SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jan-2010 04:18 Email | Share | Bookmark
MCM2 ADER...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
EGG BENEDIT FOR BREAKFAST
 
 
 
Salam hari senin..

Jgn marah yer sbb byk sgt aku letak resepi kat bawah ni
bkn apa sbb geram minggu lepas byk kali aku cuba nak download gambar dlm fp ni tp tak leh jd ari ni nak balas dendam lah sepatutnya n3 ni masuk hari rabu tp tu lah tenet ke fp ke tak tau lah

Mula2 kita tengok kek pisang.sedap dan moist tp...manis benor sukatan tu jd aku dah ejas kit lah resepi ni.tima kasih pd yg cipta resepi dan mcm bese aku copy aje he..he..


KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)
sumber blog Bro Rozzan
copy amal5041.fotopages

Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 300 gm) ini pun agak manis jugak bg ibu klu tak suka manis kurang kan lagi gulanya
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang abu)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - ibu gunakan almond flakes tabur kat atas

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.




EASY PASTA BAKE
copy myresipi-mutiarazura

Bahan-bahan ( 6 orang kot )
500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara
1.Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2.Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
3.Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
4.Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
5.Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
6.Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
7.Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
8.Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
9.Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
10.Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
11.Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan

aku guna loyang aje bakarnya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MASIH KISAH ORG KG DTG

Dek kerana kesian kat abg Long(Along)sbb selalu sgt suruh adiknya(acik) beli mcm2 benda pelik tiap kali dia tengok AFC kat asro dah tu madiha pernah gak masak benda ni aku pun cubalah tp tak masuk langsung dgn tekak melayu aku ni.klu takak org putih lalu lah kot(sib baik aku buat sebiji kecik aje)masak masa org kg dtg ari tu dah lama dah baru nak tayang


RATATOUILLE
Sumber : Cooking For Engineers
copy madiha

Bahan2
6 ulas bwg putih
5 biji cendawan butang segar (saiz medium) (MaDiHaA guna ½ tin cendawan butang saiz kecik.. so belah 2 aje) ~ dibelah 4
1 biji zucchini (saiz medium) ~ dibelah 4 dan hiris nipis ½ ~ 1 cm tebal
5 tangkai daun parsley (bukan 5 pokok ye!) ~ ambil bahagian daun sahaja & cincang halus
5 helai daun selasih/basil ~ cincang halus
1 biji bawang besar ~ didadu
2 biji tomato masak ~ dikupas, buang biji & potong dadu
¾ ~ 1 cawan air
1 kiub ayam (resepi asal guna stok ayam/sayur ~ jika guna stok.. abaikan air)
1 sudu besar tomato puri
1 biji bell pepper hijau/capsicum hijau ~ didadu
1 biji terung saiz besar ~ potong dadu
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya
Minyak zaitun utk menumis (guna minyak biasa pun boleh)

Cara menyediakannya
1. Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana, tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan bawang besar dadu dan kacau hingga bawang layu.
2. Bila bawang nampak sedikit jernih, tambahkan tomato puri. Kacau biar rata agar tak berkerak. Tumisan akan bertukar warna agak gelap (mcm sikit hangus gitu) jadi bolehlah tambahkan air & kiub ayam. Kacau2 lagi & jika terdapat kerak yg melekat pada kuali/periuk.. gunakan sudip & keruk2 dasar kuali/periuk supaya kerak2 (bukan kerak hangit sangat ye..) tu sebati then biarkan mendidih.
3. Masukkan pula sayuran yang siap dibersihkan & dipotong2 tadi seperti terung, zucchini, cili capsicum & cendawan butang. Masak hingga sayuran masak & nampak kering sikit. Akhir sekali masukkan tomato dadu dan kacau2 lagi.
4. Kecilkan api taburkan daun parsley & selasih yang dicincang tadi. Masukkan garam & lada sulah secukup rasa. Kacau sebati kemudian bolehlah matikan api.
5. Sedia dihidangkan dengan garlic bread, toasted baguette atau pasta kegemaran

Menu ayam kira menu utama masa org kg dtg,selain olio spargeti


Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
resepi ni telah diolah oleh Jeni & Ana menurut kata madiha

Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots - guna carrot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - guna serbuk cili biasa..
Kicap Pekat
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )

Cara menyediakannya:

1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.(ibu tak buat pun)
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau bake been.

Note-ayam yg best dah lagi sedap klu yg ke esokan harinya dah mesra semua
Quote:
utk menjawab semua pertanyaan dan kata2 kat bawah ni aku jawab ler...kan resepinya letak baby carrot aku lak letak bapak carrot dah tu masa ambik gambar dah tak ingat dunia janji leh ambik gambar tak perasan posing ayam seksi dah ramailak ckp 18sx adoiiii..lah kan dah ckp aku tak buat jahit menjahit tu sbb gara2 bapak carrot ni ler dha tu org dah sampai aku tak siap lagi bakar ayamnya tu yg kelam kabut ambik gambar yg penting ada gambar he..he..


Pasta ni entah zaman bila buat dah tak ingat dah y pastinya thn lepas punya masaklah.sedap mcm pasta yg sebelum ni aku masak.kembar suka sgt mkn benda ni



kat bawah ni pun masak masa org kg dtg.sbb byk sgt menu nak cuba aku sampai terlupa nak hidangkan benda ni konon sorokan dr kembar simpan dlm microwave sekali org dah siap mkn baru perasan benda ni lum keluar hu..hu..jd santapan esoklah..


BAKED AUBERGINE WITH CHEESE
resepi/idea : One Pot Cooking
copy shima fp

1 biji terung saiz besar & gemuk (patut guna yg kecik2 so belah dua jek)
1/4 labu bwg besar - dimayang
sedikit raisins
sedikit carrot - dicincang
sedikit sweet corns
sedikit capsicum - dicincang
black pepper & salt
cheese - dipotong kiub2
mentega skit

CARA:

1. belah/potong terung td...pastu korek isi dia dgn sudu n pisau bg tinggal kulit tebal 5cm jek.
2. isi terung td dicincang...pastu cairkan mentega, tumiskan bwg hingga wangi...
3. bubuh isi terung td bersama2 carrot, capsicum, corns etc....gaul rata.
4. dah masak sume, tuang dlm mangkuk, gaulkan ngan salt, pepper & cheese...
4. pastu scoop masukkan dlm terung yg dikorek td..sumbat padat2 n bakar dlm oven yg dah dipanaskan suhu 180celcius hingga masak (lebih kurang 20 min gitu).

buat cicah dgn ayam rosemary tp kuat sgt bau daun ketumbar tu jd aku kurenggg..


TOMATO SALSA
resepi: the Complete Book of Hot & Spicy Cooking (Vicki Liley)
copy shima fp

2 biji tomato - dipotong kecil2
1 biji cili masak merah - dicincang
1/2 labu bwg besar dicincang
1/3 cwn fresh coriander - dicincang
** timun - dipotong kecil2 (bhn yg i tambah)
** 2 biji cili padi - dicincang (bhn yg i tambah)
2 s/b cuka
1 s/b jus lemon/limau
garam & gula
serbuk lada hitam

CARA:
1. satukan sume bhn dlm mangkuk..gaul sebati...
2. adjust rasa & biarkan 15min sblm dimkn..

BYE..BYE..KLU SENANG NANTI AKU GI RONDA UMAH KAWAN2 YER JGN MERAJUK LAK AKU DAH LAMA TAK DTG BKN APA MASA TAK ADA NAK DUK MERAYAU UMAH ORG SBB UMAH SENDIRI PUN DAH TAK TERURUS DAH


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net