SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 31-Mar-2010 04:50 Email | Share | Bookmark
TAUHU LEMBUT KUKUS,CARROT ORANGE CAKE & ORDER

 
 
 
 
SALAM...

Hari ni hari terakhir utk bln mac kejap aje rasanya pejam celik pejam celik dah nak masuk 1/3 thn pejam celik pejam celik dah hujung thn aku pun mula lah sibuk lak sbb kembar pun nak kena sekolah.adoi mcm mana ler aku nanti mesti terkejar2,harap2 berjalan dgn lancar lah hidup ni.dan jgn byk bertanya kerana al quran dah menjawabnya.terima kasih pd kak nur yg sudi share ilmu itu.

Jom mari kita layan tekat ala2 chinese style lak.ari tu aku ada ler gi ronda umah cik mat gebu pastu ternampak lah dia masak benda ni.dah aku pun on the way blk keje singgah JJ jap sambil beli lauk and ronda2 maklumlah ada sale tp masa tu poket kosong jd tengok ajelah.Jd dah alang2 gi Jusco tu belilah sekali tauhu lembut tu tp tak tau nak masak bilanya beli buat stok aje bkn rosak pun.Maka nya selepas seminggu tauhu tu duk betapa dlm peti kat umah tiba lah time utk masak apabila dlm peti tu dah takde stok lain he..he..(semangat org nak blk kg mcm tu ler lauk pun dah tak wat stok seminggu lebih awal mcm lama benornya nak blk padahal 2 ari aje)Isnin lepas aku pun masak tauhu ni dgn ayam goreng aje.sedap oooo klu mkn panas2 klu mkn tauhu tu saje ada rasa mcm mkn tau fu fa.apa pun tq cik mat dulu klu nak mkn belilah kat chicken rice shop tu skrg dah tau buat sendiri lagi best rasanya.tp klu mkn dah sejuk tak best sgt yer(paham-paham aje lah benda yg letak tepung ni)

Quote:

TAUHU LEMBUT KUKUS
MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA
1 pack tauhu lembut (ada jual di pasaraya)
10-12 ekor udang kecil, dibersikan-ibu takde stok udang kecil yg ada udang besar letak ler 2 ke 3 ekor potong kecil2
3/4 camca besar sos tiram*
1/2 camca besar kicap pekat*
1/2 camca teh minyak bijan*
1/2 camca teh kicap cair*
1/3 cawan air*
1/3 camca teh gula*
1/2 camca teh tepung jagung + 1 camca besar air, kacau rata
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh minyak zaitun-guna minyak jagung aje
Hirisan daun bawang, untuk hiasan-tak letak tak stok dlm peti
Hirisan cili padi, untuk hiasan-tak letak tak stok dlm peti
Bawang goreng untuk hiasan-tak letak tak stok dlm peti

CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan bahan bertanda (*), kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, masukkan udang. Kecilkan api, tuang bancuhan tepung jagung. Kacau hingga pekat, masukkan serbuk lada hitam, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
2.Panaskan kukusan, tauhu tadi dikeluarkan dari pack dan letak dalam bekas tahan panas, berhati2 sebab ianya lembut. Kukus 5 minit. Keluarkan dari kukusan. Belah 4, kemudian curah sos tadi atasnya. Sususn udang dan hias dengan hirisan daun bawang, cili padi dan bawang goreng.
3.Hidang kan segera. Kalau dihidangkan lambat, nanti tauhu tadi akan mengeluarkan air....Sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi hangat.....dengan bubur nasi pun sedap. Tauhu tu tanpa rasa dan sedang elok bila dimakan bersama sos nya tadi...Selamat mencuba!...



Terasa dah lama benor tak mkn carrot cake jd aku pun duk ler merayau cari resepi carrot cake yg belum pernah aku buat.lepas tu terjumpa lah resepi ni.sedap dan lembut lagi best klu letak byk2 almond nibs tp aku gi letak almond seketul2 tu jd susah ler nak jumpa almond tu tp memang best ada rasa sour sikit2.kat mana lak aku jumpa resepi ni yer nanti lah nak tengok blk.

Quote:

Carrot Orange Cake

Bahan-bahannya:

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange

Bahan yang perlu di ayak:

250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis - tak letak pun
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang
diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih
kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.



mix & nuts bread order dr kak ila.dulu nak order aku tak terima kali ni nak jugak2 katanya tak kira lah bila2 senang.jd tak nak org kata sombong aku jln kan gak order ni tp aku rasa tak puas ati tul lah tak pe next time kena cuba.


muesli lagik order dr fazila dah 2 kali gak dia order muesli ni.kali aku bungkus guna plastik bunga2 lak sbb katanya dia tak nak botol.
t.q lah pd cust.2 niyg tak serik2 order dgn aku ni.



ni pes time dpt award ni.aku pun ambik award ni sempena tengok anugerah berita harian tu.org ambik trofi aku ambik award kira oke lah kan.tq za nanti kita selalu jenguk2 sana klu tak busy leh lah kumpul award he..he..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net