SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-May-2010 01:10 Email | Share | Bookmark
DAH TAK CUKUP MASA DAH...

 
 
 
 
 
roti sosej
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua..

Ada yg tertanya2 tak nape lama benor tayang kek besday tu.he..he..sorry ler aku takde masa nak update n3 entah ler bese2 klu ujung bln mcm tak busy tp kali ni busy ler pulok.ataupun memang aku yg lembab buat keje ni.alamak...tak kisah lah janji aku update gak walaupun sebulan sekali.Tajuk kat atas tu pulak disebabkan keadaan aku skrg ni yg memang rasanya mcm selalu aje tak cukup masa klu buat keje.
Mari lah tengok apa ke benda aku masak minggu2 lepas dan minggu ni.mintak maaf ler klu aku sekali harung takut terlupa pulak nanti nak masukkan mana2 resepi utk aku buat rujukan.klu tak nak tengok pun tak pe.kita tak kisah punya he..he...

Mula2 cerita potong kek besday ler.aku nak potong pg abah lak suruh aku potong kat gerai ptg masa niaga(hiss...abah ni buat ibu malu aje ler tp suka gak blh ler promo kek)

ni aje yg sempat ambik gambarnya.duk kalut dgn budak kembar ni.dah ler abah ambik gamabr blurr aje.tak kisah lah janji ada gak gambarnya.potong2 kek bg kat semua org yg mkn kat gerai tu merasa sikit sorang nak bg byk2 kek sebiji aje. kek besday t aku buat brownies kukus lapis cheese.sedap dan wanginya bau dah lama simpan niat nak wat brownies ni jd sempena sambut besday sendiri jd buat lah sambil2 promo sikit.jom tengok resepi yg aku ambik dr blog maklang ni.t.q..tq..maklang sudi share resepi ni.

Quote:

BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE
Sumber : Hana (tqvm hana..&.mklang ibu c&p aje nih..)

Bahan-bahan
• *500g campuran brownies kukus (premix)(kat bakeri ada jual
• *4 biji telur gred B
• *75ml minyak masak
• *200ml air
• *5g baking powder
• *5g soda bikarbonat

• **inti cream cheese**
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air (mklang ganti ngan w/cream)


Cara-cara
1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
2. utk inti - campur semua bahan dan pukul sampai kembang
3. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..



Aku sekarang ni dah jadi peminat lasagna lah pulok dah hai mana ler tak kembang.ari tu aku jln2 kat Kupio jumpa lak lasagna ni,ijan ni pun ada anak kecik rajin gak masak 2 dah lah busy dgn sekolah lagi.klu aku memang belajar kemana anak entah kemana ler.Aku cuma ikut sos putihnya aje sbb inti tu aku main hentam aje sbb nak perabis mana2 stok daging yg dah siap masak.

Quote:



Resipi Lasagna
http://www.blogresipi.com/2010/05/12/chicken-lasagna/#more-4537

8-10 keping kulit lasagna
300g daging cincang (kite guna ayam)
1/2 biji bawang besar holland – cincang
2 ulas bwg putih – cincang
1 tin sos spaghetti original
3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
1/2 biji carrot – potong dadu (optional)
3 biji cendawan butang – hiris nipis
1 sk oregano
Air
minyak zaitun
garam, gula secukup rasa
keju mozarella secukupnyer

UNTUK SOS PUTIH
1/2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu segar
1/3 cawan keju pilihan
3 sudu besar butter
lada hitam, garam

Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging… sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.


Ni pulak nak belajar buat mcm2 roti dah lama jugak ku tilik resepi ni.mula2 aku tengok mariam yg buat dah ada niat nak buat tp aku tak jumpa gluten tu lah.tanya kat wilton dia ckp klu guna high protein punya tepung tak perlu gluten lagi.bila ant jennie ckp mcm tu aku tak gak buat sbb takut tak jd.Aku tunggu ler masa nak gi kat Yen kat chow kit tu pulak(maklum ler aku cuma sebulan ada satu ari aje cuti sabtunya jd sbln sekali aje aku dpt gi sana)cari2 kat Yen mak ai besarnya paketnya 1/2 kg aku nak buat apa byk2.jd aku takdelah belinya gluten tu dan minggu lepas aku buat juga roti ni guna resepi yg sama tapi tak letak ler gluten tu.alhamdulilah menjadi dan betul ler ckp tuan empunya resepi ni Blog Ixora tu memang betul mcm kedai punya roti nya lembut sgt.Jom tengok resepi roti yg best ni blh pelbagaikan rotinya suka hati lah nak letak inti ke,letak sosej ke blh aje.lain kali nak wat lagi ni

Quote:

ROTI PELBAGAI
copy blog ixora

500gm tepung high protein
90gm gula halus
4sb susu tepung
1/2 st garam
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar bread softener
1 paket yis (11grms) mauripan
2 biji telur
3 sb butter
150-200ml air / air secukupnya .. adjust sendiri yer .. masukkan air sedikit2 masa mnguli doh ..
1sudu besar gluten/ wheat gluten ...-ini ibu tak letak

inti - sambal ikan bilis / sosej / or apa2 aje


Cara-cara
1. Masukkan semua bhn kecuali air kedlm mangkuk mixer dan gaul
2. Masukkan air sedikit2 sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jgn masukkan terus semua air ) . Uli sehingga 20 minit .. lebih skit pun x per
3. Bila doh dah licin keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yg dikehendaki.. Loyang pembakar disapukan dengan hanya sedikit butter n tepung gandum
note : untuk bun 25gm /ea ..utk mini sosej 25 grm gak .. n utk sosej ala2 lipan tuh 50grms .. (perghh apa punya bahasa la nih) .. untuk step nih x yah penaik kan doh .. terus ngan upacara potong memotong n timbang menimbang ..
4.Dah siap masukan inti baru ler panaik kan doh sehingga sekali ganda .. 1jam / lebih ..
note : bagi proses menaik kan doh ni ..k.yati masukkan tray yg dah diisi ngan doh tuh dlm beg plastik yg besar dan ikat kat hujung nya ..
5. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit .. api atas bawah ..
note .. kalu tgk bahagian atas dh agak perang boleh padam kan api atas dan bakar dgn api bawah shj .. ini bagi mengelakan roti bahagian bawah tidak masak sepenuhnya.. (bakar dlm oven kt rak paling bawah )
6. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan nya ..
7. Untuk kesegaran roti berpanjangan ..sila simpankan roti anda didlm bekas yg tertutup ..hehe


Roti kurma yg telah di adaptasi dr resepi kat bawah ni.aku rasa mcm nak mkn roti tp malas dan mcm biasa kan pembantu ada.aku masuk semua bahan biarkan dia msak sendiri pg2 esok nak gi keje semua dah siap tinggal potong aje.hai bagus gak ada BM ni permalas pun dapat mkn roti gak he..he..aku mkn dgn lemon curd bestnya rasa manis2 masam tu
Quote:



ROTI BUAH KERING
http://www.jintanmanis.com/
Bahan-bahanye
220 gram tepung roti
2 sudu besar butter atau marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
140 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)
1 biji telur (3/4 biji ros masukkan dalam doh baki nya gliss atas roti)
1/2 cawan mix dry fruits ( dipotong kecil bentuk dadu)-gantikan dgn kurma
( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker ( kecuali dry fruits) dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan baru campurkan dgn dry fruits tadi, uli beberapa minit dan bahagi doh pada dua bahagian, akhir sekali letak dalam acuan loaf, biarkan naik dua kali ganda.
2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, tutup doh dengan wrappers atau kain bersih, perap doh selama 40 minit.
3.Kemudian tumbuk-tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda, sebelum dibakar gliss permukaan doh dengan baki telur yang di tambah dengan 1 sudu kecil susu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba


Ni biasalah tak mau terlepas jugak.aku tengok madiha tayang shabsyukka ni aku pun nak rasa lah mana tau anak2 pak arab kat rumah aku tu suka mkn.test ler buat masak setengah aje byk2 sape pulak nak mkn kan.sekali bil dah masak pak arab ckp apa kebenda ni tak pernah tengok pun.alamak nama aje anak arab tp tak pernah jumpa(yelah anak arab duk malaysia bkn duk kat arab nun).utk aku blh lah jugak tp aku mesti mkn dgn sos cili klu tak mcm tak best pulak.tp klu mkn dgn roti rasanya best kot .aku ari tu mkn dgn nasi laaa..

Quote:


SHABSYUKKA
copy madiha
Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:

2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis - guna mix vege aje
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi - tak letak pun


Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.


Haaa..ni pulak satu lagi menu baru yg bakal kami tambah kat gerai bihun sup utara tp aku test ler dulu mkn sendiri.So smlm blk keje aku pun arahkan BM tu buat roti benggali ni.mudah dan bahan2nya simple sgt dan yg pasti memang sedap ler klu buat roti bakar.Pg td sambil2 potong roti tu aku bakar sapu dgn lemon curd(jgn marah yer aku asyik duk ckp mkn dgn lemon curd sbb memang lemon curd tu bila dah lama simpan dlm peti rasanya makin sedap lah dah tak ingat dah jem yg tersusun kat rak tu lain kali kena masak byk sikit buat stok sbb abah pun suka anak pun suka ibu pun lagi lah suka he..he..)
Roti ni aku buat utk di jual bersama dgn sup campur kat gerai jd sesapa nak cuba mai ler dtg kat gerai bihun sup utara
Quote:


ROTI BENGGALI
MYRESIPI
http://www.myresipi.com/top/detail/3750

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
Bahan A

·350g tepung roti
·1 sudu besar shortening
·secubit garam

Bahan B
·120 - 160 ml air suam
·1 sudu makan yis serbuk
·2 sudu makan gula castor



Cara-cara
1.Bahan B digaul bersama
2.Semua Bahan A digaul sebentar
3.Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
4.Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
5.Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
6.Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
7.Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan-ibu guna semua 160ml tu memang elok2 aje sukatan nya


Alkisahnya pulak minggu lepas mulut ni terasa gatal pulak nak mkn kueh2 yg ada jual kat kg aku tu.kat KL ni memang tak jumpa lah klu jumpa pun he..he..chinese make ler tak kan aku nak beli lebih baik aku buat sendiri dah tentu tanpa was-was lagi dah.Kueh Bom klu kat kg aku panggila lah tp klu dengar kueh bom ni dia mcm2 versi ada guna gandum ada guna pulut,yg pulut biasanya inti ikan dan ada juga versi guna keledek tp yg aku hajatkan versi gandum dan inti kacang merah.resepinya sama mcm nak buat kayu keramat tp di letakkan inti di tengah dan biarkan ia naik baru di goreng.biasanya kayu keramat kita biarkan ia naik lepas tu potong2 dan goreng tp ni pjg sikit langkahnya sbb biarkan naik kemudian uli blk dan bahagi2 kan doh kemudian masukkan inti dan biarkan ia naik barulah di goreng.Aku mcm biasalah sbb duduk kat gerai jd aku serahkan kat BM buat keje.sblm masuk tido aku campak semua bahan lepas tu setting doh dan aku masuk tido bangun pagi nya aku tekan lagi sekali setting doh bg dia buang semua angin dah terus bahagi2 letak inti biarkan ia naik(sementara tu aku gi ler kemas apa2 yg patut buat ni ari keje jd pandai2 ler ejas masa kan)bila dah naik baru leh kita goreng.itu ler cara org malas dan tak cukup masa he..he..dan dapatlah aku bawak bekas gi opis.


Quote:


KAYU KERAMAT
copy dr adik ku

bahan2

500gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam

cara2
1.Yis segera dibancur dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda birkabonat dan gaul rata
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah)sebelum digoreng


dlm minggu lepas juga aku ada masak menu2 kat bawah ni.dah malas dah masak jd buka almari jumpa sos spargeti dlm tin bantai aje lah.kembar suka pulak mkn aku pulak yg kureng.aku buat ayam lada hitam pastu masak daging burger.


roti john ni aku masa pd hari yg sama sbb nak bg abah lak yg mkn klu aku suruh dia mkn spargeti tu sah2 aku kena marah sbb dah byk kali dia ckp seumur hidup dia tak pernah mkn spargeti



ni pulak sarapan pg ahad lepas.dah lama duk ckp dgn mama nak buat pulut kuning sbb nak mkn dgn serunding yg mama buat tu jd pg2 lagi aku dah rendam beras pulut lepas aje kedai buka aku gi ler beli santan elok2 aje masak baru lah budak2 bangun.fuhh..selamat aku buat keje.kembar suka betul dgn pulut ni





ni nak tayang buat pertama kalinya org baru dlm hidup sepupu ku kak B yg dah lama mengidamkan anak baru skrg di makbulkan olehnya.Byk kali jugak dia mengalami keguguran dan kekecewaan klu tak silap aku ni ni kali ke3 atau ke 4 dia peknen.gambar ni aku ambik masa baby ni baru aje keluar hospital baru umur sehari ni.hai rasa takut2 pulak aku nak pengang nya yelah kecik sgt.baby ni di beri nama Qisya Nour Arissa berat masa lahir 2.3kg lagi kecik dr kembar masa lahir.harpa kak b dan Nasa bertanbah bahagia dgn kehadiran Qisya ni.

Ok dah tamat lah mana2 gambar yg aku ada stok dlm minggu ni minggu depan tak tau ler sbb esok nak blk kg pulak.he..he..blk kg kemabr dah pukul canang dia nak blk kg.seronok sgt klu ckp nak blk kg.

ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net