SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Mar-2010 03:24 Email | Share | Bookmark
BUBUR JAGUNG,PAI TEE,AYAM BAKAR BERMAYONIS DAN KEK MARBLE SUSU

 
 
 
baru masak ni
 
 
 
 
Salam..
ari ni tak busy leh lah aku layan tenet lebih sikit dah lama tak ronda2 umah kawan.klu bln lepas rasa mcm tak leh nak bernapas aje dah lah bln nya pendek cutinya lama keje nya sama tu yg tak sempat nak merayau-rayau jd ari ni aku nak balas dendam nak merayau umah kawan2 nak skodeng resepi mana2 yg berkenan he..he...utk menambahkan berat badan

ok kat bawah ni koleksi utk ari minggu yer.utk sesapa yg nanya satu ari semuanya ke aku masak?idak ler kita masa ari lain2 cuma kumpul utk satu n3 aje senang.Yg bubur jangung tu aku buat blk keje ari jumaat lepas sbb jagung tu aku dah buka utk wat apam blk tp apam balik tak jd so aku malas nak teruskan simpan aje dlm peti.kesian tengok tu yg blk keje aku masak bubur.cuma aku tiga beranak aje mkn bubur ni abah tak layan klu yg jenis segera2 ni.



Quote:
BUBUR JAGUNG
Bahan-bahan
1 tin jagung manis
1 kotak santan ayam brand
gula melaka/gula ikut kemanisan masing2
secubit garam
1 s/k sagu utk memekatkan

cara-cara
Cuci jagung dan tos kan.masuk kan kedlm periuk bersama santan,gula melaka dan garam.masak sehingga mendidih sambil di kacau supaya santan tak jd serawa.bila dah masak masukkan sagu kacau2 sedikit dan tutup api.sedia di hidang.blh di mkn ketika sejuk atau panas.


Pai Tee ni dah lama benor aku berangan nak mkn.tiap kali lalu dpn chicken rice shop nak gak beli tp tak beli2 last2 chicken rice shop kat K4 jln peel tu tutup. pastu tukar niat nak buat lah pulak bila tengok ummizaihadi buat thn lepas.Tp bila tiap kali aku gi Yen kat chow kit tu aku duk pandang aje dah berapa kali aku gi kejap ambik kejap letak sbb nya aku rasa mcm mahal lak.thn lepas aku tengok reganya RM12 tup tup thn ni dah naik RM12.50 jd aku pun ambik lah gak satu nak beli byk pun buat apa saje nak cuba buat bkn nak niaga tul tak?maka nya smlm pg 2 lagi aku dah cuba huh..jenuh gak nak perabih dgn kembar lagi yg kejap2 nak intai kejap2 nak tengok naik risau aku dgn takut kena minyak panas.Lepas ni klu nak buat kena tunggu kembar tido.lagipun kulit ni blh simpan bila nak mkn baru letak inti tu.blh gak buat stok utk apa2 party ni.so layan aje resepi kat bawah ni.

Quote:
PAI TEE
copy koleksi resepi

Bahan-bahan

Untuk kulit:

1) 100 gram tepung ubi
2) 100 gram tepung gandum
3) 100 gram tepung jagung
4) 1 biji telur
5) air secukupnya(lebih kurang 300 ml)
6) ½ sudu teh garam
7) minyak masak yang banyak(untuk goreng)



Untuk kulit:

1) Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan
gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2) Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
3) Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
4) Celupkan semula kedalam minyak panas.
5) Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6) Goreng sehingga kekuningan.
7) Angkat dan toskan.
Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos serta taburan kacang goreng.


Untuk inti :

1) 2 sudu minyak masak
2) 2 ulas bawang putih (cincang halus)
3) ½ biji sengkuang
4) 1 batang lobak merah
5) 1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
6) 100 gram isi ayam/ udang. (cincang halus)
7) 1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus)
½ sudu teh garam


Untuk inti :

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam/udang. Kacau sebentar.
2) Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak.
3) Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
4) Angkat dan ketepikan.


TIPS PENTING UTK BUAT KULIT PAI TEE

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru




aku buat setengah adunan aje byk gak dpt klu mkn sorang memang tak abis ler.inti lak aku main belasah aku punya sendiri resepi.letak timun.sengkuang,carrot lepas tu udang yg di potong kecil2 tumis jap udang tutup api pastu gaul dgn sayur2 yg di sagat curah dgn sos chili thai perhhh...sedapnya..



terlebih rebus kacang hijau utk abah mkn jd aku gatal nak wat kasturi.jd buatlah utk sarapan ari sabtu tu.aku mkn lah seketul yg byk mkn nya abah.yeler dia kan peminat kacang hijau.

Ayam ni pun masak utk tgh ari smlm sbb tak masak lauk lain cuma panaskan gulai daging yg aku masak ari sabtu so nak tambah2 aje jd bakar ayam lah.sedap ni klu mkn cicah cili sos lagi sedap

Quote:
AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS
sumber dari Ros CDBT copy dr ummizaihadi kuantan

Bahan:-

1/2 ekor ayam (bersihkan dan cucuk2 dengan garfu)
1 sk serbuk lada hitam (blackpepper)
2 cm halia
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sb. madu
1 sb. gula
1 sk. kicap manis
1/2 sk garam
2 sb. mayonis(tukar guna 1 thousand Island takde stok mayonis lah)
sedikit lada sulah
Cara-Cara:-

Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
Kemudian curahkan ke dalam bekas dan campurkan dengan lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis.
Gaul sebati dengan ayam dan perap dalam fridge antara 2 -3 jam.
Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan (balik2kan ayam semasa membakar). Sedia untuk dihidangkan.
(*Nota - makin lama diperap makin sedap..)



he..he..aku pantang klu tengok kak meen tayang2 resepi ni mesti nak cuba sbb besenya kak meen punya resepi mesti simple dan senang sgt nak wat tu aku pun buat gak tgh smlm sementara tunggu abah blk mkn aku pun godek wat kek ni.tp rasanya aku pernad buat dah dulu kek ni tp versi kecik2


Quote:
KEK MARBLE SUSU
Sumber ; Fp MamaFami; resepi asal Chef Norzailina Nordin .
copy Fp Jasmeen

250g mentega
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine- guna tepung gandum aje..
1 sudu kecil serbuk penaik
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair -guna susu segar
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco
Almond Nib - utk tabur ateh kek...

Kaedah penyediaan :
Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik. Masukkan bahan ayak, kacau rata. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Baar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak


keratan rentas kek.sedap bau mcm kek yg di jual kat kedai.cuma aku aje yg terlebih garing bakar nya tu nampak gelap semcm aje dah lah guna koko yg gelap lagi lah bertambah gelap rupa kek ni.bc tu ada lebihan dlm peti saje nak perabis tu deco mcm tu


OK itu lah citer aku utk cuti 2 ari.minggu yg malas rasanya.org jemput gi kenduri kahwin pun aku tak gi.aku cuma keluar gi umah makcik kat PJ jumpa madiha pastu lain2 tu cuma duk berkurung kat umah aje.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net