SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Dec-2009 04:21 Email | Share | Bookmark
KISAH ORG KG DTG DAN HAPPY BIRTHDAY ACIK YG KE 25

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam

memula nak ucapkan happy birthday buat acik@mariah yg ke 25 tahun moga panjang umur dan di murahkan rezeki dan nanti leh lah tambah kagi baby klu biesya dah besar sikit kih..kih..bg mu kurus sikit he..he..



masa sambut besday kembar aku pun buat lah sekali utk acik ni dah alang2 org kata lagipun cuma selang sehari aje tak salahkan.kira nya wat suprise lah

Quote:


CHOCO MOUSSE BROWNIES

copy Damiacyan

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Cara-cara


Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.


Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis



Ok kita cite pasal kisah org kg dtg KL bersempena cuti pjg dan juga nak sambut besday kembar.Minggu lepas pd 24/12 nenek,tok'kie,ayah long,acik ,ayah chik dan juga biesya telah dtg ke KL.Sebenarnya tok'kie dtg sbb ada hal keje jd dah alang2 tu tunggu sekali utk buat besday kembar.Smlm dia org baru balik ke Dungun.ni kira yg paling lama tok kie dtg klu idak dtg khamis hari sabtu dah nak blk.



abaikan background kat belakang yer.dia org sampai kul 11 mlm sampai2 aje terus jamu mulut sbb masing2 dah kelaparan jd aku pun tak sempat nak hidang bagai2 terus aku guna periuk nasib baik aku tak angkat dgn kuali sekali.aku benarnya tak sempat nak siap awal2 sbb kembar ni makin lama makin



esoknya hari jumaat bersempana cuti krismas tu pulak aku bawak gi jln kat Tesco Cheras sbb nak cai belon utk besday kembar dr Tesco Hairul@ayah chik ajak gi Jusco lak.ja aku bawaklah gi Jusco tp masa tu dah takde mood dah sbb perut dah nyanyi2 lagu keroncong jd utk memudahkan keje blk dr Jusco aku singgah kedai mamak beli lauk aje kan senang citer(tengok aku bukanlah rajin mana pun tetamu dtg pun main beli kat kedai mamak aje abis klu aku masak kat umah sape lak yg nak drive bwk dia org jln) blk umah mkn2 dulu.abah tak ikut masa keluar pg tu sbb dia ada order msk kenduri(bese abah ada bawak balik menu2 yg kenduri tu tp kali ni satu pun takde tu yg aku kena beli kat kedai mamak tu)

alisya dgn nenek kat dlm Jusco Maluri

ptgnya lak papa@tok kie ajak gi Plaza Low Yat maka berangkat lah kami 2 buah kete satu abah bawak satu lagi hairul bawak tp aku kena jd pemamdu pelancong kat dlm kete Hairul takut2 tersesat(yelah jln KL ni bkn blh buat kira klu lampu dah merah yg belakang kena tinggal lah)oppss..gambar takde sbb duk berkejar dgn kembar yg langsung tak mau org pegang aku kadang serik klu gi tempat mcm ni bwk kembar ni.

OTW blk dr Low Yat singgah mkn kat Restoran Tupai-Tupai ada org pernah dengar tak restoran ni terletak kat sebelah istana-jln istana.tp bkn makan tupai lah mkn mcm bese aje .restoran ni beso sgt tp penuh gak waktu kita org dtg sampai takde parking.dia byk hidangkan steamboat tp kami pilih ala carte.masa duk mkn kat sana terasa mcm duk kat studio gamba aje sbb tak berhenti aku dengar klik..klik...klik...pastu lampu flash lg termasuklah family aku dan aku pun tumpang sekaki kira nya restoran ni klu sesapa nak dtg semata2 ambik gambar rasanya blh kot.betul2 sebelah dapur restoran ni ada bangunan persatuan wartawan malaysia.

ni lah menu yg aku order sbb org lain susah benor sgt nak order org tu tunjuk org ni..org ni tunjuk org tu cuma air masing2 pikir nak minum apa.aku mkn semua jenis lauk yg di order blh tahan(tau kenapa aku mkn semua jenis lauk tu sbb nasi aku semua adik dah ambik sikit pun tak bg kat ibu kesian ibu tak dpt mkn nasi tau adik dah besar nanti jgn buat perangai tamak mcm tu ya) tp aku rasa lagi sedap mkn kat Cerana itu aku lah org lain tak tau lah.

Menu kat atas
*Siakap masak steam tom yam
*Chicken Lemon
*Kailan ikan masin
*Sharkfin soup
*Sotong masak bercili
*Daging lada hitam
*Butter prawn

sementara tunggu hidangan sampai posing2 dulu.tengok background restoran ni ada ala2 hotel pun ya.kat depan di letak patung tupai dan bawah patung tu ada 2 ekor tupai hidup dan bawah lagi ada sekor iguana.




ni kira pintu masuk atau hadapan restoran kira mcm mini taman lah penat mkn rehat jap sbb ramai nak posing2 depan restoran termasuk 3 ibu ni.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net