SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Mar-2010 08:31 Email | Share | Bookmark
PAU

 
 
 
Salam..

He..he.. aku tak busy minggu ni so blh layan tenet lebih2 sikit klu idak jgn harap ler.kali ni aku buat pau lak.masuk ni dah 3 kali aku buat pau semenjak guna BM ni tp resepi kali ni yg paling best aku rasa dan puas ati sikit sbb takde byk gerutu atau dgn kata lain kecut bila dah masak. Al kisahnya sblm gi joging kat taman pudu ulu tu aku konon nak bangun awal nak buat pau utk sarapan sekali bila jam bunyi kul 6 pg kakak lak yg duk meregek kena bg dia tido dulu last2 dgn aku2 melayang sib baik aku tersedar kul 6.30 pg baru ingat blm solat subuh lagi jd cepat2 bangun mandi.Lepas baru masuk dapur di sbb kan dah lewat hati dah berbelah bg nak wat ke tak, last2 aku buat gak cuma aku masak pau ni lepas blk dr taman.Aku dah siap setting BM tu utk dough jd tak risau ler pau jd roti cuma masa aku blk doh tu dah terlebih naik.jd utk mengembalikan kegebuannya aku uli sekali lagi guna BM tu cuma sekejap ajelah utk buang angin yg melebih-lebih tu.pastu canai lah dpt pun tak byk cuma 7 biji mcm dlm gambar tu lah saiz
sedikit bear dr yg org jual tu.Masa canai tu ingat kan kecik2 sekali bila dah masak ambik kau beso gedabak tp puas mkn dan yg bestnya abah puji sedap pau yg aku buat kali sampai esok nya dia cari lagi.Jom tengok resepi yg aku cedok dr ummizaihadi lagi (sorry lah asyik keluar nama ummizaihdai aje,sbb nya satu ari tu aku duk layan blog ummi aje)sblm ni aku pernah tengok kak rinn buat pau ni tp tak tergerak lagi hati nak buat.

Quote:

PAU

BAHAN-BAHAN:
·240 g tepung Hong Kong (Tepung halus)-ibu guna tepung pau
·1 tsp Double Acting Baking Powder + 1/2 s/t garam
·1 tsp yis
·25 gm shortening
·100 ml air suam *
·30 g gula halus *
·1/2 tsp cuka *

inti red bean paste

CARA-CARA :
1.Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
2.Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
3.Campurkan bahan yang bertanda *
4.Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
5.Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON'). Rinn guna mixer
6.Perap doh selama 45 minit.
7.Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
8.Bahagi kepada 10 bahagian berat lebihkurang 35gm tiap satu, bulat2kan.
9.Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. (akak letak inti kacang merah)
10.Letak pau diatas sekeping kertas (2 inci x 2 inci) . Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
11.Perap pau lebih kurang 20 minit.
12.Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. (ibu kukus 5 minit aje)
13.Angkat dan sejukkan


Tips:
Utk elakkan pau dr menjadi kecut apabila masak mesti pastikan betul2 waktu masaknya.ibu hanya kukus selama 5 min utk pau saiz ini jd jika ada yg buat saiz pau ini lagi kecil mesti kena kurangkan waktu mengukusnya
.

Quote:
utk menjawab soalan maria tu
yg sebenarnya ida guna red bean paste yg beli kat kedai bakery bkn buat sendiri.Harganya dlm Rm5 sekilo



Ini lak sayur yg bermusim bg aku ler klu org lain tak tau lah.Dulu waktu kecil2 aku selalu kutip buah jambu golok/buah gajus ni bila blk dr sekolah konon2 nak suruh mama masakan tp klu dah budak yg kutip mesti selalunya tak betul.Last2 mama gi ler cari kat umah sepupu aku yg duk tepi pantai(ooppss..klu sebelah trg pokok jambu golok ni byk hidup di tepi2 pantai mungkin mudah tumbuh dan senang hidup tp yg aku pasti pokoknya suka jenis tanah berpasir)Buah ni pulak bermusim jd klu tiba musim nya mesti selalu mama masak sbb byk org bagi tp sekarang dah susah nak dapat klu nak masak pun kena beli klu dulu main kutip aje kat tepi2 jln pantai tu.Dah byk pulak aku cerita tp yg sebenarnya buah jambu golok ni bukan lah aku import dr Trg tp benornya aku import dr PJ aje.kebetulan ari jumaat lepas aku gi ler jumpa kakak kesayangan sape lagi klu bukan madiha@kak long tu.dia yg pelawa aku buah tu katanya acu yg cari(maaflah yer aku kurang pasti lak mana pakcik aku dpt tp klu tak silap kak long ckp dr sekolah) so layan ajelah resepi yg aku dpt dr mama ni siap guna talian hayat lagi ni masa nak masak takut salah masak kan tak jadi lak.T.q mama ummmwah..

Quote:

SAYUR LEMAK BUAH JAMBU GOLOK

Bahan-bahan
7 biji buah jambu golok/buah gajus
1 cawan santan pekat
1 biji cili merah hiris panjang
1 labu bwg besar potong baji
2 ekor sotong potong pendek2
5 ekor udang

cara2
cincang buah jambu kemudian perah airnya sehingga abis kemudian cuci(tujuan nya utk menghilangkan rasa kelat buah)bila semua dah sedia masukkan kesemua bahan dlm satu periuk kemudian perasakan dan masak sehingga kuah mendidih tp sentiasa kacau supaya santan tak berketul.bila dah mendidih tutup api dah siap di hidang


ok sekian dulu bye..bye..


Quote:
Salam ukhuwah k.Ida..Baru duk brjinak2 ngan FP nih..Arini 1 ari duk belek Fp kak..Semua mmber2 Fp nih Update semua sempoi2 n xkedekut resepi..Best la k.ida,muda2 lagi dah pandai masak..Nanti leh la try resepi2 kat sini.. -ZALIEDANA

re~ slm ukhuwah juga buat dana,akak memang minat memasak dan try mana resepi jd dgn sbb tu juga ingin berkongsi minat ni dgn kawan2 semua moga kita semua dpt memberi hidangn istimewa buat keluarga.Dana akak tak de lah muda sgt baya2 Dato' CT aje he..he...jgn lupa try mana2 resepi yg rasa berkenan tu nanti report kat akak yer

segarnya pau tu-elok resipi kali ni, elok untuk diet saya-kuih kukus-FAZILA
re:elok ler awak cuba tp kena lah rajin uli sbb lagi lama uli lagi gebu,sorry lah tak kasi kat awak sbb buat nya sikit aje



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net