SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Feb-2010 00:40 Email | Share | Bookmark
AYAM BAKAR

 
 
 
Salam semua

Laju sikit update sbb tak busy mana ok kali ni aku nak citer pasal menu utk org yg nak kurang kan kolestrol lah dan nak diet tp nak mkn sedap(ada ke patut nak mkn sedap tp nak diet) ok..ok... ari tu dlm minggu lepas rasanya dlm duk busy2 sempat lagi aku ronda2 kat dapur hana yg aku rasa memang rajin masak rajin update dan maintain aje badan walaupun ada baby he..he..yelah duduk di perantauan kena lah masak sendirik klu dah was2 nak mkn yg kat luar tu iya dak?
Ok smlm aku masak lah ayam bakar ni setelah ayam ni duk betapa kat dlm peti berhari2 tibalah masa utk di korbankan.menurut hana resepi simple dari buku kak.hanieliza yg telah dikongsikan bersama oleh kak.ummi kemudian hana cuba dan skrg aku lak mencuba dan memang sedap bangat tak rugi cuba abah yg selama ni tak pandang tiba2 duduk bersila bila aku hidangkan ayam ni tau...katanya mcm hotel punya lah dia suka ayam pesen mcm ni(he..he...kembang tukang masak jap)alu takde buat pesen sifu2 tu guna kepak ayam aku guna ayam sebelah @ separuh takde potong2 ayam kecik aje tengoklah rupa ayam dlm pinggan tu pun muat2 pinggan nasi aje.setengah tu mkn 4 org tau jimat.



Quote:
AYAM BAKAR/KEPAK AYAM BAKAR
hanamemories.blogspot

Bahan-bahan
Bahan A:

5 bahagian kepak ayam(ibu guna setengah ekor ayam tak potong)
1 sudu besar madu(takde madu guna golden syrup)
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak masak

Bahan B (ditumbuk):pakai mesin aje
3 cm halia
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih

Cara-Cara

Bersihkan kepak ayam dan basuh serta toskan.
Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak. Perap selama 1 jam atau lebih.
Bakar di atas pemanggang hingga nampak garing.
Sapukan sedikit minyak kemudian bakar lagi. Balikkan ayam agar masak sekata.
Hidangkan bersama salad.

*ibu perap lama 3 ari 3 mlm you sbb tak sempat nak masak


Resepi bun ni dr roti siput yg mat gebu tu tp aku takde buat rupa siput ler buat stail bun lak.takde tabur gula kat atas kan nak diet ni nak kawal manis masin semua he..he.. konon lah.dah byk kali aku cuba roti ni memang best kena lak klu cicah kopi ke milo ke memang sedap.klu sesapa nak cuba resepi ada kat sblh yer

t.q...bye..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net