SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 17-Jul-2010 03:36 Email | Share | Bookmark
PAIN AU LAIT,KUEH SERI MUKA & SAMBAL IKAN BAKAR

 
 
 
 
Salam di hujung minggu..

Org lain best2 duk lepak dan bergumbira aku pulak duk kat opis nak wat cam mana dah opis ni cuti ari ahad aje nya,nak duit terima seadanya lah(mcm sedih sgt bunyinya)sambungan dr masak2 minggu lepas.Petang ahad lepas pulak aku buat kueh seri muka kegemaran abah ni.Abah ni memang suka sgt dgn kueh jd di sebabkan masa ms wong pergi jln2 kat hadyai dan dia ada belikan aku beras pulut jd aku pun nak lah try beras pulut dr thai ni bese beras dr sana memang cantik.Aku pun buka lah tengok memang cantik langsung takde beras jemuh/beras biasa.Klu beli pulut kat sini mesti ada campur beras lain tu bila masak pulut jd keras.Bila abah nak turun ke gerai aku pun apa lg mulalah mengukus pulut(masa ni lah kakak jatuhnya)dlm duk kelam kelibut tu dgn nak gi besday anak jiran nya akhirnya masak jugak kueh seri muka.mari kita tengok resepi yg aku ambik dr fp kak liza,t.q kak liza yg selalu share resepi yg betul2 kena sukatannya dan sgt2 sedap ni.


Quote:


KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam


Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..


Duk tengok cik puan hana layan roti sbb katanya beras kat umah dah abis,sib baik tepung ada yer klu idak mkn sayur aje kot.Aku tengok mcm sedap aje jd nak try jugak tp aku ounye versi kelabu asap sbb akugi letak susu coklat dah takde stok susu biasa susu coklat pun jd lah dan kerana nak buat jugak roti ni yis yg tinggal seciput tu membuatkan roti aku lambat naik lepas tu simpan punya simpan last2 dak kembang semangkuk hah tu pasal lah ropanya sebegitu.

Quote:

Pain Au Lait ( Delicious Milk Bread)
copy hanamemories.blogspot
sumber dailydelicious.blogspot.com

Bahan-bahan
•230g tepung gandum
•60g tepung roti
•125g susu segar
•4g yis kering
•50g telur (1 biji)
•38g gula
•5g garam
•63g butter
•Gula kasar
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
•Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.
•Setting menu Dough dan ONkan.
•Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.
•Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.
•Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)
•Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
•Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.
•Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
•Angkat dan sejukkan di atas redai.


Ini mulut mengidam nak mkn ikan pari bakar jd aku siap2 pesan dgn abah gi pasar belikan ikan pari.mula2 nak bakar kosong aje tp abah request nak letak sambal jd aku pun pikir2 lah sambal ikan bakar yg biasanya ada org jual siap klu kat kampung aku kat ganu ni tp KL mana ada sambal ikan bakar ni jd nak kena wat sendiri lah.Duk ingat2 lupa rasanya tp cuba2 menjadi jugak dan best rupanya he..he..masuk bakul angkat sendiri.Cuma ikan pari aku kat bawah tu dah terlebih sambal tu pasal tak nampak rupa ikan pari ni.Klu ikut sukatan bahan2 ni blh lah bakar 3 ekor ikan yg saiz sedan.Jd klu sesapa teringin nak rasa jgn malu2 jgn segan2 cubalah try test he..he..

Quote:

SAMBAL IKAN BAKAR

Bahan-bahan A
1 senduk cili kering kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bwg putih
sehiris lengkuas
3 btg serai
gula dan garam secukupnya

Bahan B
1 sudu pes tom yam

minyak utk tumis

Cara-cara
Kisar semua bahan A kecuali garam dan gula.Panas kan minyak kemudian tumis bahan2 A dan masukkan gula serta garam bila dah garing masukkan pes tom yam masak sekejap dan boleh lah tutup api kemudian sapukan pd ikan yg hendak dibakar.Sambal ni boleh di simpan lama jika betul2 kering masak nya.


Ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net