SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 26-Jul-2010 08:47 Email | Share | Bookmark
MALAM NIFSU SYAABAN DAN XTVT KU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam...
Hari ni aku nak wat n3 yg sedikit panjang dr biasa sbb nya aku dah mula rasa malas minggu.smlm pun aku dah siap2 ckp dgn abah jgn mintak aku masak apa2 sbb aku nak jd hari malas sedunia(ada ke hari malas sedunia,dunia aku lah)mood nak kemas mengemas rumah pun takde nak cuci baju ke nak apa ke semua malas salah satu malas kerana kembar dah makin pandai tolong kemas blk apa yg aku dah kemas.Kadang di angkutnya semua bantal selimut bagai timbun depan ruang tamu habis dia punggah kat situ dia masuk pulak bilik sebelah yg aku jadikan bilik tempat tinbun kain he..he..dia main rumah2 pulak klu main aje tak apa ni siap try baju satu2 yg aku dah lipat (ibu dia ni dah lah rajin sgt melipat kain) dah abis tu dia keluar masuk bilik air sampai basah abis lantai.Itu lah yg akan terjadi klu aku hilang drp pandangn mata dia walau sekejap.bila aku marah ckp takde telinga dia blh jawab balik katanya telinga takde dah kena potong dah.amboi2..sedapnya ckp.Klu aku hidang mknan atas meja pusing blk mknan tu dah takde rupa dah.adoi ..adoi..tu sbb nya aku nak jd hari malas sedunia sbb nak kena duk dpn mata dia jgn buat apa2.Dah lah byk sgt membebel ni.mari kita tengok kelebihan yg ada di bulan syaaban ni


Quote:
MALAM NIFSU SYAABAN

Untuk pengetahuan semua, malam ini merupakan malam nisfu syaaban. Mari kita sama=sama kongsi kebaikan dan fadhilat yang boleh diperolehi pada malam ini.......................
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

ehsah dr http://kasihhawa.blogspot.com/2009/08/malam-nisfu-syaaban.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok mcm biasa kita citer pasal masak2 pulak ler layan aje lah resepi2 masa mood tengah rajin ni skrg dah malas dah.


WHOLEMEAL BUNS
Adapted from Sis Hanieliza's Fotopages
copy dr mamafami

Ingredient A :

500g wholemeal flour
25g milk powder
50g sugar
10g instant yeast
1 teaspoon bread softener
1 egg
1/2 teaspoon salt

Ingredient B :

250ml water
75g margarine

Ingredient C : (ibu tak letak filling buat plain aje)

Curry puff filling

Method :

1. Mix well ingredients A.
2. Add in water and knead till a soft dough is formed.(I called upon my antique but still reliable mixer to help me with this process!)
3. Add in margarine and knead again till soft and elastic.
4, Make into a big ball and cover with a clean plastic bag. Leave to prove till double the size.
5. Punch down the dough and divide the dough into 50g balls.
6. Flatten the dough and put the filling. Cover the filling with dough.
7. Leave to prove for another 20 minutes or so.
8. Bake in a preheated oven at 180 degree celcius till golden brown.
9. Once out of the oven, brush some margarine on top.


BAKED EGGS
Sumber: Culinate.com
copy ummizaihadi-homesweethome.blogspot

Ingredients:-
2 large eggs
3 Tbsp. whipping cream (ibu tukarkan kpd susu cair aje tak mo ler byk sgt mkn yg lemak2 ni padahal memang takde stok whipping cream lah)
2 castelvetrano olives, pit removed and each olive torn into 2 or 3 pieces (letak majerin kali masin sikit)
~ Kosher salt and freshly ground pepper, to taste (letak ajishio+blackpepper)
3 Tbsp. toasted breadcrumbs (guna yg yellow tu pasal nampak kuning semacam je0

Steps:-
Preheat oven to 350 degrees convection, or 375 conventional.
Crack 2 eggs into a gratin dish, being careful not to break the yolks. Drizzle on the cream, scatter bits of olive around the eggs, and season to taste with freshly ground pepper and kosher salt.
Bake about 6 minutes, or until the white is set and yolks are very loose. (The dish will continue to cook once it’s out of the oven.)
Sprinkle breadcrumbs over the top of each dish. Serve hot.
Notes:-
Here’s how Jenn makes bread crumbs: Remove the crust from a loaf of ciabatta and tear the bread into 1/2- to 1-inch cubes. Toss with olive oil and a little salt, then toast on a sheet pan at 350 degrees, until dry. Crush with the back of a pan and run through a coarse sieve to eliminate any large pieces. Add some chopped thyme...(*


ni dia gandingan yg ideal.memang ler sgt2 aku buat sampai 7 biji telur tu tp aku cuma mkn setengah aje yg lain kembar dgn abah yg mkn.

try masak masakan nyonya lagi.aku ni dah kena sampuk ke apa entah asyik layan lauk2 nyonya aje jgn jd nyonya dah ler.masakan ni bg aku klu pedas memang best tp sbb tak pedas cuma sesuai utk abah dgn kembar aje utk aku kena tambah cili api klu tak mkn mcm takde perasaan ler.sape2 nak masak ni kena hati2 bab2 garam ni sbb semuanya masin ler.aku cuma letak garam masa perap ayam je tu pun dah masin sgt tp abah relaks je mkn


AYAM PONG T’eh
copy mat gebu

BAHAN-BAHANNYA
800 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
20 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang (mat guna yg dalam tin jee)
3 biji cili merah, dibelah tapi tak putus, rendam dalam air
1/2 cawan taucho, dihancurkan
1 pokok daun sup, potong kasar2
1 liter air
2 camca besar kicap cair
2 camca teh kicap pekat
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA
Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
Masukkan sedikit gula dan belahan cili merah. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan....

Ni lah yg paling sgt2 aku masak buat ratah aje takde nasi takde lauk apa buat mcm kudap2 pun ada.Kembar duk angkut lepas satu satu dia org mkn duduk bersila lagi gayanya ari ni nak buat lagi lah.
Kawan2 mesti kena cuba ni memang best dan yg penting senang nak masak


TOFU IN CREAMY SAUCE
copy mamawandiha.blogspot
Source : Gert My Kithen Snippet

Ingredients:
1 block of firm tofu – cut into 1” square (guna 4 keping tauhu biasa & potong ke 9 kiub tiap sekeping)
2 tbsp cornstarch
2 tbsp flour
1 tsp salt
1 tsp black pepper

For the sauce:

3 cloves garlic
3 sprigs of curry leaves (letak 2 tangkai je)
4 bird eyes chilies or one big red chili - cut small
1 cup of evaporated milk
1 tbsp butter
salt and pepper
1 tsp of sugar

Method
1. Cut and pan dry the tofu on paper towel until dry. Lightly sprinkle some salt and pepper.
2. Combined all the coating ingredients like cornstarch, flour, salt and pepper in a plate. Dredged the tofu with the flour mixture.
3. Heat up some oil and fried the tofu until golden brown. Set it aside. Remove all the oil from the frying pan.
4. Heat up the butter in the same pan, stir fry the garlic, curry leaves and chilies until fragrant and lightly brown.
5. Add in the milk, salt, pepper and sugar and continue to stir until the milk thickens and milk evaporated. Add in the tofu and continue to stir fry until the tofu is well coated with the sauce.
6. Dish out and serve with rice.

Note: The spiciness and the amount of gravy can be adjust accordingly to suit your taste

Tengok madiha masak kueh ni aku try gak not bad lah ok aje tekak aku blh layan gak.cuma bila aku bg kat ms wong katanya klu cina biasa mkn dgn sos chin chong fun @ sotong kangkung @ yong tau fu


KUEH LOBAK PUTIH
copy http://mamawandiha.blogspot.com/
Sumber : Resepi yg telah diubah suai oleh Kak Rusnah http://kak-rusnah.fotopages.com

Bahan2
350 gm lobak putih diparut,direbus dan ditoskan (terlebih parut.. letak 370gm)
250 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
500-600 ml air (MaDiHaA letak 550 ml)
50 gm udang kering direndam kemudian ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit gula (MaDihaA letak 2 sudu teh)
1/2 st kiub perasa ayam (1/4 kiub ayam)
1/2 st serbuk lada
1/2 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
sedikit minyak
daun bawang dan bawang goreng utk hiasan
bijan goreng juga utk hiasan
cili sos.

(Kalau ikut resepi asal ada dimasukkan biji ketumbar dan cekur di dalam adunan tu....eh tak boleh bayang rasanya bila ada 2 bahan ni....jadi kak Rus ketepikan..... MaDiHaA pun ikut kak Rus gaklah.. hehe)

Penyediaan
1. Panaskan minyak & tumis bawang besar, masukkan bawang putih diikuti udang kering yang ditumbuk tadi kemudian masukkan lobak putih yg dah direbus dan tos tadi. Kacau2 biar rata. Tutup api & ketepikan.
2.Dalam satu bekas lain, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam (MaDiHaA letak garam lepas siap dibancuh dengan kiub ayam sbb takut terlebih masin), gula, perasa ayam, serbuk lada dan diadun dgn air.
3.Masukkan campuran tepung ke dalam kuali tumisan tadi dan dikacau. (Masa ni.. rasakan masinnya.. then barulah MaDiHaA tambah garam biar ada rasa masin sikit2 je). Seterusnya pasangkan api semula dan kacau sekejap selama 2-3 minit atau bila nampak adunan memekat sikit (jangan pekat sangat!!).
4. Sediakan kukusan....ratakan adunan ini ke dalam acuan yang dilenser minyak dan kukuslah selama 45 minit.
5.Biarkan sejuk..... dipotong setebal 1 cm (atau sesuka hati anda) kemudian digoreng tohor dengan sedikit minyak. Goreng kekuningan di dua belah kuih......dan boleh dihidangkan bersama sos & bahan hiasan. Boleh juga dihidang tanpa goreng setelah dihias dengan topping/hiasannya



Dah musim durian kan jd buat ler serawa durian ni mkn 3 beranak aje abah tak layan


Shushi lagi ni masa jln2 kat Jusco aku ternampak chuka jd beli satu peket kat umah nori dah jd aku buat utk sarapan hari khamis lepas.Aku memang suka shushi yg ada chuka ni cuma jarang beli sbb nya kadang tak kena dgn selera kadang rasa mahal sgt isi nya seciput aje jd buat lah sendiri.resepi shushi dah ada sebelum ni tengok kat link sebelah aje yer

ni ler chuka yg aku beli kat jusco tengok ler seciput ni pun rege dah dekat rm5.mcm mana nak jual murah barang2 pun dah mahal.


Laksa lemak nyonya versi guna mee kuning pulak he..he..kan aku dah buat stok pes nya tu jd memang senang ler mcm masak mee segera aje.

Ini pulak pai yg aku buat semalam utk di bawak ke umah sujah aku.mula2 nak wat versi besar sekali cari 2 epal jumpa sebiji aje mana lg entah lah ni mesti kembar punya kerja lah memang takde org lain lah.Jd aku wat ler versi kecik2 mcm ni apa rasanya kena tanya madiha sbb aku tak mkn.entah lah nape smlm mcm tak rasa nak mkn lah.masak nasi abah sorang aje mkn.aku mkn apa entah ler cuma minum soya aje.soya buat sendiri lg mengenyangkan.aku klu lapar sgt minum aje soya abis cerita.memang sure rasa kenyang.



PAI EPAL LATTICE
Copy Teratak Impian-dapurcomelku.blogspotl

bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang

Cara-cara
•untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
•Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
•Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
•Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
•canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)

Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis - x letak
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:

Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
Sejukkan.



smlm sblm gi PJ aku buat ler air soya ni tp tak byk pun adalah satu jug aku cuma blh minum 1 gelas.yg byk minum nya kakak dgn adik ler.tengok ni

entah bila agaknya nak berenti minum dgn botol.aku dah cuba buat susu letak dlm gelas tak mau nya minum silap hari bulan susu masuk sink aje.letak dlm cawan yg pakai hisap tu pun tak mau gak.jgn sampai sekolah dah ler.Kembar ni klu di tanya pasal susu satu bln 10 pack ler @ 10 kg itu paling minimun lebih tu memang selalu.Walaupun minum susu aje pun badan tak ingat besar gak.
Dah lah byk sgt cerita nya dah naik bosan dah korang baca kan.dah lah bye..bye..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net