SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-May-2010 03:05 Email | Share | Bookmark
KEK MARBLE RESEPI KAK ZA AININDELIGHT

 
 
 
 
 
 
Salam..

Hari senin mood semua tak bagus seme,ada yg malah nak bangun ler,duk pikir lambat lagi hari minggu yer,ada lak pikir kan best klu tak yah gi keje..he..he..tu semua selalu ada dlm kepala otak aku ni tiap kali bangun pg bila nak gi keje tp yg peliknya klu ari cuti elok lak aku bangun(bkn apa seronok nak masuk dapur lah) dah lah kita tinggal kan cerita2 malas tu mari merajinkan diri pulak.minggu lepas aku ada buat kek marble lagi dr resepi kak za.benornya dah lama benor kepingin nak buat kek mcm org lain cantik mcm kuda belang tp tak pandai duk lah kecek resepi dgn mcm2 org tp aku tetap ler berkenan dgn corak kek kak za tunggu punya tunggu maka timbul gak resepi kek nya.ari yg sama gak aku buat kek tu iaitu hari jumaat baru ni ler.masa masak tu hari aku ni berbunga2 rasanya sbb dah jd rupa yg aku ingin kan tp kek aku nipis sbb guna loyang besor nak cepat masak konon sbb masa masak tu dah kul 12 mlm.Kek ni bg aku memang best cuma agak moist sikit mcm kek coklat moist tu jd selok nya klu nak potong baik masak lepas masak selepas kek nya agak sejuk klu di biarkan semalaman kek tu akan lembat di permukaan dan mgkin akan melekat pd pisau tp apapun kek ni memang best lain dr yg sbb guna esen rose.tq kak za sbb sudi gak kongsikan resepinya.lain kali nak wat yg resepi lain lak.semua yg mkn kek tu kata sedap tau kak za..


Quote:
MARBLE RONA RONI

Sumber : ainindelights.fotopages



Bahan A

200gm butter/majerin
200gm gula castor

Bahan B

4 biji telur ( saiz B )
50ml susu cair
50 ml air sejuk dari peti ais
1 sudu kecil esen rose ( dapat idea ni bila biras I guna esen ros untuk buat biskut raya tahun lepas… )

Bahan C

200gm tepung gandum ( atau Self Raising Flour )
1 sudu kecil baking powder ( tak payah letak kalau guna Self Raising Flour )

Bahan D

Pewarna merah, hijau dan kuning.

- Pukul Bahan A hingga kembang ( lebih kurang 5 minit )
- Campurkan semua Bahan B dan pukul sedikit, masukkan ke dalam Bahan A. Pukul hingga gebu ( lebih kurang 5 minit )
- Ayak Bahan C. Perlahankan “speed” kepada nombor 1. Masukkan Bahan C ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata saja. ( jangan pukul lama, kek akan merekah )
- Bahagi tiga adunan, masukkan pewarna dan kacau rata.
- Sapu shortening atau butter di sekeliling baking tin. ( I tak alas dengan kertas minyak kalau guna shortening )
- Letakkan 3 sudu besar adunan kuning di tengah baking tin, kemudian letakkan 3 sudu besar adunan merah dan diikuti dengan 3 sudu besar adunan hijau.
- Ulangi proses di atas hingga habis. Tak perlu lorek dengan lidi, Cuma hentakkan baking tin 2 kali untuk ratakan adunan.
- Panaskan oven pada suhu 175 darjah, bakar 45minit. ( bergantung pada oven masing-masing )
- Sebaik sahaja masak, kek akan renggang dari baking tin, cucuk dengan lidi di tengah. Kalau lidi bersih, bermakna kek sudah masak.
- Sejukkan kek selama 15-20 minit, baru dikeluarkan dari baking tin.


BYE..BYE..ITU AJE BUAT HARI NI TAK CUKUP MASA NAK UPDAT LEBH2 LER


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net