SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Mar-2010 08:38 Email | Share | Bookmark
SEPANJANG MINGGU LEPAS

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam..

Sekarang ni dah tak leh nak update selalu lah kadang mood ada keje lak byk kadang keje tak byk mood lak tak mari dan kadang2 aku dah malas berxperimen.klu buat pun duk ulang tayang benda sama aje nanti jemu lak klu aku tayang benda yg sama kan.
Ahad lepas aku dah siap booking abah(klu tak booking nanti ada lah muka masam lak) ajak gi joging kat taman pudu ulu yg terletak kat belakang umah aje.ari2 duk lalu kat situ (sbb tu lah jln aku gi keje)masa ari sabtu tu aku tengok cuaca bagus aje.panas tak panas mendung pun tak berarak jd aku dah siap pasang angan2 dgn kembar ckp esok kita gi main kat taman tu.padahal masa tu aku nak gi keje(ni yg tak berapa semangat sikit org lain cuti ari sabtu yg aku lak kena keje)aku mcm dpt ramal esok punya cuaca mcm ari sabtu gak he..he..mcm kaji cuaca lak aku ni.Jd ari ahad tu aku pun kejut kan kembar awal2 abah dah siap awal2 lagi sementara tunggu kembar bangun abah sarapan dulu.dgn roti custard tu
jom layan gambar yg aku ambik ni bkn gi joging benornya gi layan kembar main klu ptg2 hujan lak




dah puas main nak ajak blk pulak satu hal dah kul 9 tak mau blk lagi last2 umpan ajak gi minum kedai mamak kat depan tu,itu pun blh dia ckp nanti nak gi blk main buai.hai budak ni klu terlepas kandang tak hinggat dunia tul..

Ini lak projek aku minggu lepas.aku tengok pisang ada lagi sikit yg dah lebu tu jd aku teringat lak resepi dr mat gebu jd cuba lah buat memang sedap.saiz apam ni pun takde lah besar mana tu yg aku buat tu.

Quote:

APAM PISANG
copy tiffinbiru.blogspot

Bahan-Bahannya (resipi asal boleh rujuk disini)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya
Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..


Tergoda tengok nuanza tayang tauhu bakar walaupun shieda gi mkn kat kedai aku nak cari kedai mana ada jual tauhu bakar ni setahu aku klu aku ingat pun dekat keramat tp jauh benor aku nak gi sekali dgn malas pun ada so aku blk wat sendiri guna apa yg ada kat umah


Roti ni lak aku intai kat umah umizaihadi kuantan tu.memang best aku buat ari sabtu mlm sambil2 tengok citer rawan seorg wanita kisah mak yg benci anak tu.memang sedih sgt citernya.aku buat satu adunan dan tambah sikit tepung bila aku tengok mcm lembik aje doh tu.aku buat guna custard aje tu pasal aku letak nama custard raisin.red bean paste tu ada tp ada niat lain he..he..tupasal simpan.dptlah sebanyak yg dlm loyang tu.sekali hadap sambil tengok tv dah abis 7 ketul.best mkn panas2 ni.adik pun suka tp dia kutip raisin tu aje.kakak tak sempat rasa sbb tido.balance 2 ketul lagi tu abah buat sarapan sblm gi taman pudu ulu.

Quote:


CUSTARD RAISIN& RED BEAN SWEET BUN
Resepi asal Noreen copy ummizaihadi

Bahan:-
75 gm tepung roti
75 gm tepung kek
1 camca teh yis
60 gm susu segar
1/2 biji telor
30 gm gula pasir
25 gm mentega

Bahan Kastad:-
1 cam. besar tepung kastad
1/2 cam. besar gula pasir
85 gm susu segar
10 gm mentega
1 cam. teh esen vanila

20 gm raisins/mixed fruits
1/2 biji telor untuk sapuan

Cara-Cara:-
Untuk Kastad:-

Masukkan kesemua bahan kastad ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat sedikit. Tutup api dan biarkan sejuk. Cover dengan cling film.


Untuk Bun:-
Masukkan kesemua bahan-bahan roti di dalam mixing bowl dan kacau sebati. Uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan. (Atau kaedah lain, masukkan ke dalam bread machine, tekan setting doh, biarkan doh siap.) Setelah siap diuli, biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam masa 45 minit - 1 jam. Kemudian tumbuk2 kan doh untuk keluarkan angin dan rehatkan doh 15 minit lagi. Kemudian canaikan doh menjadi bentuk "oblong" dan sapukan kastad, taburkan raisins. Gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut suka ketebalannya..(*ummi ni ternipis sikit, lagi cantik kau tebal sikit). Susun atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi. Sapukan bun dengan telor dan bakar pada suhu 180 deg. celcius selama 15 minit/hingga masak. Setelah masak, sapukan mentega agar bun kelihatan berkilat.


Nota:- untuk red bean bun pun sama je..cuma tukar filling dalam tu, then roll red bean filling atas doh yang dicanai..gulung dan potong.

sebelum di bakar.




Nak perabis roti yg dah lama betapa atas oven tu buat lah mcm ni best gak cuma aku rasa terlebih basah lah klu ikut sukatan susu kat sini lain kali kena kurangkan sikit susu nya.

Quote:

PUDING ROTI BERKISMIS
MY RESIPI
Bahan-bahan ( 4-8 )
·500 ml Susu segar
·8 keping Roti
·* 4 sudu besar Gula halus
·* 4 sudu besar Butter
·* 2 biji Telur
·* 1 sudu tea Esen vanilla
·* 1 sudu besar Tepung Jagung
·2 sudu besar Kismis

Cara-cara
1.Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
2.Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
3.Taburkan kismis diatas adunan tadi.
4.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
5.Hidangkan bersama ice-cream vanilla


Masa aku duk jln2 kat umah umizaihadi aku nampak dia ada wat popia lepas tu dia letak isi kat dlm tu lebih kurang mcm yg aku buat ni ler jd blk umah aku buat lah gak

Quote:


POPIA

Bahan-bahan

Kulit popia secukupnya
1 paket isi ketam/crab stik-rebus sebentar kemudian potong 2 memanjang
carrot-racik halus
sengkuang-racik halus
sedikit garam
minyak utk menggoreng

sayur di atas di gaul dgn sedikit garam kemudian bentangkan kulit popia satu keping dan letakkan isi ketam td bersama sayur kemudian gulung.kulit popia blh di lekat kan menggunakan tepung gandum yg di bancuh dgn sedikit air.bila dah siap menggulung boleh lah di goreng.siap utk di mkn.



sos

2 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar cili kisar/giling
1 sudu besar cuka jika suka masam blh tambah lagi atau blh juga gunakan asam jawa
sedikit garam
1 gelas air


Didihkan gula,gula merah bersama dgn air kemudian masukkan cili dan cuka gunakan api yg perlahan supaya sos tidak mendidih sehingga menembak keluar dr periuk.bila dah agak pekat blh lah tutup api.


Musim panas2 ni sedap klu dpt minum air mcm ni tp jgn ler selalu sgt nanti ada yg sakit perut lak.Dah lama aku duk usya resepi ni dan entah berapa kali beli ice cream soda dan tiap kali beli tu gak kena rembat dek kembar(ye ler klu dah beli satu tin mana nak cukup) krn selalu kena rembat dgn kembar aku beli pakai botol lak pastu spare 2 btl air lain utk kembar baru lah aku dpt buat air ni.kiranya klu beli yg botol tublh lah buat 2 gelas(botol kecik yer)

Quote:

LIME CRUSH
sumber mingguan wanita

Bahan-bahan
1/2 biji limau nipis-ambil jus nya
250 mlm ice cream soda
gula dan air batu secukupnya

blend semua bahan2 dia atas sedia di hidangkan


ok itu aje lah nanti klu ada masa aku masak lagi yer..he..he..skrg mood masak pun takde tak tau nape

bye..bye....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net