SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Jan-2010 00:48 Email | Share | Bookmark
ADIK BUAT IBU PANIK....ADIK HILANG

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam...nak dengar kisah ku smlm waktu blk keje mcm biasa ambik kembar dr nursery lepas tu bungkus mknan utk kembar dah tu balik sampai umah parking kete pastu...

Smlm aku panik dgn kehilangan adik....masa tu tuhan aje tahu perasaan aku dada dah berdebar2 dlm kepala ni mula teringat kisah2 dan cerita2 tentang kehilangan budak.tapi aku cuba bertenang dan mencari dan mencari.ku panggil adik.....adikkkk..syafika...pikah...mana adik pergi ni...mata ku dah bergenang dgn mutiara jernih tp ku cuba kawal lagi.habis kutawaf kawasan sekeliling aku mula call abah dan bagi tahu adik hilang.abah mintak aku bertenang tp masa tu air mata ku dah tak boleh nak tahan lagi.Abah berlari turun tangga dr tingkat 10 dah tak sempat nak tunggu lift lagi.sampai bawah abah terus menyoal aku mcm mana adik blh hilang.aku pun mula cerita dlm sebak abah terus marah aku mcm aku org salah katanya jgn sibuk nak nangis aje cuba bg laporan supaya dia blh siasat.Aku ckp masa turun kereta adik jln depan kakak kat belakang masa tu kakak duk ralit tengok org ckp aku pun patah blk tarik tangan kakak takut nanti hilang tp bila aku toleh kedepan aku tengok adik dah tak ada merata aku cari sampai kedai runcit ku tanya aku pusing2 tangan kakak aku dah tak lepas lagi.
Masa tu abah call semua kawan2 kat situ mintak carikan adik.kebetulan adik dan kakak pakai baju yg sama masa blk dr nursery jd aku ckp dgn dia org yg adiknya pakai baju sama mcm kakak.bila dah abah call kawan2 dia semua org cari takkira melayu cina india tua muda kecik besar semua cari sampai yg tunggu siap tingkat dr tingkat 17 sampai ke bawah.ada yg tunggu dekat pintu pagar perhatikan kereta yg keluar masuk takut2 ada bawak keluar budak yg round dgn motor pun ramai.Lepas tu abah suruh aku blk umah dulu takut2 ada org hantar adik blk.jd aku blk rumah keluar lift aku tengok adik dgn amirul(anak jiran sebelah) masa tu aku rasa sgt bersyukur ada org jumpa dia dan hantar blk rumah.rupanya adik dah masuk lift masa aku tarik kakak.tapi nasib baik dia keluar kat tingkat 11 yg mana umah kat atas rumah ku.adik tahu jln nak kerumah cuma di tak berapa pandai tengok no.tp jika ditanya rumah tingkat berapa dia akan ckp tingkat 10.org yg dia ikut keluar tu berkali2 tanya dia mana rumah mana mak dia tak jawab lepas tu mak mertua dia keluar rumah dan ckp itu kembar kat tingkat 10 jd dia bawak turun ke bawah.nasib adik ikut orh yg kenal ibu dan abah klu tidak aku tak tahu apa akan jadi.lebih kurang setengah jam jugak adik hilang.lepas ni aku dah tak berani nak biarkan dia jln sendiri2 biarlah kembar jerit sakit ke apa ke bila aku pegang tangan dia tp yg pasti aku tak akan lepas.
Dan dgn kejadian ini aku telah di larang sama sekali keluar sendiri2 dgn kembar kemana2 nak shopping jgn harap lagi klu dulu aku selalu bawak kembar jln2 kat Jusco @ Tesco skrg kena tunggu abah.rasanya hari ni pun abah mesti tunggu siap2 kat bawah takut jd lagi mcm smlm.itulah kisah yg buat aku panik smlm.Terima kasih yg tak terhingga kepada penduduk PPR Pudu Ulu yg sudi menbantu.Jd pesan ku pd kawan2 jgn biarkan tangan anak kita lepas dr kita klu nak lepas pasti masa tu anak2 kita dah cukup besar utk bawak diri sendiri

Itu kisah adik ni lak kisah kakak yg selalu sgt sakit kdg aku rasa mcm tak pernah baik2 pun walaupun gi beberapa kali ke klinik.Kebetulan kak long ckp haziq pernah kena mcm kakak jd doc bg gas.aku pun cubalah bawak gi klinik yg sama mana tau berhasil.jd pd sabtu lepas aku ajaklah madiha@kak long bawak gi klinik tu jd inilah jdnya..

sementara tunggu doc panggil.gambar aje mcm duk diam padahal mcm lipas kudung kat dlm klinik tu naik pening aku dgn madiha.

selepas di buat pemeriksaan kakak di katakanruang pernafasannya sempit @lelah jd sbb tu pernafasan nya berbunyi jd doc bg gas.mula2 gelak sbb ramai kan





mata dah lalok dah ni tp tak tido lah

ibu nak enterprem sikit

budak 3 org ni duk main doc2 kat bed sebelah.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net