SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Jul-2010 04:28 Email | Share | Bookmark
PULUT TAI TAI & ROTI JALA

 
 
 
 
 
 
Salam...

Semenjak dua menjak ni aku dah mula suka mencuba resepi ala2 nyonya pulak dan tempat rujukan aku mana lagi klu bukan blog mat gebu yg memang pandai menghias masakannya.tiap kali masuk blog dia aku selalu bayangkan umah kampung yg besar dgn kawasan laman yg luas yg boleh tanam mcm2 jenis pokok.bestnya klu aku ada umah mcm tu tp nak wat mcmana dah tak mampu duk aje lah umah sarang burung tu(flat ler apa lagi)ke lain pulak topiknya dah lah kita layan ini pulut lemak cicah dgn kaya best sgt2 sampaikan ms wong siap mintak resepi sbb nak suruh adiknya buat he..he...Aku guna kaya cap yeos kesnya aku ternampak lah gambar kueh yg sama kat tin tu(ada ke beli brg sbb tengok gambar kueh)cuba2lah senang sgt buat nya tp klu nak sedap gunalah santan yg di perah sendiri klu guna santan kotak tak terasa lemaknya(eleh..mentang2 aku skrg dah terlebih rajin beli kelapa)

Quote:
PULUT TAI TAI
copy http://tiffinbiru.blogspot.com/search/label/Nyonya%20Delicacies


BAHAN-BAHANNYA ibu buat setengah resepi aje
500 g beras pulut
35 kuntum bunga telang(takde bunga ni klu duk kg leh ler dpt kat KL ni mana nak carinya jd guna pewarna biru)
2 keping asam gelugor
1 1/4 cawan santan + 3/4 camca teh garam (atau secukup rasa), kacau rata
1 helai daun pandan, disumpul

CARA MEMBUATNYA
Bunga telang dicuci bersih, toskan dan tumbuk hingga lumat, bancuh dengan 2 camca besar air dan tapis untuk mendapatkan warna biru. Beras pulut dicuci bersih dan bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian direndam dengan air biasa, letakkan 1 keping asam gelugor dan 1 bahagian lagi, direndam dengan air bercampur jus bunga telang dan 1 keping asam gelugor, kacau rata dan biar kan pulut2 tadi berendam semalaman atau sekurang2nya 8 - 9 jam.
Panaskan kukusan. Alas dasar kukus dengan daun pisang, cucuk daun pisang tadi. Beras pulut ditoskan kemudian gaul beras pulut biru dan putih hingga rata. Tuang dalam kukus, letak daun pandan dan kukus 10 - 12 minit. Keluarkan pulut tadi dan isi ke dalam bekas, tuang 1/2 bahagian santan, kacau rata dan tuang balik dalam kukusan dan kukus lagi 10 minit. Laku kan kaedah sama dan tuang baki santan, kacau rata dan kukus kembali 10 minit atau sehingga mendapat pulut yang lembut.
Sementara itu siapkan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci, sapu dengan sedikit minyak makan dan alas dasar tin dengan aluminium foil, sapu sedikit minyak (atau guna daun pisang pun boleh), seperti dalam gambar. Alih pulut tadi dalam tin, buang daun pandan dan ratakan, ratakan dan tekan2 biar padat.
Lipat lebihan aluminium foil tadi seperti dalam gambar dan letakkan tin yang kecil sedikit atasnya (mat guna tin 7 x 7 inci) dan hempap dengan benda berat (mat guna lesong batu, kalau nak guna batu bata pun boleh, janji berat). Biar kan macam tu untuk 2 - 3 jam sehingga pulut padat.
Kemudian boleh lah dipotong dan hidangkan bersama seri kaya karamel. Untuk mendapat potongan licin, sarung pisau tadi dengan plastik bersih dan potong dengan cara menekan ke atas pulut tadi....selamat mencuba yeaa!!!!



Kebetulan hari khamis aku masak kari ayam lepas tu sengaja lebihkan sbb nak buat roti jala ni tp guna resepi lain pulak.Ari tu guna resepi ratna aka kak long aka madiha tp tak menjadi bkn salah yg bg resepi yer mgkin salah aku yg tak pandai.Jd aku mencuba pulak resepi yg aku ceduk dr umah ummi ni yg dtgnya dr ratna gak(agaknya org nama ratna ni memang suka buat roti jala kot)dan syukur alhamdulillah menjadi tp menjadi pun selepas aku mendapat tip2 dr kawan2 yg pro dlm membuat roti jala ni jd roti jala dulu tak menjadi bkn salah resepi tp teknik yg aku gunakan salah sebenarnya.

Quote:
ROTI JALA
Sumber: Ratna@cik bawang
Copy ummizaihadi-homesweethome.blogspot.


Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar ibu guna air aje tak letak pun susu)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning


Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka


ok itu sahaja resepi utk hari ini klu panjang umur esok kita masuk lagi resepi yer jgn jemu lak masuk fp ni sbb asyik gambar kueh aje.skrg ni aku tengah berjinak2 dgn kueh2 tradisional pulak asyik masak kueh moden aje jemu jugak yg tukang makan.

bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net