SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Mar-2010 04:25 Email | Share | Bookmark
BUN,DONUT DAN PUFF

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam..

Mood meroti sudah mari.rasanya dah lama tak buat roti jd dlm duk merayau-rayau kat umah kawan2 cyber aku pun terpikat lah dgn resepi kat ummizaihadi ni.dan resepi2 kat bawah pun semua nya aku copy dr dapur ummizaihadi.klu masuk dapur ummi ni memang menggoda jiwa betul lah.jd layan lah xperimen aku ni.aku tak letak filling tp masukkan mixfruit masa uli doh tu pasal aku punya roti ada bintik2 hitam tu.lembut giler roti ni dan sedap sgt2.

Quote:


SWEET BREAD

Bahan A:-
·240 gm tepung roti
·60 gm tepung gandum
·50 gm gula kastor
·10 gm tepung susu
·2 camt. yis segera
·5 gm garam

Bahan B:-
·1 biji telor
·150 gm susu segar/air

Bahan C:-
·20 gm mentega tanpa garam (unsalted butter)

Topping (optional):-
·black & white sesame seeds
·raisins
·almond flakes

Filling - ikut suka (akak x letak pun)ibu pun tak letak tp ibu campur dgn mixfruit uli sekali bg rata



Cara Membuat:-

1.Masukkan bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaulkan rata.
2.Kemudian masukkan pula bahan2 B dan uli sehingga terbentukkan doh.
3.Selepas itu masukkan mentega dan uli lagi sehingga elastik dan tidak melekat di tangan. semasa menguli doh jangan tambahkan lagi tepung walaupun ianya agak melekit di tangan
4.Buatkan bentuk bulat doh tadi dan masukkan semula ke dalam mixing bowl dan tutup supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam.
5.Setelah siap keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin. semasa proses ini bolehlah ditaburkan sedikit tepung tetapi jangan banyak.
6.Bahagi2kan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola yang kecil. setelah siap biarkan doh rehat selama 10 min lagi.
7.Setelah itu isikan doh tadi dengan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola dan susukan ke dalam loaf pan atau springform pan.
8.Sapukan permukaan doh dengan telur yang telah dipukul atau dengan susu segar dan kemudian taburkan dengan topping.
9.Bakar pada suhu 180-190C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan.

Note:
utk mendapat kan roti yg kekal lembut, lepas roti masak letakkan di atas redai sekejap dan bila roti tu suam2 masukkan kedlm bekas bertutup atau plastik yg di alas dgn tisu dapur.pd ke esokkan harinya roti akan tetap lembut seperti baru masak.selamat mencuba


Ini lak aku masak utk sarapan pg semlm lepas aje solat subuh sambil2 kemas baju kembar aku sempat lagi tilik resepi utk buat sarapan.Lepas tu aku tengok semua bahan ada dlm peti jd jalan ajelah tengok jam pun baru kul 6.30 pg sempat lagi ni masak.Buka peti jumpa lah 3 ketul sosej ni jd ler.pastri tu pun byk lagi lebih buat baklava ari tu. dan terhasil lah cheese sausage puff ni..sedap dan tak muak. lagi sedap klu masa mkn tu ada sos tp aku takde lah pulak bawak bekal sos jg mkn mcm tu aje ok gak sbb cheese tu kan masin..menu yg paling mudah aku rasa nak buat dan senang

Quote:

CHEESE SAUSAGE PUFF

Bahan:-
·1 keping pastry puff jenama Pampass (potong 4 segi kpd 4 kpg atau bole juga pakai puff jenama Kawan tu..xyah potong dah) ibu guna pastry jenama Kawan
·4 ketul sosej
·1 keping slice cheese (potong memanjang halus2 kpd 4 slice)
·1 biji telor - dipukul sedikit - yg ini ibu tak letak ler tp tabur dgn dry oregano



Cara-Cara:-
1.Panaskan air dalam periuk dan rebus sosej lebihkurang 4 - 5 minit. Angkat dan toskan.
2.Belah bahagian tengah sosej, jangan putus. Letakkan slice cheese yang dipotong tadi di tengah2 belahan
3.Ambil 1 keping pastry yang telah dipotong 4 segi tadi, letakkan sosej dan roll.
4.Letak/atur atas loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Kelar2 sikit puff secara menyerong dengan pisau.
5.Sapu telor dan bakar pada suhu 175 C selama lebih kurang 20 minit/kuning keemasan


Donut oh donut dah lama aku duk menilik pelbagai resepi donut ni dan dah mcm2 resepi aku cuba(mcm lah byk benor aku cuba)bkn apa tilik lama2 tu sbb klu jenis yg kuantiti besar aku takut lambat abis jd aku kena cari resepi yg sikit2 aje maka terjumpa juga resepi sikit2 ni kat umah ummi gak.Jd ari selasa lepas blk keje aku pun start lah sukat semua bahan masuk kat dlm BM tu.lagi satu semangat nak buat donut ni bkn apa ari selasa lepas aku gi wilton jumpa ant jennie dah lama tak sembang dgn dia jd dlm duk sembang2 tu dia ada cerita pasal shortening jenis crisco yg pernah satu waktu dulu ada co. yg jual donut guna kan shortening jenis ni dan donutnya lembut.jd aku nak mencuba lah dan alang2 ant jennie nak bg dicount utk aku.yeler satu tin kecik tu RM10++.jom tengok resepi yg ada aku ejas sikit2 ni

Quote:


DONUT MINI

Bahan:- (15 biji donut mini)
·200 gm tepung roti
·20 gm gula
·1/2 tsp garam
·1 tsp yis kering
·140 ml susu segar- ibu kurangkan kpd 120 ml sbb ada tambah telur
·20 gm butter - ibu tukar guna shortening Crisco
*1 biji telor- ini ibu tambah

·minyak masak untuk menggoreng
·powder sugar/gula aising - untuk tabur


Cara Membuat:-
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2.Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
3.Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
4.Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
5.Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe-ibu lak main bulat dgn tangan aku last2 tak jd mini jd donut gajah hai lagi dasyat ni sbb tu cuma dpt 8 ketul aje
8.Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
9.Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
10.Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. Boleh juga dibuat aising donut seperti di bawah

Utk yg rajin nak buat asing ni ler resepi nya tp ibu cuma tabur gula halus aje.
Aising Donut:-
·4 sudu besar gula aising - ayak
·1/2 sudu besar air
Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donut dan taburkan kekacang atau hundred thousands

Note:
Donut ni memang betul2 lembut walaupun dah sejuk.Donut ni juga elok jika di simpan dlm peti utk buat stok.walaupun goreng kali kedua pun tetap lembut mcm yg baru


Resepi simple utk lauk nasi 2 ari lepas dah tak tau nak masak apa jd aku jumpa tempe dgn ikan bilis kat dlm peti.Buat lah mcm ni ingatkan takde peminat rupanya semua suka lebih2 lagi kembar sampai meratah mkn bilis tempe ni.resepi tak yah lah kan semua org tau masak ni senang aje kan.


IKAN BILIS TEMPE

Quote:
Salam kak,nak tnya nih antra resepi nih ngan resepi donut persona akak b4 nih ,yg mana lgi akak rasa lembut n ok..Tnya siap2,pasni nak try..Akak, ptg nih nak wat popia resepi akak..10Q 4 resepi yer kak.. -CT

re~ klu ikutkan kueh2 mcm ni masa panas 2 semuanya lembut klu CT tanya yg mana best rasanya yg ini paling best kot sbb akak buat mlm lepas tu mlm esoknya bila goreng blk rasanya still sama mcm baru buat.klu yg sblm ni bila dah ke esokan hari kita panaskan blk rasanya dah tak sama kat luar jd garing dan keras dlm nya jd liut(paham ke kak ida pun tak tau nak translate) tp masa goreng donut kena pastikan api betul2 kecil sbb klu bear nanti terlebih garing yg dlm nya blm masak betul lagi harap dpt jd panduan CT lah

ok bye..bye,, sekian dulu tengok lah ari ni klu rajin aku nak meroti lagi ni.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net