SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Mar-2010 16:58 Email | Share | Bookmark
SORRYLAH KAWAN2

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SALAM.........ASSALAMUALAIKUM SEMUA KAWAN2 YG TERNANTI2 N3 KU NI WALAUPUN ENTAH APA2 AKU CERITA

Mula2 mintak maaflah aku betul2 tak berkesempatan nak update xtvt terbaru ku sbb kerja yg kat opis ni melambak2 rasanya aku lah pekerja terbaik(konon)sbb langsung tak sempat nak masuk umah sendiri(fp lah)klu umah kawan2 tak yah ckp lah.sbb tenet pun aku tak sempat nak buka klu buka pun sbb buat keje opis ni.klu kat umah lak kena tunggu kembar tu tido klu dia org tak tido alamaknya jd mcm2 lah NB aku tu.tiap kali aku buka aje NB tu klu kembar tak tido mulalah dia org bercerita pasal sedara mara dia org yg gambarnya aku letak kat pintu masuk pc(nampaknya kena tukar gambar ni)abis mcm mana nak update nak tunggu dia org tido alamaknya ibu dia dulu yg tido nya.Tp apa pun yg pasti aku memang buat xperimen bkn tak buat cuma kurangkan sikit sbb entah apa masalah(mulalah nak salahkan mcm2 ni) lepas aje aku blk kg itu ari berat badan aku dah naik 6 kg mau pengsan aku nak kata mkn byk tak gak mcm bese aje dan skrg aku semcm takut dgn diri aku sendiri(takut tak muat baju satu sbb dan sbb yg lain2 masalah kesihatan lah)dan mcm2 cara aku cuba tp semuanya tak berkesan.Alah lupakan dulu masalah berat badan aku mai tengok cara nak membesarkan badan he..he..jgn mare yer


MEE GORENG
aku masak utk mkn mlm minggu lepas rasanya(kata mkn mlm tp sebenornya mkn ptg sambil2 tengok Na O Mei)


ni lak aku buat utk sarapan cuti maulidur rasul buat utk kembar dan abah aje ibu tukang rasanya aje.T.Q kmal memang sedap sama mcm KFC lah lain kali blh buat lagi utk kembar tp bkn utk ibu yer

Quote:
Cheesy Fries
copy kmal

Bahanya:
400gm fries/Wedges -ibu guna hashbrown aje
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna orange
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
50 ml susu
2 sudu besar sour cream
sikit Mayonis

Caranya:
Guna pot non stick..cairkan butter dan masukkan tepung..gaul sebati kemudian masukkan susu dan dikacau hingga pekat .
Masukkan cheese..kacau hingga cheese cair...kemudian masukkan sour cream kacau seati dan siap..
Goreng fries/wedges..toskan..masuk dlm pinggan taburkan sos cheese da sedikit mayonis..


angkatan sarapan


antara lauk pauk masa weekend selepas blk kg.tengoklah citer dah basi dah aku punya peram sbb tak sempat nak update kira dah msk 2 minggu punya ceritalah ni.tp takpelah kan nak gak aku kongsi resepi kerang ni yg aku baru cuba sblm ni aku cuma masak lala aje dgn cara ni tp kali ni aku tukar kpd kerang sedap klu mkn nasi panas2 klu ratah aje lagi sedap lah kembar si adik memang suka masak mcm ni cuma aku aje takut dia sakit perut sbb mkn byk sgt mkn kerang sib baik tak sakit perut

Quote:

KERANG GORENG KERING

Bahan2
1 kg kerang-direbus kemudian buang sebelah kulitnya tinggalkan isi kerang pd kulit yg sebelah lagi

Bahan tumis-dimesin

1 labu bwg besar
5 ulas bwg putih
1/2 inci halia
2 biji cili api-klu nak pedas blh tambah ibu letak sikit sbb nak bg budak mkn

minyak utk tumis
3@4 helai daun limau purut
1 biji telur
gula dan garam

tumis bahan mesin hingga garing kemudian masukkan kerang blh tambah sedikit air bg rata bahan2 tumis pd kerang perasakan dgn garam dan gula.kemudian masukkan daun limau bila dah hampir kering pecah kan telur goreng sampai kering airnya.sedia di hidang



KEK PISANG-AMBIK RESEPI cikgu esah tunggu dulu resepi klu senang blh kita selak kat dapur cikgu esah tu


Kek Pisang
sumber joy Of Baking

200 gm pisang lenyek
150 gm gula halus
4 biji telur (B)
1/2 sdb rata ovalet
250 gm tepong gandum ayak dgn
1 1/2 sdt baking soda dan 1/2 sdt baking powder
125 ml susu
100 ml minyak..

Campur pisang dan gula,tambah telur dan pukul.
Tambah ovalet dan pukul 5-6 min hgga kembang.
Tambah tepung perlahan2 selang seli dgn susu.
Tambah minyak.
Bakar pada 200 degree celcius selama 35 min.
Dapat 2 loaf. ibu lak dpt 6 loaf buat 1 1/2 adunan

dah byk kali buat puding ni tp selalu tak menjadi kali ni baru lah menjadi rupanya tekni nya salah lah tu pasal tak menjadi

RAINBOW MARBLE PUDDING
Sumber: Sis Blackmore
copy cikgu esah jgn marah yer

Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan


PAI DAGING IKUT RESEPI PAI AYAM


BREAD ROLL
resepi roti guna basic resepi rosyahayati cuma leperkan doh guna loyang 4 segi tunggu naik jap pastu bila dah masak letak slice cheese dan tuna kemudian gulung dan balut dgn wrapping kemudian potong.aku dpt idea nak buat roti mcm ni lepas aku mkn roti yg adik aku beli dr kedai roti yg pemes kat kg aku tu tp beselah klu beli mahal buat sendiri baru puas mkn cuma aku punya roti tu tebal sgt tu pasal tak cantik



copy kmal

Bahan Intinye:
- Daging Kisar beku - Ramly
(Dimasak atas kuali spt dlm gambar...utk leraikan dagingnye...masak hingga keluar semua airnye...bila dah ada sikit2 minyak daging tu...masukkan sikit garam dan sebuk kar dagingi..gaul2 sebentar..masukkan dlm tawpaware....tunggun sekejab..boleh simpan dlm frezzer)
Nota: daging kisar ni..selalu kmal suka ambil dr frezzer guna utk buat olio spagetti kalau rasa nak guna daging, inti kuih cara berlauk, lauk untk kanji dan mcm lain...tk rugi kalau huat siap2 dan simpan dlm freezer.

- Untuk 5 biji roti john
5 biji Roti John - dibelah 2 jgn putus..sapu marjerin
5 sudu besar daging kisar spt diatas
1 biji bawang besar...dadu
3 helai daun bawang - hiris jgn halus2 sgt..
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
garam
telur 4 - 5 biji (ikut besar saiz telur)
Nota:
Semua ni dicampur sekali..pukul2 sikit dan taburkan atas kuali...
spt gambar (1)--kuali kmal boleh terus masak 4 biji roti john.

kemudian letakkan roti aas telur spt gambar (2) dan (3)

Tgk2 sikit bwhnye...untuk pastikan masak atau belum..siap

Utk dimakan...kmal akan letak sikit sos black paper sikit.(step ni tak payah le..kalau nak niaga...kang banyak modal pulak..kmal ni niaga westren..sos ni sentiasa ada..

letakkan sos cili, sos tomato dan mayonis...---siap. dan boleh jual utk niaga..atau makan sendiri.

XPERIMEN ULANG TAYANG DAH BYK KALI BUAT DAN AKU SUKA SGT KEK NI.T.Q YER CIKGU ESAH SBB SUDI SYER RESEPI



GORENG PISANG nak gi beli malas jd buat sendiri tp goreng pun 5 biji aje,lagipun kebetulan pisangnya aku dah beli siap2 cuma tak tau nak buat apa dgn pisang tu


ada lagi belen pisang sikat tu aku buat jemput pisang lak.huh..jimat tul seikat pisang 3 jenis pesen resepinya.ni wat sarapan gi keje minggu lepas

Quote:

AYAM PANGGANG PERI-PERI ROSMARY
copy shima

2-4 ketul ayam (kalu der skin lg yummy....)
sedikit garam
sedikit sos tobasco - nak kasi pedas2 skit
byk2 skit sos peri-peri extra hot nandos (haaaa nilah bhn utama dier!! )
sedikit sos BBQ (i guna honey woodsmoke flavour brand HP)
sedikit honey (if ada, i suka ayam nih manis2 skit...)
olive oil
sedikit dried rosmary
sedikit fresh rosmary

CARA:

1. ayam td diperap bersama bhn2 di atas selama 30min-sejam...bg bhn2 meresap ke dlm ayam dulu br panggang sampai masak...i suka dia x kering sgt...(sori naaa i x ingat bape suhu n bape lama i buh dlm oven) so selalu2lah usha supaya ayam tuh x jd 'arang'


memang best sgt ayam ni lain kali nak wat lagi tp tak moh letak rosemary tu sbb ada rasa pudina pun


layan mata org jemput aku tak gi cuma abah dgn kakak aje pergi.aku tunggu adik yg tak mau bangun tido lagi mentang2 cuti tak mau bangun awal.


ni lah rupa budak yg suka meragam sepanjang minggu lepas dan yg terbaru 3 ari lepas aku tengah bawak kete dia nak terjun kete.bederau darah aku sib baik aku terpandang masa dia nak buka pintu.puncanya nak mintak abahnya yg hantarkan dia ke nursery tp abah tak mau masa kat rumah nak terjun dr tingkap kete tp abah dpt tangkap jd aku lock tingkap terus jln mana tau dpt lak idea dia nak buka pintu sib baik aku memang sentiasa lock pintu klu bawak kembar.terus aku berhenti tepi jln call abah suruh ambik anak bertuah ni.baru selesai masalah.

bye..bye..maaf lah mana2 yg bertanya tu aku memang tak cukup masa.n3 terbaru pun entah bila lak muncul.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net