SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Jul-2010 01:47 Email | Share | Bookmark
AVOCADO,KUEH LAPIS KACANG MERAH,UDANG ASAM DAN KARIPAP PUSING

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam...

Moody monday ke?lebih kurang mcm tu lah klu start keje sama lah dgn aku ni cuti ari ahad aje lg tak rasa cutinya tp kenalah ikut peraturan gak klu tak mau org suruh cuti panjang.Kita tak yah citer pjg2 lah ni nak tunjuk menu baru utk avocado yg skrg ni sedang masak ranun kat umah makcik aje kat PJ nun.Avocado ni cuma setahun sekali aje musim nya jd kebetulan aku pergi minggu lepas ada byk buah yg dah nak masak.Jd aku pun ambik ler 5 biji(tamak tul aku ni entah bila nak mkn nya)Blk aje dr PJ terus aku masuk bakul bg masak sendiri lepas tu mcm ingat2 lupa pulak sehinggalah madiha tanya(he..he..kak long klu tak tanya ari tu mesti buah tu dah busuk tau)blk umah aku tengok semua dah masak jd cepat2 masuk peti.Sambil2 dlm kepala pikir nak buat apa buah tu.mkn dgn susu dah mkn dgn ice cream pun dah lepas tu nampak lak santan utk wat seri muka(ni kali ke 2 aku buat dlm masa 3 hari sbb nya suka sgt dgn kueh ni)jd aku ambik sikit santan tu utk mkn dgn avocado ni dan sememang nya sedap gilerrrr...



1 biji buah avocado potong dadu
1/2 cawan santan nak sedap perah sendiri
1 sudu kecil gula
sedikit garam klu suka lemak2 lebihkan sikit garamnya

santan+gula+garam di kacau sehingga larut kemudian tuang ke atas avocado dan jemputlah mkn

Klu nak tau sedap ke tidak cubalah sendiri dan anda akan menikmatinya he..he..


ni ler kueh seri muka yg kureng warna hijau nya tp tetap sedap di mulut ku.


Kueh lapis kacang merah.Sejak dua menjak ni aku ni terlebih rajin buat kueh yg kenis kukus2 ni jd duk merayau2 teringat kat kueh ni jd aku pun mencubalah.Tp bg aku rasa tak suka sgt rasanya mcm tak berapa kena kacang merah mkn dgn kueh lapis tp ari tu pisang mkn dgn kueh lapis sedap pulak.

Quote:

KUEH LAPIS PES KACANG MERAH
Source : my resepi (copy from ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/)
copy mamawandiha.fotopages.

Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

Method:-
1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
3. Panaskan periuk pengukus & biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong.





Kueh gulung atas permintaan abah.klu tak silap aku buat ari khamis lepas kot buat mkn mlm(ada ke mkn mlm kueh)Bkn apa abah sejak dua menjak ni dah tak nak mkn kat kedai katanya kedai masak seme tak sedap jd dia lebih rela tak mkn dan bini dia ni kerana kesian setiap ari mesti ada kueh ke nasi ke utk mkn lepas abis niaga.Dlm2 kesian tu membebel gak sbb abah ni klu tak mkn mulalah angin dan hanging dah tu sakit kepala tu yg nak tak nak buat jugak lah walaupun kadang2 terkejar2 masak blk kejenya.nak mkn sup ari2 dah tak lalu dah.Resepi kueh gulung tu tak yah lah kan sbb bancuhan nya lebih kurang dgn roti jala aje.


Dah mula nak berjinak 2 dgn masakan ala nyonya pulak aku ni.Udang goreng asam ni aku masak lepas blk klinik minggu lepas.Kembar demam jd ibu kena ambik cuti pastu kenalah masak jd abah aku masak kari ayam utk kembar aku masak udang ni sbb adik kan suka mkn udang tp org dah sakit mknnya sikit aje ibu dia aje yg byk mknnya.Best udang ni sbb ada rasa masam2 sikit

Quote:

copy mat gebu

UDANG GORENG ASAM
Bahan-Bahannya:-
500 g udang sederhana besar
2 camca besar asam jawa
1/2 camca teh garam
2 camca besar gula
1 camca teh serbuk lada sulah
2 camca teh kicap pekat
2 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
8 camca besar air

Cara membuatnya:-
Bersihkan udang, tapi jgn buat kulit, cuma gunting hujung kepala dan buang kotorannya. Tabur garam dan perap 10 minit, kemudian cuci dan toskan.
Asam jawa dicampur dengan 8 camca besar air, ramas hingga sebati dan tapis jusnya. Campur dengan semua bahan lain. Kacau rata. Gaul dengan udang yang ditoskan tadi dan perap 1 jam hingga 1 1/2 jam dalam peti sejuk.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul2 panas dan masukkan udang seta bahan2 perap tadi (berhati2 ketika memasukkan udang ke dalam kuali!!). Kacau goreng untuk 1 minit dan kecilkan api, biar udang masak hingga bahan perap menjadi pekat dan bersalut pada udang.
Kemudian angkat dan toskan lebihan minyaknya. Alih ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...



Ptg khamis tu pulak lepas dah siap2 mkn aku pun mula buat karipap pusing lg sbb ari tu tak cukup jd nak mencuba resepi lain lg.Aku pun ambik dr blog hana.ok jugak tp aku suka lg karipap pusing yg sebelum ni lagi rangup walaupun sampai ke esokan hari ini bila dah sejuk dah rasa lemau sikit.Apa pun sedap jugak


Quote:

KARIPAP PUSING
HANA
Bahan-bahan
*Doh berminyak*
150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
*Doh biasa*
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
Cara-cara
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.
Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Masukkan inti dan kelim karipap seperti biasa. Goreng hingga keemasan. Siap dihidang.


Ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net