SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Jun-2010 02:29 Email | Share | Bookmark
BEEF BREAD CRUMB ROLL,MINI POP CAKE & ORDER

 
 
 
 
 
 
Salam...

Semua muka mcm moyok aje...yelah poket dah kering kan.mana yg anak sekolah lagi ler rasa nak nangis pun ada sbb kena prepare brg2 sekolah pastu cikgu time mcm ni ler nak kena byr tu bykr ni.Pas tu kita ni pulak dah mula pikir posa dah tak lama lagi nak gak siapkan baju2 raya budak2 bkn apa jenis yg tempah2 lah.Aku pun sama muka moyok gak sbb duit dah abis he..he..gerai pun byk cuti masa cuti sekolah ni nak wat gane dah tu rezeki yg tuhan nak bg.syukur alhamdulillah.Minggu lepas dlm duk takdok duit tu aku sibuk gak nak wat mcm2 xperimen(aku ni memang jenis duit takleh simpan kot,panas aje tu kena belanja gak)

Mula2 aku duk merayau kat umah juwita pastu ternapak ler dia masak beef roll ni utk buka posa.Aku pun tilik ler resepinya nampak mcm senang dan brg2 tu seme memang dah ada kat umah jd apa lagi layan aje lah.Aku buat utk sarapan hari sabtu lepas.Abah kata tak sedap.Aku pun mkn ler,apa yg menyebabkan tak sedap tu.Lepas ku tilik2 xperimen aku tu rupanya kurang garam ler patutlah abah kata tak sedap.ari isnin aku ada lagi belen inti tu aku buat popia tp tambah garam lah elok pulak abah kata sedap sampai licin sepiring popia.sah..sah abah tak leh tinggal garam ni.

Quote:


BEEF BREAD CRUMB ROLL

Bahan Untuk Inti:-
·300 gm daging cincang
·2 biji kentang (dipotong dadu)
·1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
·1 1/2 sudu rempah kari ayam ( ini ita tambah sendiri )ibu pun letak rempah kari jugak
.1 sudu teh serbuk lada hitam
·1 biji bawang besar (dipotong dadu)
·5 biji cili padi (hiris halus) - tak letak
·sedikit daun bawang (dihiris halus)
garam dan perasa-ini ibu tambah sendiri dlm resepi tak ckp pun

Bahan Untuk Kulit:-untuk 6 ketul(ibu dpt 5 ketul aje)
·1 cawan tepung gandum
·1 cawan air
·1 biji telor
·sedikit garam
·serbuk roti (bread crumbs) secukupnya

Cara Memasak Inti:-
1.Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
2.Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
3.Masukkan kentang dan carrot.
4.Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5.Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:-
1.Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
2.Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
3.Masak dengan api perlahan.
4.Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
5.Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
6.Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
7.Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan


Aku ni dah teruja sgt tengok dgn Pop Cake ni lagi ler midza@Koi tu asyik duk tayang order2 pop cake ni.memang tak sabo aku geram aje nak rasa nak tengok nak buat.pastu aku pun google ler kat tenet mcm2 jenis pop cake aku jumpa tp aku terasa nak mencuba jenis yg ini dr blog pet muffin.memang sedap rupanya pop cake ni dan aku ada ler bg jiran 2 cuba dan ada yg nak order.Disbbkan aku tak pergi class mcm org lain rasa risau jugak klu org order mana tau kot2 tak menjadi tp skrg aku dah ada supporter@promo yg bagus iaitu abah he..he..t.q abah yer skrg klu ibu nak beli over baru abah nak tolong carikan tp sabo dulu tunggu ibu dpt bisnes bagus baru kita beli yer.Jom kita tengok resepi Pop Cake yg marverles ni memang sedap giler you lagi ler klu yg jenis gila coklat memang sesuai sgt lah.abah pun suka mkn pop cake ni.

Quote:

POPCAKE SERI KELAKAR.
copy http://pertmuffin.blogspot.com/2010/04/pop-cakes-resepi.html

Bahan :

1) 1 roll swiss roll (ibu guna cc coklat moist cake dlm 10 biji)
2) 150g cream cheese
3) 50g icing sugar
4) Compound Dark chocolate - pakai brand Beryls lebih sedap
5) White Chocolate + strawberry emulco + fresh cream (fresh cream sikit je.. ala2 nak buat ganache tapi jangan cair)

Cara :

Pukul cream cheese + icing sugar.
Ramas swiss roll sampai hancur dan masukkan cream cheese tadi.
Gaul sebati dan bulat2 kan sebesar saiz ping pong.
Kemudian masukkan dalam petiais at least 2 jam..

Cairkan dark coklat (steam bath).
Cairkan white chocolate + cream + emulco - masukkan dalam piping bag utk hiasan.

Bila pop cake dah keras - celupkan dalam dark chocolate. Buat sampai habis.
Masukkan dalam peti ais sebentar sebelum di hias
.

Kat bawah ni pulak order minggu lepas.

500 pcs CC utk majlis sambut menantu.


ni pulak order yg mengejut dr kak nani.kul 6.45 pg subuh2 ari dia cal ckp nak tempah puding belang2 katanya.aku memang tau ler dia nak gi meminang utk anak sedara tp tak tau pulak puding ni salah satu utk hantaran jd aku bg pun duk dlm loyang mcm tu aje.sib baik dia org sendiri yg hias2 utk hantaran tu tp aku tak puas hati sbb coraknya tak cantik.aku terima order ni pun sbb brg2 semua dah ada klu nak gi beli memang aku tolak ler lagi pun ari ni aku nak gi 2 kenduri yg last n3 tu.cuma pikir tak susah nak buat jd on ajelah.t.q yer kak nani yg sudi order mcm2 sgn aku blh dikatakan tiap2 minggu ada aje yg dia nak order.

ok bye..bye..klu sesapa nak buat tempahan blh hubungi IDA 019-9543616


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net