketul2).
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Masak gula merah dgn 1 cawan santan sambil dikacau2 hingga gula larut. Tapiskan. Adunkan semua bahan2 lapisan atas & lebihan santan tadi hingga rata.
4. Masakkan sekejap hingga naik wap dan akak pekat dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan dan potong.
(Note: kalau buat 1 ½ adunan mcm aku... sila lebihkan masa mengukus ye...)



Air penyejuk badan dan lama teringin nak buat sendiri jd smlm aku gi ler cari gak bahan2 ni kat kedai ubat cina.dia org memang sentiasa ada bahan2 ni jd mudah ler nak buat semua aku tanya semua ada lg lain kali tak yah ni gi cari kat pasaraya mana2 kat kedai ubat cina confirm ada

Quote:

LAI CHI KANG
copy /suejoshua

BAHAN-BAHANNYA:
•8 biji kembang Semangkuk - direndam dengan air panas hingga kembang
•1 cawan longan Kering
•1 tin besar laici - diambil laicinya saja dan dipotong kecil
•1/2 cawan biji selasih - direndam dengan air hingga kembang
•1/2 cawan cincau - dicincang
•1/2 cawan kismis
•1 cawan gula Kundur/halwa kundur - dipotong dadu
•1 cawan gula Melaka
•1/2 cawan gula merah
•1 cawan kurma Kering Cina (warna merah)
•1/2 cawan kacang tanah - disangai tanpa minyak dan buang kulitnya
•1/2 cawan badam - disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya

CARA-CARANYA:
•Masukkan air secukupnya didalam periuk, rebus gula melaka, gula merah bersama longan kering, kacau hingga gula melaka, gula merah, gula pasir larut dan longan kering kelihatan lembut.
•Dalam bekas berlainan, masukkan kurma kering Cina bersama gula kundur, kemudian masukkan pula air rebusan tadi ke dalam bekas tersebut.
•Kacau semua bahan yang telah dicampurkan.
•Masuk kembang semangkuk, biji selasih, kismis, cincau, laici, badam dan kacang tanah.
•Kacau lagi semua bahan sehingga rata dan kalau terlalu manis bolehlah ditambah dengan air sejuk atau panas.
•bolehlah dihidangkan sejuk atau panas



ok bye..bye..skrg dah tak leh nak bersiaran lagi kat opis ni semua tak leh geramnya aku sib baik aku dah beli modem utk pakai kat umah tp masalah gak sbb nya kakak dgn adik duk sibuk nak tengok gak last2 aku angkut semua masuk opis klu org tengok mcm byk sgt keje aku sampai guna 2 pc padahal 1 utk keje opis dan satu lg aku punya tenet ler.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net