SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Jul-2010 01:18 Email | Share | Bookmark
PAU AYAM,NASI MINYAK DAN ROTI JALA

 
 
 
 
 
 
Salam...

Hari ni nak update menu hari sabtu minggu lepas,minggu rajin seduania kih...kih..entah lah mood nak masak aje minggu ni.Dah tu aku terpikat dgn resepi2 chef hanieliza yg memang mudah dan senang utk dibuat jd klu sape2 rasa baru nak belajar masak mesti cari chef hanieliza hai beruntung lah anak menantu kak liza ni yer.aku ni selalu blk kg tp tak berkesempatan lg nak berkenalan dgn kak liza padahal duk satu kg(tak lah sekampung tp dekat lah he..he..cuma tempat kak liza selalu buat class tu memang dekat dgn umah mama tak sampai 10 min pun klu naik kete )Jom tengok resepi sarapan dulu.Aku dah lama nak mkn pau ayam ni.klu beli mesti mkn tak puas ari tu masa blk kg aku ada singgah kat R&R dah tu beli lah pau ayam tp tak cukup sbb abah pun mkn kembar pun mkn padahal baru aje lepas mkn tu yg rasa nak buat sendiri.Jd aku layan kat dapur kak liza ni.cuma tak puas hati sikit sbb tak berapa gebu mcm pau2 sblm ni mgkin masalah teknikal.Pau ni buat dua versi inti kacang merah dan inti ayam.klu ada daun bawang tu inti ayam yg takde tu inti kacang.ingat nak ambik gambar yg ada ini tp langsung terlupa sbb duk sibuk nak masak utk mkn tgh hari pulak.

Quote:


KUEH PAU AYAM

bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum (ibu guna tepung gandum aje)
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan


Inti Ayam

Bahan
300 gm isi ayam [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil]
2 s/b serbuk kari ayam (agak pedas lah bg ibu lain kali letak 1 sudu dah cukup)
1 cawan air
garam
gula
daun sup [racik kasar]

Bahan tumis
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air.
4. Biarkan mendih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk


Ni lah menu mkn lunch kami tu.Sbb nak abis kan beras basmathi yg ada belen 2 1/2 pot tu takut lama2 nanti rosak jd masak nasi minyak ni.sukatan tu aku ejas ler sbb kak liza masak 1 kg(dr dapur kak liza lagik) Sedap tau nasi ni kena dgn selera kami abah pun mkn banyak.Kes ni gi gather2 dgn madiha kami mkn lunch ni kul 11.30 pg punya lah awal.Lauk nya aku masak gulai tulang mcm resepi yg lepas jd aku takde lah letak resepi yer.pastu tambah sikit dgn acar buah tu.T.Q kak liza dgn resepi2 ni yer

Quote:

NASI MINYAK
copy chef hanieliza

Bahan A
1 kg beras bathmati
3 sudu besar minyak sapi
1 liter air
1/2 cawan susu cair ] bancuh
1/2 cawan air ]
50 gm daun ketumbar ] potong pendek
50 gm daun pudina ]
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar perwarna kuning dibancuh dgn 1/2 cawan air
garam secukupnya

Bahan B
3 ulas bawang merah ] hiriskan
3 cm halia ]
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga



Cara
1. Beras dibasuh dan rendamkan selama 30 minit. Tapiskan.
2. Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan beras, kismis, daun ketumbar dan daun pudina.
4. Biarkan nasi masak saperti biasa.
5. Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair.
6. Curahkan bancuhan pewarna kuning keatas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.
8. Gemburkan nasi perlahan-lahan dan hidangkan.





Disbbkan gulai daging tu masih ada baki lagi jd esoknya hari ahad aku buat roti jala ni resepi dr madiha (ni kes jeles tgk dia asyik menjala aje)tp roti jala ku tak menjadi bkn salah resepi tp aku yg tak pandai kot.tp memang sedap mkn dgn kuah gulai ni klu kena dgn kuah kari lg ngam.sbb aku buat satu adunan jd ptg nya aku masak kuah durian tp lupa nak ambik gambar lg pun kuah durian tu sikit pun aku tak mkn seme aku bg kat org takut nak simpan kat umah nanti abah bising busuk bau durian,hai payah tul lah.Lain kali aku nak cuba menjala lagi memang tak puas hati ni.

Quote:


ROTI JALA
copy madiha

Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
sedikit garam
sedikit minyak / marjerin (utk sapu pd kuali jika guna kuali biasa ~ lebih mudah guna non stick pan)


Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak/ marjerin pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai laju2 ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak & nampak agak garing di sebelah bawahnya. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak/marjerin setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya sebati semula daripada proses mendapan semasa menunggu roti jala masak .
7. Hidangkan bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda



Ok cukup utk ari ni.smlm aku cuti bwk kembar gi klinik.Kembar demam bila nurse tanya dah berapa hari demam aku ckp lah 3 hari dah tu kena ambik darah bila keluar result kena ambik darah lg tp dua2 sblm tu kakak aje tp kali ni adik pun kena sbb doc nak tengok takut ada thalasemia krn darah kakak kurang sgt adik kena ambik jugak sbb dia org kan kembar so takut ada terkena jugak.Tp punya lah susah nak ambik darah adik sampai berguling2 atas lantai pastu nurse bungkus dgn kain di terajang nya dah tu biarkan dulu ambik darah kakak tp kesian aku tengok kakak darahnya susah sgt nak keluar sikit2 aje sib baik darah yg mula2 ambik tu ada lg jd guna nak tu aje lah(memang betul2 kekurangan darah kakak ni) yg adik tu nurse bungkus lg masa tengah ambik darah tu adik sempat gigit tangan nurse tu menjerit nurse.ganas betul adik ni.adik menjerit satu klinik boleh dgr susah betul anak rimau ni.sure besar nanti takde sape berani nak buli.Kena tunggu 2 @ 3 bln lg baru keluar result harap2 takde apa2 lah.risau jugak.
Kawan2 ada sesape tau klu budak2 nak bg mkn apa utk tambah darah sbb kakak ni jenis cerewet betul nak mkn klu aku masak lauk apa2 dia cuma tau mkn kuah dgn nasi aje lauk2 tu seme tak nak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net