SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Jul-2010 04:30 Email | Share | Bookmark
PAU & INCHI KABIN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam...

Jgn marah yer aku update resepi hari2 nak wat mcm mana dah terlebih rajin jd sebelum aku lupa ingatan baik aku update awal2.Pau ni aku buat atas permintaan kawan merangkap pembantu kat gerai.Katanya dia suka sgt mkn pau anak2 dia pun suka jd dia mintak aku buat kan pau jd aku suruh lah dia beli tepung 1 kg dgn 1 peket ibu roti(nak jual kat dia tak sampai hati sbb dia pun susah hidup anak ramai tp klu bg free aje takut org ambik kesempatan pulak tu yg aku suruh dia beli tepung)Jd aku pun gi ler cari mcm2 resepi yg aku jumpa kat seluruh antero ni last2 aku berkenan kat pau chef noraini ni lg pun resepinya lain dr yg lain tak pernah lg wat pau letak overlate jg aku pun mencuba dan satu lg sbbnya resepinya menggunakan sukatan yg sama dgn kakak tu bg tepung kat aku.Jd aku pun bangun se awal jam 5 pg utk buat pau ni maklumlah 1 kg ko bukan sikit lg pun nak tunggu naik lg nanti klu lambat2 kembar pulak bangun lagi susah buat kejenya.Tp bangun awal pun bukan aku yg nguli BM ler yg buat kejenya sementara BM tu buat keje aku pun kemas ler umah bagai elok2 aje selesai solat subuh terus dah boleh
cotet2 letak inti elok je siap masuk semua inti dah boleh kukus dah.Memang best ler pau ni gebu lembut dan sedap he..he..walaupun aku cuma guna tepung cap sauh aje warna dan teskturnya seperti guna tepung pau mungkin sbb guna overlate tu menajdikan pau tu gebu sgt2.walaupun kita simpan ke esokan harinya kita kukus balik rupa dan rasanya seperti baru dan aku rasa pau ni memang boleh utk di frozenkan sesuai sgt2.T.Q pada cheff noraini


KUEH PAU
sumber resipinoraini.blogspot

Bahan-bahan :

1kg tepungpau(guna tepung gandum biasa aje)
11gm yis kering Mauripan
20gm serbuk penaik doubleaction(takde stok guna baking powder biasa aje)
110gm gula kastor
50gm shortening(lemakputih)
15gm ovalet
550ml air

Inti :
Serikaya, kelapa atau kacang merah

CaraMembuatnya :

1. Satukan tepung pau, yis kering, serbuk penaik, gula kastor dan ovalet dalam sebuah besen atau mangkuk besar. Gaul sebati.
2. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh kasar yang agak lembik. Tambah air jika kurang lembut.
3. Pindahkan doh yang masih kasar itu ke atas sebiji dulang yang besar. Taburkan sedikit tepung gandum.
4. Letakkan shortening di tengah doh dan uli hingga ia sebati dengan doh.Mula-mula memang agak melekit, tetapi lama kelamaan ia akan menyerap dalam doh. Jika melekit, tabur sedikit tepung gandum.
5. Uli lagi selama 15 minit hingga doh menjadi lembut dan halus.
6. Masukkan doh ke dalam besen besar semula. Tutup dengan kain atau plastik. Letakkan di tempat yang hangat supaya ia cepat mengembang. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau sehingga doh naik 3 x ganda dari saiz asal.
7. Tumbuk doh dengan tangan bagi mengeluarkan anginnya. Uli sebentar ke bentuk asal.
8. Bentukkan doh mengikut saiz dikehendaki. Letak atas papan canai dan canaikan membulat.
9. Masukkan inti dan tutup doh. Letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong empat segi.
10. Susunkan atas dulang aluminium yang muat dimasukkan dalam pengukus. Jangan susun terlalu rapat kerana doh akan mengembang.
11. Rehatkan doh 20 minit. Sambil itu, isikan air 3/4 penuh dan didihkan.
12. Setelah air mendidih, masukkan dulang berisi doh tadi. Tutup periuk dengan kain putih nipis dan kukus 15 minit dalam api besar.
13. Angkat dari api dan buka penutup.Sejukkan.

Nota : Resipi ini boleh mendapat lebih 40 biji pau bersaiz sederhana. Pau boleh dipanaskan semula keesokan harinya. Jika mahu buat sedikit, gunakan 1/2 resipi ini.

Ibu timbang setiap satu pau berat nya 50g doh aje blm letak inti dpt saiz mcm ni.Lain kali kena timbang dlm 25g atau 30g aje baru comel2 mcm org jual ni besor gedabak.Besor2 pun sekali mkn 2 biji


inti strawbery filling(abaikan permandangan di belakangnya yer)

red bean paste

inti kelapa
dan lagi satu yg warna kuning kat atas tu kaya

Siap aje buat pau aku call ler kak ani mintak ambik pau ni mcm biasa lah klu dia dah dtg kembar ni dah mcm ekor pulak nak ikut jd aku bg ler ikut sbb dlm kepala aku nak ikut abah gi pasar he..he..sambil menyelam sambil minum air.Blk pasar aku buatlah jus alpokat ni.Memang sedap dan creamy


JUS ALPOKAT
copy mylildreamz.blogspot
Serving untuk 2 orang.

Bahan-bahan:

Bahan A

Avocado - 2 biji(ibu guna sebiji aje)
Fresh Milk - 1 mug besar
Susu pekat - 2 sudu besar tambah lagi sikit
Ais- 6-8 ketul(guna air sejuk dlm peti aje)

Bahan B

Coklat Hershey's - secukup rasa-tak letak sbb takde

Cara-cara:
Masukkan semua bahan A ke dalam blender dan blend sehingga sebati..make sure ais tu blend sampai hancur...

2. Masukkan hasil blender tadi ke dalam gelas cantik atau mug dan letak la Hershey's sebagai topping..kalau nak rase manis letak banyak2..

Lepas2 minum masuk dapur blk masak mkn tengah hari.Abah nak mkn udang masak lemak dan aku pulak terasa nak try masak ayam goreng kari ni mcm best aje tp biasalah bila masa tak cukup adalah yg kena skip he..he..


INCHI KABIN (AYAM GORENG KARI)
Bahan-Bahannya
4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya
Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan. (tak buat pun terus cuci dan gaul rempah)
Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam. (takde perap terus masuk kuali)
Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!! memang ok cik mat)


ni ler udang masak lemak xpress masak semangkuk ni pun tak abis2


menu lunch kami utk hari ahad

ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net