SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Dec-2009 00:48 Email | Share | Bookmark
BINGKA SUJI,BAHULU GULUNG & CHOCOLATE BANANA CAKE

 
 
 
 
Salam semua mood ok sikit ari ni
nak abiskan xtvt xperimen aku minggu lepas dan aku nak war2 kan pd semua kengkawan cubalah resepi kat bawah ni memang tak rugi sedap giler youu..eh jgn jd giler dah ler yer.siap promo lg tu.seme resepi yg mudah sesangat org kata pejam mata pun leh buat kata org lah tp aku buka dua2 mata he..he..

Kes aku buat bingka suji sbb nak perabiskan tepung suji yg dah betapa dlm peti ais sejak puasa ari tu.Aku pernah tengok kak long bawak kueh ni gi umah sujah(makcik aku lah) ari tu tp langsung tak ambik pun sbb byk sgt mknan nya jd tak tau lah rasanya jd dah alang2 aku ada tepung suji aku pun selongkarlah dapur kak long sure jumpa punya so layan lah kueh ni seme puji sedap oooo tp ingat mesti potong sewaktu kueh ni betul2 sejuk jgn jd mcm aku baru msk aje terus poton(bkn aku nak mkn tp abah yg tak sabar nak mkn dek tergoda dgn bau nya itu)aku buat ni klu tak silap isnin lepas kot kul 1 pg baru siap bakar jd pg masa nak gi keje kueh dah sejuk jd leh lah bawak bekal he..he..sedap...yum..yumm..

Quote:
BINGKA SUJI
Sumber: Norzailina Nordin
copy mamawandiha.fotopages



Bahan2
5 biji telur (MaDiHa guna gred A)
180-200 g gula kastor
250 g tepung suji
300 ml santan (dari 1 biji kelapa) (MaDiHa guna 200 ml santan kotak dilute dgn air menjadi 300 ml-ibu ikut madiha)
100 ml susu cair
6 helai daun pandan, hiris halus & dikisar dengan 100 ml air untuk jus pandan (air tu.. bukan air yg 600 ml tu tau!) -ibu cuma guna pandan esen+warna hijau +air kes takde daun pandan
600 ml air
½ camt garam
140 g marjerin
50 g tepung gandum
1 camt vanila

Cara membuatnya:
1. Alas loyang 25 cm dengan foil. Lengser sedikit marjerin.(MaDiha guna loyang saiz 23 cm tanpa alas cuma lengser dengan marjerin sekeliling loyang)
2. Pukul gula dan telur hingga sebati. (MaDiHa pukul dengan garfu aje.. )
3. Tuang adunan telur ke dalam kuali, masukkan suji, susu cair, santan, jus pandan, garam dan air.
4. Kacau rata di atas api sederhana hingga pekat.
5. Ketepikan dari api, campurkan marjerin, tepung dan vanila. (MaDiHa ayakkan tepung sikit demi sikit terus ke dalam kuali sambil dikacau)
6. Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang.
7. Bakar selama 1 jam dengan suhu 200C atau hingga keemasan. Gril sebentar biar permukaannya nampak garing (jika membakar api atas dan bawah, masa memasak singkat dan atasnya akan keperangan). (MaDiHa bakar selama 45 minit api atas bawah dengan suhu 200C kemudian turunkan suhu oven kepada 170C selama 10 minit ~ jangan lupa pusing2kan kedudukan loyang dlm oven setiap 20 minit supaya kuih masak serata dan tak garing sebelah-ibu ikut cara madiha gak


Udah lama ku mencari dan mencari baru skrg ku temu resepi ni.dulu2 masa mama buaht kueh jual ada gak lah mama cuba buat bahulu gulung ni tp manis sgt mungkin guna resepi bahulu yg tradisional jd gulanya byk tp kami adik badik telan gak.mama masa muda2 dulu suka masak mcm2 resepi dan kami adk beradiklah yg jd tukang mkn yelah masa tu bukan nya mcm skrg main order aje.duduk pun kg aje aku selalu jd asst mama klu dia nak masak apa2 kueh tp yg paling aku tak suka klu mama suruh aku jaga adik dan mama masak(aku tak suka sbb tak leh nak tengok apa mama masak bkn tak suka apa)ehhh...apa lak melalut zaman kecik2 ni.ok balik pd cerita asal ni ler aku tengok cik mat gebu buat so tanpa berlengah lagi aku pun buat mlm tu gak klu tak silap ari selasa kot.sedap dan cepat kenyang klu mkn bahulu ni.Resipi mat gebu ambik dr "Ayin Yin" dari blog "Manis Manis.., Bahulu dia kurang manis dan sedap bila dimakan bersama jem atau isian yang kita sapu tu. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi

Quote:
BAHULU GULUNG
copy mat gebu



BAHAN-BAHANNYA
5 biji telur gred A
100 g gula pasir
100 g mentega, cair dan sejukkan
1/4 camca teh vanilin@1/2 camca teh esen vanilla
75 g tepung gandum*
25 g tepung jagung*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan diayak)
Jem kegemaran secukupnya (mat guna "strawberry filling-ibu pun guna filling strawbery gak)

CARA MEMBUATNYA
1.Lenser tin 12 inci x 12 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C.
2.Putar telur, gula dan serbuk vanilin hingga kembang dan pekat, gunakan kelajuan tinggi. Pada kelajuaan perlahan, masukkan tepung yang telah diayak tadi. Putar rata.
3.Tuang mentega cair dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan.
4.Biarkan sejuk sebentar dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak. Sapu jem kegemaran dan gulung kemas. Potong sebelum dihidangkan


ni lak kes apa ye???alah saje tangan gatal nak cuba aje lepas aku tengok namanya sama mcm choc banana cake ala2 secret recipe tu jd aku pun tengok ingatkan sama rupanya lain pastu kak nor ckp buatnya senang godek2 aje tak yah guna mixer ke apa ke benda(aku memang suka resepi mcm ni sbb klu main godek2 ni kembar tak minat sgt nak tengok klu guna mesin mulalah dia pun sibuk gak)mamafami dan alongroz juga pernah mencubanya jd aku buat ari ahad lepas kan abah ckp nak bawak tamu blk mkn kat umah sekali tak jd tp tak apa nanti kek ni aku bagi kembar bawak bekal he..he..
komen utk kek ni gebu sgt senang sgt sedap sgt mcm mkn kek pisang samudra tu ada gak rasanya jd cubalah...

Quote:
CHOCOLATE BANANA CAKE ~ source of Joy of Baking
copy secubitgaramnor67.blogspot



Ingredients :

2 cups (400 grams) granulated white sugar
1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
3/4 cup (75 grams) cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs*
1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)*
1 cup (240 ml) warm water*
1/2 cup (120 ml) milk
1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
1 1/2 teaspoons vanilla essence

bahan bertanda * ibu masuk blender aje bg sebati baru campur bahan lain

Method :

1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
7. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.

lihatlah kegebuan kek ni sedap...


t.q


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net