SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Mar-2010 04:46 Email | Share | Bookmark
CHOCO BUN,CHICKEN GOLDEN BLUE DAN SANDWICH

 
 
 
 
 
 
Salam di hari minggu utk yg tak bekerja klu mcm aku ni keje gak tu yg malas aje kaki klu pg2 ari tp skrg ni tengah ari dah mood pun dah ok sikit sbb tinggal lagi beberapa jam nak blk dan dlm kepala aku ni nak buat kek.dah berapa ari aku duk tangguh baut kek sampaikan Q resepi kek tu dah tersusun aje.Hai ida ni kehendak mengatasi kemampuan lah...tp ari ni layan dulu roti choco ni yg resepinya ku cilok dr Kak Nor secubit garam dr Trg.Sedap dan lembut kurang manis klu sape yg suka manis mesti tak gemar ler roti ni tp aku suka,he..he..abah aje komplain katanya nape tawo aje roti tp abis gak sambil cicah tea.



CHOCO RAISIN BREAD
Source DIY HOME BREAD by chef Khoo See Yew
copy blog kak nor secubit garam

Ingreadients
A
300 g High Protien Flour/Bread Flour
5 g Milk Powder 3 g Bread Improver ~ k.nor tak letak
10 g Choc Powder

B
50 g Castor Sugar
1/2 tsp Salt
30 g Egg>>yg ni kita tak masukkan ganti dgn 1 sb WATER ROUX
180 g Cold Water
7.5 g Yeast
1/2 tsp Choc Emulco

C
15 g Butter
15 g shortening

D
150 g Raisin ~ k.nor ganti dgn choc chip (70gm)

Method
Combine A and B to form a dough. Add in C, knead until smooth and elastic.
Add in D,mix till well blended.
Cover n rest for 30 minute.
Divide into 40g each. Let them prove for 10 minutes. Roll into balls.
Arrange into (8x8x4)" greased tin. Let it prove double in size, brush with egg wash and sprinkle sesame seeds.
Bake at 180C for 20-25minutes.
ATAU
Masukkan sume dlm BM bermula dgn liquid dulu barulah masuk bhn kering.. set kan On n tunggu sampai siap bergantung jenis BM masing2 ya..Bila dah berenti tumbuk2 kuarkan angin n bg rest 10 minute sebelum dbagi2 kan kepada bebola kecil.. Selepas tu boleh leh dbahagikan setiap satu lebih kurang 40g bentuk2 kan, penaikkan lg 2 kali ganda. pastu bakar mcm biasa.



Ini lak sbb tergoda lepas kak long tayang aku pun nak buat gak memula tengok resepi ni aku dah gi ler beli ayam dulu tp tak buat lagi sbb abah dan kembar sibuk nak mkn mee goreng jd aku goreng mee aje lah dulu.Smlm blk keje aku pun dah niat nak wat gak ayam biru emas ke emas biru ni entah ler.Pastu aku pun konon2 nak ler siapkan ayam yg aku cuma beli dada ayam 2 ketul aje kat JJ ari sblm tu.buka2 peti tengok ada seketul aje.Dlm umah aku tu cuma 2 org aje yg tau masak kembar mana ler tau nak masak.sah ler abah dah kinap aku punya ayam apa lagi aku pun buat lah soal siasat dan abah mengaku katanya blk solat jumaat dia lapor gi kedai mamak lauk tak sedap blk umah masak sendirik.adoi lah abah time aku beli ayam sikit tu ler dia sibuk nak masak masa aku duk wat stok ayam kat dlm peti tu byk2 takde lak dia rajin nak masak tp sbb hati tu dak berbunga2 nak masak ayam biru tu lepas ckp dgn kak long dan dia ckp sedap aku pun buat lah gak walaupun ada seketul itu pun tak abis benornya sb abah ckp dia tak nak mkn ayam tu.jd satu pinggan tu kongsi 4 org jimat..jimat....Aku tak pandai nak bungkus2 sosej masauk dlm ayam dr ayam tu rupa elok sampai naik lunyai gara2 nak masukkan sosej dgn cheese.yg cheese tu dah takde rupa slice lagi jd mcm doh roti lak last2 aku gordeng asing cuma dlm ayam tu aku letak cheese aje tu pasal sosej tu duk setul kat atas perasan tak?...bkn aku nak jual pun nak mkn sendiri suka ati ler nak wat gane.Dan memang sedap oooo dan yg penting memang blh besorkan badan lagi ni.sos mushroom tu memang lain dr yg lain. klu dok caya wat ah sendiri yer
resepi bawah ni aku copy bulat 2 dr madiha yer

Quote:

CHICKEN GOLDEN BLUE
MADIHA
Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry

Sos perang / Sos cendawan secukupnya (lihat resepi di bawah)

Side Dishes Tambahan yg Lain
1 tin kacang panggang
Salad atau boleh jugak buat coleslaw
Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries (MaDiHaA guna hash brown)
1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Sediakan pula sosnya. Boleh ikut resepi original Kak Amal di sini atau ikut resepi yang MaDiHaA buat kat bawah tu yer. MaDiHaA tukar resepi sebab tak jumpa cari serbuk sos perang macam Kak Amal tu.. maaf ye K. Amal sebab ubah2 resepi akak.
7. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2

(Note : MaDiHaA punya ayam kurang masak di bahagian dalam walaupun dah goreng dengan api yang kecil mungkin sebab MaDiHaA guna ayam yang besar sangat.. so.. setelah dipotong MaDiHaA terpaksa bakar semula dalam oven suhu 200C selama 10 minit. Jadi sebahagian cheese dah melt dan ada yang keluar sebab ayam tu MaDiHaA dah potong dua.)

MUSHROOM SOS
Bahan2
1 biji bawang besar ~ didadu halus
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar tepong jagung (dibancuh dengan ½ cawan air di bawah)
2 cawan air
1 cawan susu segar
1 kiub lembu
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam (MaDiHaA tumbuk sendiri jer.. kalau nak lebih pedas boleh lebihkan)
½ tin cendawan butang (dlm 5 biji saiz besar) ~ hiris nipis
3 sudu besar sos perang/brown sauce (MaDiHaA guna sos HP original)
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil oregano cincang (MaDiHaA guna dried oregano)
garam secukup rasa

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang besar cincang hingga layu. Kecilkan api lalu masukkan tepong gandum dan kacau rata. Masukkan susu segar dan air (pastikan tinggalkan ½ cawan air untuk dibancuh bersama tepong jagung).
2. Masukkan kiub lembu, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, cendawan butang, sos perang HP dan kicap manis.
3. Biarkan sos mendidih sebentar sambil dikacau2 sentiasa. Masukkan air bancuhan tepong jagung & juga garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan agak2 pekat sedikit. Jangan terlalu pekat sangat pulak ye. Bila dah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan dihidang dengan ayam golden bleu yang siap digoreng ataupun boleh juga hidang dengan steak kesukaan anda


Dibawah ni sarapan kami 3 beranak pg ni.Biasalah klu ari sabtu bila aku anto kembar kat nursery kenalah bawak bekal dan resepi dr dapur ummizaihadi.sedap dan marverless sgt2

Quote:

EGYPTIAN ON RUSH SANDWICH
Bahan:-
·2 - 3 helai sayur kobis (dipotong nipis2)
·1 keping daging burger (dihancurkan)
·1 biji bawang besar (racik2)
·1 biji telor ayam
·carrot (dipotong halus-halus)
·2 biji cili merah (diracik) (*ummi letak 1 biji je)
·garam secukup rasa-tukar guna sos Lea & perrins
·roti gardenia secukupnya
·1 sudu besar mayonis
·sos cili
·slice cheese/cheesedale
Cara Menyediakan:-
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
2.Masukkan cili yang dipotong, kacau. Masukkan burger pula, gaul sekata hingga burger masak.
3.Masukkan pula sayur kobis dan carrot. Gaul dalam 2 minit.
4.Lepas tu pecahkan telor dalam kuali. Jangan scramble dulu, Biar sekejap, baru scramble telor tu. Gaul dengan bahan2 hingga masak. Tutup api.
5.Pindahkan dalam mangkuk dan masukkan mahyonis, gaul sekata.
6.Kemudian masukkan sos cili (jika suka).
7.Letak bahan antara 2 keping roti tadi serta slice cheese. Siap

kat atas tu bekal kembar


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net