SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Jan-2010 00:48 Email | Share | Bookmark
NASIB BAIK ADA BAKUP KEK

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam hari jumaat..

Ari ni aku takde citer menarik pun bese2 aje cuma smlm aku dapat berita sedih.Seorg sahabat baik suami ku telah pergi menemui tuhan yg maha esa...al fathihah
Aku dpt panggilan dr abah dlm kul 1 smlm dia ckp bob dah takde..tekedu kejap aku sbb dia ni seorg yg baik hati suka tolong org dan waktu aku mula2 cintan cintun dgn abah dia ni lah yg selalu jd mangsa(jd org tengah) klu aku merajuk ke apa ke dia lah yg tukang dtg pujuk aku he..he.. kadang nak tergelak pun ada bila ingat2 blk.aku ni dulu memang kuat merajuk dr kecik sampai ke beso tp takde lah sampai ke tua yer..tp tu citer dulu...skrg semuanya hanya tinggal kenangan.Bob ni klu tak silap aku usianya dlm 38 thn dan belum berkahwin lagi.arwah akan di kebumikan hari ini tp aku tak pasti sebelum jumaat.Abah dah pergi ziarah arwah di kampungnya di Kedah dan aku hanya tinggal 3 beranak aje kat umah terasa sgt bila abah takde sbb kami tak pernah pun berjauhan tp klu tak blk umah waktu mlm tu biasalah(operasi lah bkn apa).entah berapa kali duk tepon duk tanya anak dgn ibu.aku lak risau kot2 jd apa2 tengah jln tp yg aku tau abah gi ramai2 takde risau sgt.pg ni aje dah 3 x abah call tanya mcm mana(ni kes adik hilang lah punya pasal sampai skrg abah tak caya dgn ibu,dia siap ckp klu ibu nak keluar umah dgn budak nanti abah bawak gari 3 serangkai gari tiga2 ada ke patut).Kita sama2 sedekah kan al fathiha utk arwah moga rohnya di cucuri rahmat amin...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Citer berkenaan tajut kat atas tu..smlm aku dlm duk risau2 tu sempat lagi ler deko kek baking2 meroti lagi(ni tak susah masuk tepung keluar roti)mulut ni gatal rasa nak mkn brownies jd ku geledah kotak resepi jumpalah satu resepi dr kak rinn


Quote:
CHOC MOIST BROWNIES
Sumber : Roz (Rnet) dari dapur Maklang Azie
copy rinnchan.fotopages

Bahan-bahan:
1 ½ cup (185 gm) tepung serba guna
¼ cup (30 gm) serbuk koko
1 tsp baking powder
½ tsp soda bicarbonate
1 ½ cwn (205 gm) macadamia nuts, dicincang ( Rinn guna almond dan walnut )
125 gm butter
200 gm coklat masakan, dicincang
1 cup (250 gm) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cup (90 gm) krim masam (sour cream)..ibu takde stok susu cair ke apa letak air +susu tepung aje...

Chocolate topping :
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan krim masam (sour cream)...

Cara-cara:
1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.
3. Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
4. Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.
5. Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
6. Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
7. Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
8. Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
9. Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:
1. Cairkan coklat dengan cara double boiling. (pastikan air tidak termasuk ke dalam butter dan coklat).
2. Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
3. Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
4. Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang berlebihan.
5. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi: Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim


adalah satu kotak ku bg kat nursery kembar dah lama tak bg dia org mkn2 jd ari ni jumaat kita belanja lah dia org mkn2 sikit.

pastu kat bawah ni aku buat cheesecake lagi sbb tergoda dgn cheesecake yg aku buat en jalil ari tu lagi pun dah lama tak layan cheesecake ni tu yg buat gak dan memang aku beli lebih cheesenya he..he.. apa nama diet mcm ni entah ler

sendiri mkn takde nak deko beria nya mcm tu aje lah

ni lak order dr fazilah opis mate ku lagi yg sememang nya regular cust. dia mintak aku buat kan kek utk besday anaknya yg kecik.benornya dia dah lupa besday anaknya ni yg sepatutnya awal bln tp bdk ni tak perasan bila besday diaorg cuma dia akan inga bila tengok org punya besday baru di tanya bila lagi besday dia.

ada kisah waktu deko kek ni tu pasal jd tajut n3 aku kali ni.smlm aku dah bagus2 deko walaupun sakit ati dgn coklat ganache ku yg jd melt walapun aku letak dlm peti,ku pujuk gak ati sendiri supaya sabar2 deko aje lah harap tak jd apa2

sekali lepas aku deko tengok bunganya dah gedebuk jatuh ke bawah adoiiiiii...

apa nak buat mcm mana nak repair kek ni lepas tu aku mula teingat kek yg aku janji dgn kembar utk buat 2nd besday lah konon.kembar ni asal aku buat kek dia mesti minta utk beday to yu(pelat kembar) dia punya

maka terpaksa lah aku tukar kek yg rosak tu utk kembar kek yg ni bg kat fazilah dan permintaan fazilah utk coklat coating tak jd ler aku tukar bc.jam dah kul 12 mlm aku duk bancuh bc lagi sib baik masa ni memang aku buat kek lebih bese2 klu org order aku cuma buat cuma buat yg order aje takde lebih2 nya tp itulah tuhan maha mengetahui akan hambanya.syukurlah pg ni aku bg kat fazilah dia ckp cantiknya deko walaupun permintaan asalnya mintak aku lukis spiderman,aku ni mana ler pandai nak lukis2 nak tulis kat atas kek pun mengelabah ni kan nak lukis carton lak.memula smlm nak gi K4 cari menan nak wat mcm kak meen letak menan atas kek tp smlm aku nak luangkan masa anak2 dgn abah sblm abah bertolak ke kedah jd tak jd gi K4 .
Kakak lak smlm masa abah nak keluar dia duk melalak tak bg abah keluar katanya jgn pergi..abah jgn pergi..ni buat aku risau tp aku pujuk gak kakak supaya jgn nangis kan hati abah tak senang nak berjalan jauh.

itulah kisah ari ini bye..esok cuti 3 ari aku mesti naik darah aje ni yelah 3 ari duk bergaduh dgn kembar kat umah nak keluar umah tak blh kena tunggu abah.adoiiii...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net