SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Jun-2010 04:30 Email | Share | Bookmark
JELLY,PUFF @ KARIPAP a.k.a KUEH LIPAT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam..
Apa nak citer yer..mgkin ni mcm takde mood aje nak citer lah.ni mesti penyakit 'M' sudah melanda diri ku ni jd layan aje apa aku buat minggu ni semua projek org malas.semua nak senang dan mudah aje.


Jelly Longan ni aku buat ahad lepas sbb Ms wong ada ler bg aku buat tangan masa dia blk dr hadnyai minggu lepas.Dia belikan aku buah mata kuncing kering aka longan dan dia ada gak bg aku beras pulut dgn pulut hitam itu KIV dulu tak tau bila jd projeknya.Mula2 aku duk main mkn kering mcm tu aje yelah manis sedap lah.Dulu aku rasa nakbuat air beli aje kat kedai ubat cina tp 100g RM4.50 mahal ler jugak 100 g tu bkn byk pun jd ini org dah bg byk mula ler buat perangai nak wat pelik2 sikit kononya padahal malas.Aku pun merayau kat kedai bakery kat umah aku tu terjumpalah Jelly Kelapa kat pask tu ada lah tunjuk cara2 nak wat jelly kelapa muda dgn jelly longan ni.aku pun rembat satu pack regenya RM4.80 blh lah tak susah pun nak buat cuma masukkan gula melaka dgn longan siap.ehh jgn lupa letak air pulak kan tak jd pulak jellynya.Aku masak setengah pack aje sbb byk sgt klu aku masak semua lg pun masak ni pun aku nak gak bg ms wong sikit yelah org berbudi kita berbahasa.dptlah dlm 12 bekas kecik ni

sedap klu mkn ari panas pastu jelly ni simpan dlm peti sejuk aje tekak he..he..lupa pulak aku nak ambik gambar pack jelly tu lain kali ler aku tunjuk yer.

Projek no 2 ni aku masak ari selasa selepas aku masuk umah mamafami.Dia ada tunjuk pasal puff ni dan mulalah aku teringat aku masih ada stok puff beke jenama Kawan yg dah berbulan duk dlm peti.Lepas tu aku ada lagi belen inti beef roll tu jd blk keje aku pun selongkar ler peti ais sekali jumpa lah 2 keping puff.Jadilah dpt buat satu puff ni pun dah cukup.Ala..ala..nak rasa kononnya padahal abah mkn sorang2 aje,takpelah ibu tak kisah janji abah tak byk komen.sedaplah kot sbb tak bunyi apa tengok2 dah licin



Projek no 3 ni pulak kisahnya aku dah lama nak wat karipap ni asyik tengok karipap madiha aje nak order dah lama aku tak sampai sana sejak dua menjak bukak gerai ni jd kenalah wat sendiri.Jd sambil2 aku tunggu puff tu masak aku pun buat ler inti karipap ni yg budak kembar ni dah tak sabar2 nak mkn,masak aje inti terus tadah bekas.Alahai anak ibu ni nape tak sabo tak sempat ibu nak wat kuehnya.Aku pun bg ler sikit sorang inti tu elok aje dia org ratah siap menambah lagi kakak.sedap lah tu klu tak sedap sah2 dia ckp awal2 "tak syedaplah bu".Dlm aku duk berkira2 nak bancuh tepung karipap abah call kata org nak tempah kek jd aku pun konar terus tak jd wat karipap wat kek dulu he..he..mata duitan betul(alaa..abah punya mknan ibu dah siapkan karipap tu cuma nak wat stok aje)jd di sbbkan karipap tak jd maka pg semalam aku buatlah kueh lipat ni.maaf ler aku tak tau nama lain sejak kecik sampai tua memang aku panggil kuh lipat lah sbb dilipat2 walaupun bancuhan tepung nya mcm kueh gulung aka kueh ketayap.

aku buat ikut bancuhan tepung beef bread crumb roll jugak jd sape nak resepi tengok n3 lepas lah yer.Bezanya kueh lipat ni intinya kentang aje mcm inti karipap dan di lipat 4 segi pastu goreng mcm tu aje.ni sarapan yg simple lah dan mudah janji ada inti.

Quote:
INTI KENTANG

Bahan-bahan
2 biji kentang yg besar di potong dadu
1/2 cawan daging cicang
1 labu bwg besar di cincang
1 peket kecil rempah kari babas
minyak utk tumis
air secukupnya utk lembutkan kentang
garam dan perasa

panaskan minyak tumis bwg sampai layu masukkan rempah kari bila rempah dah garing masukan daging cincang biarkan daging masak masukkan kentang dan jugak air,garam dan perasa.masak sehingga kentang empuk dan sambal inti kering air.sejukan dahulu baru di gunakan


Projek last kira nya sarapan hari ni lah.Disebabkan inti karipap tu ada lagi td dlm kul 6.30 pg aku bancuh tepung utk buat karipap ni.resepi tepung karipap ni aku mintak dgn sifu ku sape lagi klu bukan mama ku itu.Jd pg td terhasilah karipap ni


Quote:
DOH KARIPAP

Bahan-bahan

2 cawan tepung
1/2 cwn minyak(agak2 lah jgn byk sgt minyaknya takut berminyak pulak kulit karipap tu)
1 cwn air di campur dgn 1/2 sudu teh garam

Panaskan minyak masak lepas tu tuang ke dlm tepung gaul2kan tepung dgn minyak.hati2 yer kan melecur tangan pulak.bila dah rata masukan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh yg blh dicanai.
Canai ikut suka saiz apa yer lepas tu masukkan inti kelim tepi dan sedia utk di goreng


Inilah kueh kek order mengejut tu he..he..50 biji cc CMC.25 biji bese 25 biji lg nak ada bc.Order dr abg din yg memang dah selalu order cc ni dgn aku.ingatkan nak wat mkn2 aje rupanya smlm besday anaknya jd dia order cc ni utk jamu kwn.Aku tak tau nak deco mcm mana jd aku wat lah bunga pesen ni.apa nama bunga aku pun tak tau

ni pulak kak sue punya,katanya nak rasa aje jd nak sikit lah itupun klu ada lebih dr order abg din so aku buatkan mcm ni lah.

semua order ni dah selamat pun semalan punya jamuan besday kat gerai abg din,aku tak pergilah sbb kembar dah sibuk nak blk umah.(abg din ni tokey gerai kueh teow goreng sebelah gerai bihun sup)

ok dah bye..bye..sape2 nak order boleh call IDA 019-9543616


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net