SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-May-2010 04:19 Email | Share | Bookmark
BERGURU DGN KAK YATIE~DAMIRA BAKERY

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua..

Semalam aku mc,sakit pala migrain.jumpa doc lak lama benor tunggu sib baik lah aku ni sabo lagi klu idak dah lama aku blah dr klinik tu dgn sakit pala nya badan sakitnya.ingatkan gi urut lagi bagus rupanya lagi sakit adalah.Masa jumpa doc tu dia ckp aku kena migrain dgn stres.mcm biasa dia tanya aku stress ke kat tempat keje aku ckp idak ler tp stres dgn anak mgkin ler(kembar skrg ni menjadi2 nakalnya klu di marah semua barang di baling di sepah kan nya sampai rumah tu aku dah rasa mcm tongkang pecah dah takde tempat yg elok aku nak pandang semuanya semak)dah check lebih kurang doc bg mc aku blk umah mkn ubat pastu aku kemas rumah,lipat kain,basuh kain kemas stor kemas dapur semua bagai ptg baru duk rehat(doc bg mc aku kemas rumah lak blh ke mcm tu) pastu baru sedar aku lum mkn lagi perut pun dah bunyi2 abah blk sib baik dia ckp dia dah mkn sbb aku tak masak.tp kerana lapar aku masak nasi mkn dgn serunding yg aku ambik masa blk kg ari tu.
ok dah tutup cerita tension tu kita bukak cerita baru aku.al kisahnya sabtu minggu lepas aku gi ler berguru dgn kak yatie(damira)belajar wat deco2 cc.yelah kita ni memang tangan tak seni maka nya kena lah cari guru.Best gi belajar ni rupanya dpt kenal kawan2 baru kongsi ilmu dan mcm2 citer ada he..he..hanya yg ada kat situ aje yg tau.tengoklah apa hasil kami bertiga ni.terima kasih kak yatie sbb sudi kongsi ilmu dan ajar kami ni.


ni aku punya lah jenuh duk pikir nak wat cam mana.dr pg sampai ke ptg dan hati aku pun dah tak senang duduk bila jam dah sampai kul 5 ptg.sbb kembar aku anto kat nursery janji dgn budak kat nursery ambik ptg last2 sampai mlm kul 8 lbh baru aku gi ambik.yelah class abis kul 6 lebih.sampai kat komuter lak wat hal ada masalah teknikal kul 7 baru ada tren sib baik masa sampai kat stesen UKM tu tren kosong jd ada lah tempat duduknya nak tunggu sampai stesen bank negara dah jam 7.30 mlm sampai sana aje aku jln dah mcm belari sbb nak kejar ambik kembar.naik lak tren star ke pandan jaya sbb aku park kete kat sana.sib baik tren LRT tak lambat jd sempat lah aku ambik kembar.Bila ambik aje kembar budak2 nursery tu ckp kembar dah tanya mana ibu(sbb tak pernah aku ambik dia org lambat)pastu yg bestnya kembar ckp cikgu ayu keluar gi shopping tinggal lah cikgu yan dgn cikgu yati jaga dia.mintak maaf lah yati sbb sy awak tak blh keluar.aku benar2 rasa bersalah kat budak nursery tu benornya.


selingan jap ni order dr fazilah utk kenduri tunang sepupunya.choc moist cake 50 biji aje

pizza ni order dr kak nani(gerai sebelah)utk besday anak pompuanya hepi besday dayah yg ke 3 thn

dah sampai kat tangan kak nani,dia ada gak order cmc 50 biji aku lupa nak ambik gamabr kira sama mcm gambar kat atas ler

Lagsana order dr Jaja minggu lepas order brownies mimggu ni rasa nak mkn western lak.kongsi mkn dgn geng umah dia sambil tu order bihun sekali.

ni tengah tunggu jaja dtg ambik stesen skrg kat gerai bihun sup.

Quote:

SPINACH AU GRATIN
copy HANA

Bahan-bahan
Sepeket spinach@horenso
2 sm bawang besar cincang
2 sm butter
2 sm tepung gandum
2 sm parmesan cheese - atau apa sahaja cheese (leh add)
11/2 cawan susu segar - jika ingin lebih creamy gunakan atau campurkan dengan whipping cream@ heavy cream
blackpepper
garam
Cara-cara
Didihkan air. Rebus sebentar horenso@spinach. Angkat, basuh dengan air sejuk dan perah. Kemudian potong dalam 5cm. Ketepikan.
Utk membuat sos putih - Panaskan butter. Masukkan bawang. Goreng hingga bawang agak layu. Masukkan tepung gandum. Kecilkan api yer agar tepung tidak hangit. Masukkan pula susu segar, garam dan blackpepper. Masak hingga pekat.
Sediakan bekas tahan panas. Sapukan butter. Susun spinach yang telah dipotong tadi. Curahkan sos putih. Taburkan cheese lagi jika suka. Kemudian bakar suhu 180 hingga bahagian atas keperangan. (hana bakar gune toaster jer )
Siap dihidang, Enak makan panas2.

sedap tau benda ni walaupun sayur tp rasa nya lemak2 gitu.yelah benda klu dah letak cheese mcm tu lah



Quote:

SUP BROKOLI&KENTANG
Sumber : Chef Sabri
copy madiha

Bahan2
300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli (MaDiHaA letak double quantity) ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula

Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)

Cara:
1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.


menu mkn mlm semlm,aku malas masak jd ini aje yg ada



Quote:
POTATO SALAD

Bahan2
1 biji kentang di rebus kemudian potong dadu besar
1 biji telur rebus
1 sudu mayonis
sedikit aji shio/serbuk lada
sedikit daun parsley cincang

lecekan telur bersama mayonis kemudian letakkan serbik lada dan daun parsley gaul bersama kentang siap di hidang.


itu aje lah citer minggu ni dah takde xperimen sgt sbb sibuk jaga gerai dgn jaga kembar,klu lah aku aku maid kan bagus blh tolong buat keje umah dan jaga kembar sekali tp itu hanya angan2 semata walaupun aku mampu abah mesti tak setuju sbb dah byk kali aku mintak dia tak bg hu..hu...biarlah dia ckp nak bg ibu kurus sikit sbb skrg ni dah makin beso badan nya

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU.MAMA TERIMA KASIH SBB MENJAGA KU DAN MERAWAT KU DAN MENJADI PENDENGAR SETIA KU.SETIAP HARI KU PASTI INGIN MENDENGAR SUARA MU BIARPUN KU TAK MAMPU UTK BERBUAT DEMIKIAN.MAMA SELAMAT HARI IBU HANYA ITU YG MAMPU KU UCAPKAN

http://i663.photobucket.com/albums/uu356/kak-rusnah/mother3.jpg

bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net