SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-May-2010 01:53 Email | Share | Bookmark
BUTTER CAKE & CONEY DOG

 
 
 
 
bekal bawak ke gerai
bekal kat opis
 
Salam....

Semlm aku ni dah teruja nak mkn kek,rasanya dah lama benor tak baking kek(padahal tiap2 minggu aku masak kek tp org punya bkn aku punya) ni kira nak xperimen pun yer gak.Jd blk smlm aku singgah gerai jap tengok keadaan busy ke tak busy.bila dah melihat keadaan gerai yg kureng sikit sbb smlm org sibuk dgn piala thomas jd dia org tak boh keluar rumah so aku ckp dgn abah aku blk umah dulu lepas mahgrib baru turun.So apa lagi aku pun blh baking kek ler.keluarkan resepi yg aku dah siap print kat opis tu dan mulakan operasi.tung tang tung tang..jam 7 siap lah kek aku ni.memang sedap dan wangi you..klu tak caya cubalah.Kes yg sebenarnya kenapa aku teruja sgt nak baking kek ni sbb jelous dgn kak Za yg duk wat marble kek warna warni tu.tunggu resepi tak muncul2 lagi last2 aku try resepi kat umah kak long aku ni.Jom layan resepi nya...


Quote:


RAINBOW BUTTER CAKE / KEK MENTEGA PELANGI
Diolah oleh MamaFaMi dari : Bro Rozzan's Blogspot
Copy & Paste from : MamaFaMi ibu copy madiha


Bahan-bahan :

250g mentega
200g gula halus(agak manis bg ibu jd lain kali kena kurangkan sikit)
5 biji telur (guna 6 biji telur gred C)
210g tepung gandum (Ibu guna tepong naik sendiri+tepung gandum)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil esen ros
1 sudu kecil overlate(ibu tambah utk lembutkan kek)*
* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.*kemudian masukkan overlate
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2)



Sambil2 tunggu kek masak aku masak lah benar ni lak.lagipun semua bahan ada cuma masa aje yg tak ada.sementara kek masak dan sementara kembar jd budak baik aku buat lah 2 biji coney dog ni utk mkn mlm kami anak beranak bersama dgn salad kentang.(gambar salad tak ambik lah)

Quote:

SOS CONEY (coney sauce)
Dari FP MAMAFAMI
copy madiha


Bahan-bahan :
Roti hotdog
Hotdog – rebus

Bahan2 inti/sos
1/2 paun daging cincang
1/4 cawan air
1/4 cawan bawang ~ dicincang
1 bawang putih ~ cincang
1 cawan tomato (MaDiHa bubuh 1 biji tomato potong kiub + sos tomato)
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil aji no moto
1/2 sudu kecil garam

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali pada suhu sederhana dan gorengkan daging cincang selama 10 - 15 minit sehingga daging berubah warna. Gunakan garfu untuk meleraikan ketulan daging.
2. Masukkan air, bawang cincang, bawang putih, tomato sos, serbuk cili, aji no moto dan garam.
3. Renihkan selama 10 minit sehingga masak.

Nota : Bila membuat Coney Dogs, sosejnya direbus dulu ya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IKLAN...IKLAN...


UTK PENGETAHUAN SEMUA AKU PUNYA GERAI HANYA BIHUN SUP UTARA TU AJE YER YG ABC DGN BAKSO TU SAJE AKU IKLAN KAN UTK KAWAN2 SEKALI DAN BG MEMUDAHKAN SESAPA YG NAK CARI GERAI AKU SEBAB KLU JUMPA GERAI2 NI MESTI JUMPA AKU PUNYA GERAI





SILALAH BERKUNJUNG KE GERAI KAMI DI
HADAPAN BLOK A
PPR PUDU ULU
PERUMAHAN AWAM DBKL
CHERAS.KUALA LUMPUR

BYE..BYE...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net