SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Feb-2010 06:53 Email | Share | Bookmark
STRAWBERY....SEGAR BUNGAR LAGI..

 
 
roti putih BM
 
 
 
 
 
 
 
strawberi coklat dgn cheesecake
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua..

Poyo aje tajuk n3 aku kali ni kan.bukan apa aku nak citer sabtu lepas aku ada ler gi Tesco Extra Cheras saje ronda2 cari lauk nasi utk cuti 3 ari pastu cari brg2 keperluan dapur dan umah lah apa lagi.walha aku dah pun gi shopping kat K4 ari jumaat tu beli susu dgn pampers semua bagai.gi Tesco cuma nak cari bahan basah aje.pepagi lagi aku dah keluar kembar aku tinggalkan pd abah lagi pun dia org lum bangun lagi senang sikit aku nak keluar.Takde benda yg best cuma sakit ati dan geram aje,bkn apa ari jumaat tu aku gi K4 beli pampers dgn susu abis beratus2 sekali aku gi Tesco tengok rega nya lagi murah dr K4 yg paling aku sakit ati rega pampers yg beza sampai RM1 hu..hu..geramnya.ingatkan beli kat K4 dah murah rupanya Tesco lagi murah nasib aku beli 2 pack aje+ pampers pants yg ada oper tu(kira nak pujuk ati sendiri lah ni)apa lah aku ni citer pasal shopping lak(bkn nya apa takde apa nak citer)dah tu dlm aku duk ronda2 tu aku ternampak strabery satu rak penuh yg tengah segar bunggar lagi aku pun mula teringat kat cc kak ana yg lepas dan apa lagi terus rembat satu kotak murah aje RM3.99.blk umah tak tau nak buat apa dgn strawbery ni.beli pandai nak guna tak tau lak adoi lah...ida ni



cara mudah dan bg sape2 nak diet ler aku cuma letak

1 biji apple hijau potong dadu
4 biji strawbery potong pajang2
2 biji dried apricot
1 sudu besar raisin
5 biji almond di cincang2(di sangai dahulu)
3 @ 4 sudu yougat

gaul kesemua bahan dan sedia di mkn

aku cuma guna yougat ni aje


lagi tak tau nak wat apa buat lah buah kesukaan CT ni nak gak cuba rasa dulu masa dia kecoh2 nak kawin dgn datuk K pemes ler buah ni dgn coklat jap tp masa tu aku tengah sarat peknen kembar jd takde teringin benda2 ni.skrg baru dtg angin teringin.sedap rasa masam2 manis lepas mkn aku rasa pening jap(aku ni klu terlebih mkn coklat selalu aje pening)

Cuti hujung minggu yg tak tau nak wat apa
Ari sabtu aku dah siap masak gulai daging + acar kubis sekali kena simpan dulu sbb abah gi kenduri kawin aku lak tgh duk msk2 tu jiran sblh ajak gi kenduri langsung aku tutup terus api dapur tinggal lauk pauk utk tgh ari sib baik masa waktu magrib ada ler anak buah abah dr seremban dtg umah jd aku jamu aje dgn lauk2 tu cuma tambah ayam goreng + sambal belacan+ cendawan goreng.Lauk 2 simple dan aku pun dah mula malas nak bergambar skrg ni he..he..jgn mare yer

Ari ahad lak pagi2 lagi dah siap nak keluar gi PJ takde buat sarapan 2 pun sbb abah nak posa.bkn posa sunat ke ganti ke sbb posa nak buat blood test (he..he.. dah tua2 ni nak kena check lah)itu pun buat sampai dah berbueh2 mulut aku ni klu betul2 keluar bueh pun aku tak tau lah.benarnya dah byk klinik abah gi semua ckp normal dan tak perlu buang duit utk buat blood test.lepas tu aku sarankan gi aje kat Klinik TTDI di PJ(madiha yg promo ni)jd blh di katakan setiap minggu kami berkunjung ke klinik ni he..he.. rajin betul jumpa doc kan.blk dr klinik apa lagi singgah umah sujah cari apa yg patut lah nak isi perut tp aku siap dah tapau kueh kat bawah ni kueh talam.sujah siap suruh kita org mkn nasi tgh lagi kat sana tp sbb nak gi kenduri kat umah(ari sabtu blok B ari ahad blok C lak)jd madiha lah tolong sambung mkn nya nasib baik klu tak membazir aje sujah masak nasi byk2 ari tu.

XTVT ari isnin dah tak kemana dah pg2 lak aku dah siap masak lauk tgh ari kul 11 pg dah mkn nasi.
lauknya

sambal sotong berkacang

gulai nenas ikan masin

Quote:
GULAI KUNYIT LENGKUAS IKAN TALANG + NENAS
copy madiha

Bahan2
1 keping ikan talang sebesar tapak tangan ~ potong kecik2 dan rendam (tujuan utk kurangkan masinnya)
1 biji nenas muda ~ potong saiz kesukaan
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya utk kuah
4 s/b cili mesin
1 biji bwg besar saiz sedang ~
4 ulas bwg merah ~ ~ bahan2 ini dimesin halus
3 ulas bwg putih ~
2 inci kunyit hidup ~
2 s/k kunyit serbuk
1 inci lengkuas ~ dihiris nipis
1 keping asam gelugur (jika perlu)

Cara Menyediakannya
Amat mudah.. masukkan kesemua bahan2 dan masak hingga mendidih. Pastikan sentiasa mengacau supaya santan tidak membuak & jadi berbuku2.. nanti kuah tak cantik.. Tak perlu tambah garam kerana masin dari ikan talang sudah memadai.. (bergantung kuantiti ikan masin yg diguna.. jika anda rasa kurang masin.. bolehlah tambah garam)


disbbkan mkn nasi awal aku pun kena lah wat kueh utk minum ptg bkn kek yer kueh tradisional sikit

KUEH LAPIS
Bahan2
250 g tepung beras
1 liter santan(guna 500 ml santan kotak + air)
guna secukup rasa manis masing2
warna kesukaan

campur kesemua bahan kacau hingga gula hancur.kemudian kukus selapis demi selapis sehingga habis

note:bancuh tepung dgn santan dan gula dahulu kemudian air tambah sedikit demi sedikit takut terlalu cair jd caranya kukus sedikit tengok elok ke tidak kemudian jika keras tambah lagi air jika terlembik tambah tepung lah apa lagi.


utk ahli mesyuarat tangga

strawbery masih ada lagi aku cuba buat pai lak menjadi dan sedap lak klu mkn masa panas klu mkn masa sejuk kureng sikit.resepi kemudian lah

PAI APPLE & STRAWBERY WITH CRUMBLE



ptg isnin tak tau nak wat apa ajak abah ronda2 memula nak gi dataran tengok ari wilayah pastu ibu ajak singgah JJ jap nak jumpa nenek angkat kembar(kak maisah) dan campur dgn kembar dah berhari2 duk asyik ckp nak jln naik troly aje jd sampai JJ sumbat dia dlm troly bkn beli apa2 pun jumpa nenek nak ambik kasut baru hadiah besday.gambar kasut takde ler.pastu nenek dgn atuk ajak gi KFC lak terus tak jd gi Dataran ari pun dah nak magrib dah.smlm lak aku dpt berita yg atuk angkat kembar jatuh motor patah tangan entah mcm mana keadaan nya nanti aku nak gi jenguk lah.

smlm gak abah dah dpt keputusan blood test dan sememang nya takde penyakit yg membinbangkan dan doc ckp kolestrol yg kena jaga tp blm sampai tahan nak kena mkn ubat alhamdulillah aku takde lah risau sgt.sbb abah selalu pening2.doc ckp pening2 tu sbb kolestrol yg dah mula tersumbat dlm salur darah dan penyebab jd angin so lepas ni abah dah tak leh mkn daging selalu kena mkn sayur tak leh mkn lemak2 kena mkn sup2 air aje.tp yg best nya last2 abah lak suruh ibu gi wat blood test(memang patut pun doc dah berapa kali suruh aku buat cuma aku aje duk tangguh2)


KUEH TALAM
Quote:
TALAM MAMBO
COPY MADIHA

Bahan A (lapisan bawah)
100 gm tepung beras
25 gm tepung kanji
1/2 sudu kecil garam halus
500 ml/(dari sebiji kelapa, santan pekatnya simpan utk lapisan atas) -ibu guna santan kotak aje


Bahan B (lapisan atas)
2 biji telur
50 gm tepung gandum
100 gm gula pasir
¾ sudu kecil pes pandan ( ganti dengan ½ penutup esen pandan + pewarna hijau)
350 ml santan pekat-guna santan kotak

Cara Membuatnya
1. Panaskan periuk kukus. Sediakan lapisan bawah dahulu. Gaulkan semua bahan2 A hingga rata. (tapis jika perlu).tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu mentega terlebih dahulu.
2. Kukus hingga masak kira-kira 20 minit. (selepas 10 minit pertama, buka penutup periuk kukus berhati2 & buangkan air pd penutup periuk kukus berhati2 supaya airnya tak jatuh atas permukaan kuih. Ambil sudu dan kacau2 sedikit bancuhan di permukaan kuih tadi agar masak sebati. (kerana bancuhannya agak mendak ketika ini). Ratakan permukaan kuih & sambung lagi mengukus lagi 10 minit)
3. Untuk lapisan atas, campurkan kesemua bahan B.
4. Tuangkan ke dalam loyang (di atas permukaan lapisan bawah kuih tadi) lalu kukuskan selama 30 minit atau hingga masak. (Setiap 10 minit buka penutup kuih & buangkan air pd penutup periuk kukus berhati2 atau boleh juga balut penutup periuk kukus dengan kain yg bersih)
5. Bila masak, tunggu kuih betul2 sejuk sebelum dipotong & hidang



ituler yg sempat aku ingat dlm memori ni takde citer menarik pun
bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net