SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Apr-2010 14:29 Email | Share | Bookmark
IBU KESUNYIAN KESEORANGAN....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Agak lama yer aku tak masuk n3 baru selepas berduyung2 n3 sebelum ni masuk bkn apa mcm biasalah klu dah awal bln ni aku kadang tak sempat nak jenguk Fp ni kadang2 curi2 baca komen klu sempat aku reply klu tak sempat aku peram dulu sampai aku ada masa.mintak maaflah mana2 yg masuk umah aku ni asyik jamu mata dgn tauhu tu aje..eh..bagus apa tauhu tu nak diet pun elok rasanya.

Oklah berbalik pada tajuk kat atas tu.sebenarnya minggu ni aku duk sorang2 aje kat umah.Abah dgn kembar aku tinggalkan kat kg.Bkn apa sebenarnya abah ada keje kat kg sedangkan aku kene keje maklumlah keje dgn org ni kenalah ikut time org klu selalu sgt ambik cuti nanti last2 tokey ckp you ambik cuti terus lah,haa..apa mcm?sape nak jawab tu.lain ler klu byk duit blh lah resign(walaupun dlm hati aku ni memang nak resign tp abah tak bg lah)

Inilah kisah kesunyian aku yg duduk berseorangan di sini (KL ler mana lagi)
Jumaat lepas lepas abis opis kul 5 ptg kami sekerluarga pun bertolak blk ke Trg.Sepatutnya kami kena blk esok sbb lusa(jumaat) mariah adik aku ada buat kenduri doa selamat sempena genap setahun umur Alissya(anaknya) tp disebabkan abah ada keje dgn tok ki maka aku blk awal seminggu dan hari ahad ptg tu aku blk KL naik bas.kembar awal2 lagi dah suruh mariah bawak lari dulu takut nanti dia org mengamuk nak ikut,kakak mungkin tak kisah sangat tp adik memang jenis tak mau.aku sampai berkali2 pesan dgn budak tu ckp ibu blk work dulu nanti dah abis work ibu blk ambik.

Hari dlm kul 10 mlm tiba lah aku kat umah,mula tu pikir senang lah aku nak kemas umah ke nak masak resepi yg jenis susah2 sikit(konon aje ni padahal hampehss je satu bena pun tak jd)sblm blk umah aku singgah kedai mamak dpn umah beli mkn yeler dah berjam2 dlm bas tu mana tak lapo kan.Blk umah mandi solat semua aku sempat lagi godek roti,bkn nak mkn sendiri tp order dr kawan opis yg beriya sgt nak aku buatkan roti.benornya dia nak ari sabtu tp aku cuti mkn aku postpone ler ari senin.ikutkan dah penat tp sbb dah janji terpaksalah buatkan jugak,mula ingatkan sampai umah awal tak sangka lak bas tu lemau dgn jln yg jam tu yg sampai lambat.


ni ler roti fruit & nut order dr kak sadiah.t.q yer kak lain kali klu rasa teringin nak mkn roti buatan sy order lah yer

Masuk keje ari senin aku rasa lah gak lain mcm sbb bese pg2 aku antor kembar ke nursery tp kali ni aku kena gi keje naik teksi(kete takde daaa....)dah lama tak naik teksi blh tahan gak tambang teksi sekarang ni yer.klu dulu dr opis tu dlm RM3 lebih aje kali ni RM 5.byg ler klu gi blk dah RM10. dan kerana tu blk keje ari senin aku blk jln kaki(bkn sengaja pun tp dah lama sgt aku tahan teksi tak de berenti sambil2 aku jln last2 sampai gak ke umah)Sekali sekala utk pecah lemak(tp memang mandi peluh lah)

Mlm tu lak aku pun mula lah baking kek konon2 nak bg tangan ni berseni sikit lah.jd aku pun buatlah kek yg resepinya aku ceduk dr dapur ummizaihadi ni.sedap gak tp mkn takde semangat lah last2 esoknya aku bg kat anak2 jiran berebut dia org mkn



EASY & YUMMY CHOCOLATE CAKE
copy ummizaihadi-homesweethome.blogspot

Ingredients:- ( i used 8x8x3 inch pan )
2 cups sugar
1 3/4 cup all purpose flour *
3/4 cup Hershey's Cocoa powder * (you can use other brand!) - i used Vouchelle brand
1 1/2 tsp baking powder *
1 1/2 tsp baking soda * (* - sifted together)
1 tsp salt
2 eggs
1 cup milk
1/2 cup vegetable oil
2 tsp vanilla extract
1 cup boiling water
Method:-
Heat oven to 350 F or 180 C.
Combine dry ingredients in large bowl.
Add eggs, milk, oil, and vanilla. Beat for 2 minutes on medium speed.
Stir in boiling water (Batter will be thin).
Pour into two 9" round pan or one 13"x9" pan greased and floured pans.
Bake 30-35 minutes. Cool 10 minutes, Remove from pans to wire rack. Cool completely



kelakor tengok bunga aku buat tp aku rasa ok sikit dr yg dulu aku cuba langsung takde rupa bunga.Dlm duk bakar2 kek tu mulut ni terasa nak mkn roti yg ada kismis2 gitu lepas tu aku teringatlah yg resepi cik mat gebu yg aku ada print jd on ler bkn susah uli2 masuk ajae dlm BM tu senang citer he..he..sedap lembut gebu tp teksturnya sedikit padad aku rasa tp bkn tak naik tau mungkin jd cepat lah kenyangnya.mcm bese sedekah kat jiran tetangga gak



ROTI KISMIS GEBU
Copy mat gebu

BAHAN-BAHANNYA
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA

Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...



Blk keje ari senin tu gak aku teringat roti burger yg aku dah beli masa blm blk kg ada jd menu mkn mlm aku burger aje lah.

Beger prosperity
copy midza-sorry lah midza akak langsung tak edit main copy terus aje ni

1. Roti Burger
2. Burger Daging
3. Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh

Bahan Sos Lada Hitam
1. 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam) - (kOi guna 1 1/2 air + 1 kiub ayam)
2. 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk - ( 1/2 cawan)
3. 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
4. 1/2 biji bawang besar - cincang
5. 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki ( 1 1/2 kicap pekat + gula)
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu mentega/ marjerin
8. 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
9. garam dan gula - jika perlu

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan. (kOi masukkan sekali susu segar sb xda tulis kat sini bl letak susu)
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4. Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam. (kOi guna jgk majerin sb xda nonstick pan)
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
6. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris



Hari selasa sblm gi keje aku sempat lah bancuh cekodok jagung ni.sbb naik teksi takde lah nak melencong beli sarapan mana2 tu yg masak sarapan utk bwk bekal tp last2 opis mate gak yg perabis aku mkn ler seketul dua aje.

Mlm harinya lak aku blk sibuk2 baking lak sbb masa gi opis pg2 lagi ms wong ckp "ida sy mau tempah kek dgn you 1.5 kg butter kek dan 2 kg carrot kek buat panjang blh ?lagi pun you punya anak takde sini blh lah you buat kek utk sy ,".Memang lah blh ms wong rezeki dtg jgn tolak kan cuma aku masalah sikit sbb tak pandai lah nak agak klu jenis kg2 ni dan aku pun guna lah talian hayat kak ana penang he..he..t.q ye kak ana.


ni lah ms wong punya kek.sebenarnya mlm tu aku cadang nak wat kek utk bawak blk kg tp dah ms wong tempah aku kena lah postpone pd ke esokan harinya.Siap masak kek yg ms wong tempah ni pun kul 1.30 pg.takpe2 memang biasalah klu tido lewat mcm tu.sambil2 bakar kek tu aku buat lagi roti he..he..



CARROT RAISIN BUN
copy HANA
Bahan-bahan
300g tepung roti
50g gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin
6g yis kering
1/2 biji telur
1sk bread improver
100g carrot - potong kecil
60g kismis
90-100ml air @ susu segar

Bahan kastad
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar gula - leh add if nk manis lg
1/2 cawan susu segar
>> kacau atas api hingga pekat. dan masukkan piping bag utk paip atas roti.

Untuk gliss
susu segar+madu - sebelum bakar
butter - selepas bakar

Cara-cara
Rebus carrot hingga empuk. Toskan. Blend@kisar carrot dengan setengah dari sukatan air.
Masukkan bahan2 lain ke dalam BM dan pilih menu doh, ONkan dan tunggu hingga siap. Jika menguli dengan tangan, uli semua bahan hingga kental dan elastik. kemudian bulatkan doh dan tutup menggunakan plastik wrap. Biarkan kembang naik hingga 2 kali ganda dari yang asal.
Keluarkan doh. Tumbuk2 keluarkan angin. Bahagikan kepada bulat2 kecil. Susun di dalam loyang yg telah disapukan tepung @ butter.
Naikkan doh hingga dua kali ganda lagi.
Panaskan oven suhu 170-180. Glisskan roti yg telah naik td dengan campuran susu segar dan juga madu agar berkilat.
Kemudian paipkan kastad di atas roti. Bakar selama 15-20min atau hingga keemasan.
Keluarkan roti dari oven dan sapukan dengan butter agar roti anda lebih cantik. Jika tak mau sapu pong takpe, sbb susu dan madu tadi dah boleh membuatkan roti anda cantik. Sejukkan di atas redai. Dan siap utk dihidang

Lepas tu Hari Rabu lak punya citer..aduhhh..aku dah penat ni..aku memula ingatkan marina tak jd order cc ni last2 minggu lepas dia ckp nak bg bekas.aku kaget jap sbb dlm kepala dah set tak jd last2 ckp nak bg bekas alamak ..tp tak pe rezeki jgn tolak lagi mampu ku buat klu tak mampu jgn lah ambik yer.memula ckp nak 120 biji pastu tiba2 ckp nak 150 biji.bkn byk pun tp oven masalah nya.(mulai saat ni aku dah niat nak bodek abah belikan aku oben beso agak2 nya dpt tak???) pastu ada lak yg nak gak kek carrot mcm ms wong tu tp aku dah siap ckp klu sempat aku buat klu tak sempat aku tak buat jd jgn lah berharap sgt.tp akhirnya kek carrot tu jd gak kesian lak nak hampa kan org kan lagi2 baru pestime order ni.


bagus gak ada cust yg jenis sediakan bekas2 takde susah nak cari kotak kan


carrot cake ni order dr CT staff baru kat opis aku ni.sebijik kecik aje yelah org bujang buat apa nak beso2

Dlm duk kalut2 tu sempat lah lagi aku bakar kek semolia ni sbb kak za ckp kek tu best



SEMOLINA CAKE
Sumber : Cik Mat Gebu copy kak za

Bahan A
250gm butter
170gm gula castor

Bahan B
4 biji telur grade A
100ml susu segar ( I guna 50ml susu cair + 50ml air )
2 sudu kecil esen vanilla

Bahan C
170gm tepung gandum ( I guna Self Raising Flour )
1 sudu kecil baking powder ( I tak letak pasal dah guna SRF )
100 gm semolina@suji
secubit garam ( I tak letak pasal I guna Anchor Butter - salted )

-Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
-Campurkan semua Bahan B dan kacau rata. Masukkan Baking powder ke dalam tepung gandum dan gaul, kemudian diayak.Campurkan dengan semolina dan garam, gaul sebati.
-Pukul Bahan A hingga kembang, kemudian masukkan Bahan B. Pukul hingga gebu. ( -+5 minit )
-Perlahankan speed, masukkan tepung dan kacau rata.
-Masukkan ke dalam loyang yang disapu butter dan dialas dengan kertas minyak, bakar lebih kurang 40 minit atau hingga kek masak. Atau, cucuk dengan cake tester/lidi kat tengah-tengah kek, kalau it comes out clean, kek dah masak.
-Jangan keluarkan kek dari loyang. Biar hingga 20 minit, baru sejukkan di atas redai. Tunggu kek betul-betul sejuk sebelum dipotong

last semalm aku tido kul 4 pg kul 6 dah bangun pg ni ting tong jap mlm ni aku bls dendam blk.Nak blk kg mlm ni jd blh lah aku tido puas2 dlm bas.


oppss..sebelum terlupa ni gambar aku ambik ari sabtu lepas.sehari sblm aku blk KL.benornya nak ambik gambar kek tp kakak ni dah pandai nak enterprem sekali cuba tengok tangan dia tu skrg ni klu nak ambik gambar mesti dia buat mcm tu.bila ibu tengok gambar kakak mcm ni rindu pulak dekat anak ibu dah lah smlm tengok bersama mu sekejap aje ibu dah sebak bkn apa sbb nama org yg sakit dlm kisah minggu ni syafika sama dgn nama adik tertiba aje aku naik sebak ingatkan adik pulak.hu...hu...sabo2 mlm ni akan ibu pecut ke kg(klu dah duduk dlm bas pecut apa ke bendanya)

Terjadinya kek ni sbb aku terjumpa cheese dlm peti umah nenek masa nak masak jd bila aku tanya sape punya nenek jwb takde sape punya pun dah lama beli.Aku pun apa lagi masuk bilik google ler resepi last2 jumpa kat umah ummizaihadi



BUTTER CHEESE CAKE
copy ummizaihadi-homesweethome.blogspot.

Bahan A:-


225gm tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Bahan B:-

200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
175gm gula
5 biji kuning telur
Bahan C:-

5 biji putih telur
sudu teh jus lemon
Cara-Cara:-

Pukul butter n cream cheese hingga kembang.
Masukkan gula, pukul lagi.
Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi.
Masukkan bahan A n gaul rata.
Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi n kacau rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas (ummi guna loyang 7x7 in) n bakar pada 180'c selama 30min.

*Note-seredak/serbuk kat atas tu aku tabur dgn serbuk almond yg aku jumpa masa ambik tepung dlm bekas so aku tabur aje kat atas tu best..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net