SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Dec-2009 00:26 Email | Share | Bookmark
TAKDE XTVT LAH.....MAIN BUAI AJELAH

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua
ingat nak update smlm tp fp buat hal jd masuk ari ni ajelah
ari ahad lepas kembar dah bosan duk umah ajak gi jln2 memula abah nak ajak main beskal kat taman pastu mcm nak ribut aje abah cancel tp ibu dia ni kesian tengok anak dah bosan kena kurung dlm umah bawak turun bawah tengok org main bola.tetiba abah ajak round sambil isi minyak kete(abah dah tau dah memang dia yg kena isi minyak kete sbb ibu ni reti bawak kete aje bab isi minyak slalu ckp duit kurang he..he..sbb tu abah ckp duit gaji ibu memang tak leh byr apa..ade ke patut padahal ibu ni memanjang tak cukup duit) gambar bawah ni main buai kat tasik permaisuri.gi round dekat dgn umah yg jauh2 lengkali ajelah tu pun dah nak maghrib dah







XTVT Awal Muharam




krimer yg madiha buat sedap tp manis sikit lah.gambar atas ni masa kita org duk lepak2 umah sujah umah sendiri mcm srang burung jd gi lepak umah sujah lah yg ada tanah he..he..pastu sujah ajak tebang pokok pisang.rezeki jgn di tolak dapatlah sikit sorang.


tak tau nak mkn apa jd buat lah mcm ni sedap gak.bese lah klu bab menambah berat badan sedap aje


menu ari ahad.ingat abah bawak balik tamu sekali tak jadi.aku siap buat air yg tengah glemer air jimi asmara lagi tu.
resepi Kak Ann@MYR aku lak copy dr ummizaihadi-homesweethome.blogspot.katanya, ala-ala minuman Fanta or Mirinda hijau tu tau so nak cuba gak memang ler sedap sesuai klu minum ari panas2 tp skrg musim hujan panas

Quote:
Air Jimi Asmara
Bahan: ( 1 jug/ 4 - 6 orang)
4 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar oren sunquick (jangan terlebih, nnt x jadi lak)
1 sudu kecil esen pisang (banana essence)
beberapa titis pewarna hijau
Air masak putih secukupnya
Ais ketul
Cara Menyediakan:-
Masukkan gula dalam jug. Larutkan dengan sedikit air panas.
Masukkan oren sunquick, esen pisang, pewarna hijau dan air.
Kacau sebati. Masukkan ais.
Siap untuk diteguk



Sarapan di pg ahad
Resepi roti jala ni Ummi ceduk dari dapur Ratna @ CikBawang. ibu lak copy dr dapur ummizaihadi
Buat setengah adunan aje tp tak mau jadi jala nya sudahnya jadi lempeng tp memang sedap woo..cicah lak ngan kari ayam yg siap2 beli kat kedai mamak he..he..ni kira betul2 malas lah ni.

Quote:
Roti Jala

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.



Quote:
Pajeri Nenas
copy box house

Bahan A:
1 biji nenas mengkal, kupas dan potong kecil
2 biji cili merah – potong sesuai rasa
1 biji bawang - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 cm halia - dihiris
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu kecil udang kering – rendam dan tumbuk lembut
2 sudu kecil biji sawi
1 1/2 sudu besar Cuka
Air
Gula dan Garam secukup rasa

Bahan B - Penumis:
1 batang (anggaran 2 inci) kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakannya:
Rebus nenas hingga layu. Saringkan airnya.
Tumis B hingga wangi dan masukkan bahan hiris, serbuk kunyit, biji sawi, udang kering dan tumis hingga keperangan.
Masukkan nenas, cili dan sedikit air, biarkan mendidih.
Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya.
Renihkan sebentar sebelum dihidang




Quote:
TALAM SUJI
copy madiha

Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula merah
garam

Cara:
1. Bancuh bahan lapisan bawah hingga rata. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk (aku guna kuali) dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat. Kacau gunakan whisker utk dapatkan hasil kuih yg licin & halus (tak berketul2).
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Masak gula merah dgn 1 cawan santan sambil dikacau2 hingga gula larut. Tapiskan. Adunkan semua bahan2 lapisan atas & lebihan santan tadi hingga rata.
4. Masakkan sekejap hingga naik wap dan akak pekat dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan dan potong





dah masak byk tamu yg di tunggu tak jadi dtg jadinya aku buat nasi goreng pas tu bg kembar buat bekal sekali dgn kueh.siap pengasuh kat situ ckp sedap betul nasi goreng tu semua budak kat situ suka.hai masak bodo2 pun sedap klu msk betul2 tak sedap pulak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net