SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Jan-2010 00:54 Email | Share | Bookmark
PROJEK HARI MINGGU DAN MINGGU LEPAS

 
 
 
 
 
 
 

Menu lunch org malas ni jeler sardin kicap dgn sambal udang petai(buat sambal udang ni sbb jiran bg patai semangkuk klu aku simpan alamaknya minggu dpn lak berjumpa baik aku masak terus)


Tengok kak rinn buat stik ikan mcm cantik aje dan sedap tp aku buat mcm bese aje rupanya tp memang sedap ala2 lauk utk org berpantang tp klu org dlm pantang jgn lak di letak sos tiram tu nanti jd lain lak.Sedap ni aku mkn dgn colek nenas lain drp org lain jgn mare yer..



Quote:
STIK TENGGIRI
Sumber : Senangnya Memasak...Ikan ( Chef Hanieliza)
copy rinnchan

BAHAN A:
2 bahagian ikan tenggiri (400gm)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar sos lada hitam (Rinn tambah yang ini...)

BAHAN B (SAYUR-SAYURAN IKUT SELERA): ibu tak buat pun
Brokoli
lobak merah
tomato

Sos lada hitam


CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan dan toskan hingga kering.
2. Perapkan ikan dengan semua bahan selama 30 minit.
3. Bakar dengan pemanggang atau masukkan dalam oven hingga garing dan masak.
4. Hidangkan bersama sayur-sayuran dan sos lada hitam.


Disbbkan madiha kata tak pedas dan menjadi kesukaan ramai aku try tp tulah klu dah msk kelam kabut dgn kembar asal aku nak masak dia org pun sibuk nak masak terutamanya kakak skrg dah pandai angkat kerusi kecik dia masuk dapur konon2 nak tolong basuh bekas sampai kadang2 banjir dapur aku tu klu di biarkan dia sorg2 yg si adik lak sibuk nak mengacau dlm kuali ke periuk ke sampai aku naik pening dah malas nak masak dah.yelah klu masak bimbang takut kena dapur panas ke minyak panas ke dah tu kakak suka basahkan lantai ada lak yg jatuh klu tak anak ibu yg jatuh.dah sambung blk citer masak ayam ni di sbbkan kelam kabut aku dah tersalah teknik jdnya kureng lah sudahnya aku ratah sayur aje yg ayam tu sib baik aku cuma masuk 2 3 ketul aje.

Quote:

AYAM CENDAWAN SOS TIRAM
sumber madiha

Bahan2
8 - 10 ketul ayam (atau setengah ekor ayam bersaiz besar ) - dipotong kecil2 - bersihkan dan tos
5 s/b tepung jagung
3 s/b tepung gandum
lada sulah, sos tiram & kicap pekat secukupnya utk memerap ayam
1 tin cendawan butang saiz besar dalam tin - belah 4 atau dihiris2 ke 5 kepingan
1 btg carrot saiz kecik - potong memanjang atau saiz kesukaan
1 biji capsicum - didadu kasar
5 biji cili kering - bersihkan potong2 menjadi 1 inci panjang
1 s/b tepung jagung + 2 cwn air - dibancuh
5 s/b sos tiram (atau lebih)
1 s/b kicap pekat
1 s/b kicap manis
lada sulah secukupnya

Bahan2 Ditumbuk Lumat
8 - 10 ulas bawang putih
5 inci halia - hiris nipis dan tumbuk halus


Cara2 Memasak
1. Ayam di gaul dengan 1 s/b bwg putih+halia tumbuk tadi. Masukkan 5 s/b tepung jagung, 3 s/b tepung gandum, lada sulah, sos tiram & kicap pekat sket. Gaul rata dan perap sebentar.
2. Goreng ayam hingga masak. Jangan panik yer.. ayam bila dah kena goreng warnanya bertukar agak gelap. Tapi tu tak beerti ayam tu hangus. Sebenarnya itu adalah tindak balas warna tepung yg dah digaul sos tiram & kicap pekat tadi. Ok selepas menggoreng ayam.. boleh terus gorengkan cili kering tadi sebentar & ketepikan dulu kedua2nya.
3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumiskan bwg putih + halia tumbuk tadi hingga berbau wangi. Masukkan air tepung jagung tadi. Biarkan mendidih. Masukkan juga lada sulah, 1 s/b kicap pekat, 1 s/b kicap manis & 5 s/b sos tiram. (atau secukupnya)
4. Kacau rata kemudian masukkan carrot & cendawan butang. Biar kejap hingga carrot agak2 lembut.
5. Masukkan capsicum. Perlahankan api.
6. Last sekali masukkan ayam goreng dan cili kering goreng tadi sambil digaul rata dengan sos tadi hingga agak kering.
7. Rasakan masinnya.. biasanya tak perlu tambah garam sebab memadai dengan sos tiram & kicap2 tadi


Bawah ni roti yg ku buat smlm ada lagi ni.sedap dah lembut.kena lak cincah dgn air milo panas bestnya.aku buat ler bekal ari ni dan ptg nanti leh lah abah buat minum ptg sambil2 tunggu anak bini balik he..he..


Quote:
Resipi Roti Coklat
sumber blog IXORA

Bahan2
250 gms tepung high protein*
2 sudu besar susu tepung*
1 sudu kecil bread improver*
1 sudu kecil bread softener*
1/2 sudu kecil garam *
60 grms gula halus*
1 1/2 sudu besar mentega*
2 sudu kecil mauripan yis*
2 sudu besar serbok koko (mau kurangkan boleh)*
7 grms wheat gluten*-ibu tak letak pun takde stok lah

90 - 100 ml air suam (edited)
1 biji telor dipukul

Cara membuatnya
1.Bahan bertanda (*) disatukan kedlm mixer ..mix 30saat just utk bhn bercampur shj ..
2.Masukkan telor n air .. mix kan adunan sehingga doh betul2 licin .. lebih kurang 20-25 minit
3. Bila doh dh licin .. ambil doh dn bahagikan kepada 15 bahagian .. += 40grms /each
4. Biarkan doh mengembang sekali ganda baru ler dibakar dlm suhu 160 -170 C selama 20 minit ..
5. Keluarkan roti dan sapukan dengan butter semasa roti still panas
6. Utk kekalkan kesegaran roti berpanjangan ..simpan roti anda didalam bekas yg tertutup


Kek yg lembut gebu dan best sgt bg aku lah dan yg penting mudah benor nak buat nya.tak manis sgt sbb tu blh letak jem.


Quote:
KEK KUKUS SANDWICH LAPIS JEM
sumber : chef zubaidah
copy mak lang

Bhn
3 biji telur B
1/2 sb ovalette
30g air
100g gula castor
100g tepung naik sendiri
20g susu tepung
30g minyak
1st choc.emulco

Hiasan : jem (any flava) mklang guna blueberry jem ibu lak guna jem bluebery

Cara
Pukul telur + gula + ovallete + air = hingga pekat
Ayak tepung + susu tepung dan sebatikan adunan
Akhir sekali masukkan minyak dan kacau rata
Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan emulco.
Guna loyang 9x9, tuangkan semua adunan dan paipkan adunan coklat
Kukus selama 20'
Setelah masak, potong 2 dan sapu jem dan tindihkan ke atas kek.

Nota mklang : letak vanila skit bior wangi
Kukus api tecik, kalo api besor nanti kek komer berombak...





COLEK NENAS

Bahan2
1 cawan gula didihkan bersama
1 cawan air biarkan gula larut masukkan
1 sudu besar cili giling +
belacan +
sedikit garam +
sedikit cuka
masak sehingga betul2 pekat kemudian sejukkan dan sedia di gunakan jika suka waktu nak mkn tu blh tabur bijan atau kacang tumbuk

Duk lama dah ngidam nak mkn roti pondok ni klu gi baker's cottage udah tentu ler mahal lagi pun kat sekitar umah aku mana ler ada kedai roti ni jd aku buat sendiri cuma aku telah menokok nambah sikit lah ikut selera aku he..he.. ma jgn mare yer.buat setengah adunan aje byk2 sape nak mkn


Quote:
ROTI PONDOK INGGERIS
copy mamafami

Bahan-bahan :

(A)
*400 g tepung roti
*100 g tepung gandum
45 g gula
10 g garam
20 g susu tepung
3 1/2 sudu kecil yis kering


(B)
1 biji telur
260 ml air sejuk

(C)
60 g mentega (ibu gunakan majerin)

Topping :

Mentega
Gula
*tak buat topping tp sebelum bakar sapu filling strawbery kemudian gulung dan biarkan adunan naik baru bakar

Kaedah penyediaan :

1. Adun (A) sehingga sebati. Tambah (B) dan uli sehingga menjadi doh.
2. Tambah (C) dan uli doh menjadi lembut dan kenyal.
3. Biarkan ia naik selama 60 minit.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan bentukkan menjadi bebola.
5. Biarkan ia selama 10 minit. Ratakan dan gulung seperti cara membuat kek gulung Swiss. *step ini masukkan filling strawbery
6. Gris 2 acuan roti bantal (P 20sm X L 11sm X T 11sm). Letak setiap gulung ke dalam tin. Biarkan ia naik selama 45 minit atau berganda saiznya.
7. Guna pisau tajam, hiris sekali di permukaan roti. Sapu sedikit mentega dan tabur sedikit gula ke atasnya.
8. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit. Keluarkan daripada acuan. Biarkan sejuk, potong dan hidangkan.


bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net