SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Jul-2010 04:27 Email | Share | Bookmark
LAKSA DAN ONDE-ONDE

 
 
 
 
 
Salam..

Dah lama tak mkn laksa jom layan laksa lemak nyonya ni.sedap gak dgn lemaknya dgn pedas ala2 manja gitu.kena pulak dgn haruman bunga kantan dan daun kesum rasa mcm mkn laksa penang pun sekali rasa pulak mcm mee kari pun ada ni kira kawin campur kot he..he..
Resepi ni aku jumpa kat dapur cik mat gebu yg memang teror bab2 masak ala peranakan ni klu dia punya hias memang mengalahkan mak dara ooo klu sape dpt jd bini dia mesti untung tau masak tau kemas tau mcm2 tp kan agak2nya cik mat ni tau tak bertukang?jgn marah yer saje tanya sbb asyik masak aje kadang tengok bekas2 antik.dah hobi kan cik mat.Dah..dah..jom mari tengok,nak ajak mkn dah abis dah tp pes tu ada lg klu terdesak sempat lg nak masak laksa ni.

Quote:


LAKSA LEMAK NYOYA
copy mat gebu - tiffinbiru.blogspot

BAHAN KUAH LAKSA

50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)

BAHAN LAKSA
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis

BAHAN SAMBAL TUMIS
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera

Guna laksa segera aje jenama EKA memang cantik laksa ni halus2 je dan senang nak masak


Tengok kat dapur ada lg stok tepung pulut,gula merah pun ada gula melaka pun ada kelapa pun dah beli siap2 jd apa lg ari isnin tu lepas pack2 baju kembar dlm beg aku pun buat ler kueh ni.buat guna gula merah aje nak potong gula melaka terasa malas pun lg pun pg2 ni kejar masa sikit mana nak siap gi keje lagi mana nak siap kembar lagi.Jd ini lah hasilnya.resepi tu aku tak ikut sepenuhnya main agak2 jugak.Ni kueh peberet abah ni kalu buat kueh ni mesti abah mkn byk tu pasal bila aku tanya nak wat bekal tak dia mau aje klu tidak jgn harap nak bwk bekal.

Quote:

Kuih Buah Melaka
sumber: Aneka Minum Petang Abad21
copy izahdaut.blogspot

Bahan:
300 gm tepung pulut
120 gm gula melaka dipotong kecik secukupnya (saya guna gula kabung)
260 ml air panas
1 sudu makan paste pandan/sedikit air pandan
1/2 biji kelapa parut putih(ibu kukus dulu sekejao supaya tak cepat rosak)
garam (gaul bersama dengan kelapa)
air untuk rebus
3 helai daun pandan

Tuang air panas, paste pandan ke dalam tepung pulut dan uli rata. Ambil adunan leperkan dan isikan dengan gula melaka. Bulatkan semula. Didihkan air dan letakkan daun pandan. Masukkan bebola tadi ke dalam air yang mendidih dan tunggu hingga bebola kuih tadi timbul. Angkat dan salutkan dengan kelapa yang digaul dengan sedikit garam tadi.


ini bekal abah dgn ibu sama rata baru adil.


ok bye..bye...
Buat teman-teman ku..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net