Want your
own Fotopage?







 

SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-Dec-2009 01:18 Email | Share | Bookmark
SEPANJANG MINGGU LEPAS

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam
Tak yah ckp byk lah
tengok apa aku masak minggu lepas
tak tau nak masak apa
jadi ini ler hasilnya
angin malas dah dtg melanda diri ku ini
komen utk semua mskan kat bawah memang ler sdap bukan nak puji diri sendiri tp memang kena dgn tekak aku ler

Quote:

Menu ari sabtu
*Daging Masak Hitam
*Udang Sos
*Lemak Kuning Taugeh dan Tauhu


Resepi kemudian malas nak taip lah resepi ambik dr majalah mingguan wanita
Bahan2
1 kg daging(dipotong nipis)
3 ulas bwg merah(dihiris)
2 ulas bwg putih(dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
minyak masak
1/2 cawan kicap pekat
20 biji cili kering -dikisar
air asam jawa
garam

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar-ibu tambah

Cara
Daging direbus hingga empuk bersama bahan kisar
Bila dah empuk masukkan kicap
Tumis bunga lawang kulit kayu manis bwg merah,bwg putih yg telah di hiris hingga garing masukkan cili kisar
akhir sekali masukkan daging yg direbus,air asam jawa dan garam secukup rasa
Biarkan mendidih.apabila sudah masak @ kering blhlah di hidang

*Cara ibu buat
~Daging direbus dgn garam sehingga empuk-
PETUA DI DAPUR(MW) ~Rebus daging menggunakan segegam beras pulut insyaallah daging akan
mudah empuk.Bila daging dah empuk tos kan dan sedia digunakan.

~Hiris daging mengikut kehendak sendiri kemudian tumis bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan kisar bersama dgn cili giling kemudian masukkan daging dan kicap.Perasakan dgn air asam jawa dan garam masak sehingga air kering sedia dihidang dgn nasi putih



Bahan2
10 ekor udang
1 ulas bwg putih cincang
1 labu kecil bwg besar-dadu
2 s/b sos cili
1 s/b sos tomato
garam & perasa
1/2 cawan sayur campur
sedikit air
minyak utk tumis

Cara
panaskan minyak tumis bwg hingga wangi masukkan sos kacau sekejap kemudian masukkan udang dan sayur campur.jika terlalu kering masukkan sedikit air masak sehingga udang masak atau kuah pekat.sedia utk di hidang


Bahan2
1 mangkuk taugeh
4 ketul tauhu cina(tahu yg biasa buat mee kari)
1 cawan santan pekat
5 ekor udang sebagai perasa
1 biji cili besar potong pjg buang bijinya
1 labu bwg besar potong baji
garam dan perasa
jika mahu kuah lebih blh tambah air

Cara
masukkan kesemua bahan kedlm periuk buka api yg sederhana dan sentiasa kacau supaya santan tak berketul.bila dah mendidih tutup api dan sedia dihidang



Quote:

Sarapan pagi ahad
*Nasi Goreng Ikan Bilis
*Daging Dendeng Bercili


Bahan2
1 mangkuk nasi
2 ulas bwg putih-tumbuk
2 biji bwg merah-tumbuk
2 biji cili api-tumbuk
2 s/b ikan bilis yg telah di mesin kasar
garam
1 s/k kicap sotong @ sos ikan pun boleh
minyak utk tumis

Cara
Panaskan minyak tumis bwg hingga naik bau kemudian masukkan serbuk ikan bilis goreng hingga garing kemudian masukkan nasi,garam dan kicap gaul rata.tutup api sedia di hidang


resepi ni pun ambik dr majalah mingguan wanita jd kemudian bila senang baru masuk resepi
Bahan2
1 kg daging lembu yg tidak berlemak
250 g cili merah
3 ulas bwg putih(dimyg halus)
6 ulas bwg merag(dimyg halus)
1/2 cawan gula merah(utk di campurkan dgn gula putih bg menghasilkan warna coklat) ibu guna gula putih aje
sedikit kapur

Cara
Daging dibersihkan kemudian di gaul dgn garam dan rebus hingga empuk
Hiris nipis2 daging tadi
kemudian goreng hingga garing ketepikan
Cili merah di buang biji di tumbuk kasar bersama bwg merah dan putih.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan gula biarkan seketika
Kemudian masukkan daging yg telah siap di goreng tadi gaul rata sedia di hidang

*Note guna daging yg sama rebus dgn daging masak hitam kat atas.Petua rebus daging kat atas memang betul2 tak tipu tau.Ibu rebus dlm 1/2 jam guna api perlahan aje.


Quote:

Menu ari ahad
*Hati Masak Kicap
*Kacang Goreng
*Kerabu Sotong
*Kerabu Perut(jiran bagi)


Bahan2
300g hati lembu potong dadu besar dibersihkan dan di tos

Bahan tumis
1 btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang

5 ulas bwg putih - mesin
1 biji bwg merah-mesin
1 inci halia- mesin
1 s/b rempah sup
sedikit air

minyak utk tumis
1/2 cwn kicap pekat @ kicap masin
sedikit gula sbg perasa jika mahu
5 biji cili api tak perlu potong
1 labu bwg besar potong bulat

Cara
Panaskan minyak tumis rempah kasar dan bahan mesin bersama rempah sup masukkan sedikit air supaya rempah td rata masaknya
Bila rempah dah pecah minyak atau garing masukkan hati lembu yg telah siap dibersihkan gaul rata
Masukkan kicap ,gula dan garam jika menggunakan kicap pekat masak sehingga hati td benar2 masak
Kemudian masukkan cili api dan bawang gaul rata
Tutup api sedia di hidang bersama nasi panas


Bahan2
10 ekor sotong sedan di rebus dan di potong
2 biji tomato potong dadu
3 biji bwg merah di mayang
5 biji cili api di mayang
gula
sos ikan
cuka

Cara
gaul kesemuan bahan dalam satu bekas dan perasakan dgn gula dan sos ikan.sedia di hidang

*Note-sedap rasa masam2 masin2 manis2 pedas2 klu ratah mcm tu pun sedap


Kacang panjang goreng berkunyit,main campak2 aje lepas tu campur lah dgn kepala sotong yg buat kerabu tu abis citer


ni lak jiran sebelah bg tak tanya lah resepinya tp rasanya lebih kurang mcm resepi yg lain gak



Quote:

Pencuci mulut buat masa blk kg ari tu ikut arahan pd paket tu aje cuma curah coklat ganache kat tengah2 tu


Bebola Coklat
~aplikasi dr kek span yg tak jd masa buat cho banana cake cuma cairkan coklat mskan pastu campur majerin hancurkan kek span pas tu bulat2 golek dlm coklat rice


Quote:

menu ari khamis rasanya tak tau nak msk apa last2 dpt idea grg macaroni guna sos BBQ

Bahan2
Daging di potong slice diperap dgn serbuk bwg putih campur dgn sos BBQ-perap dlm 1/2 jam

1/2 cawan macaroni di rebus hingga lembut dan di tos kan

Tumis bwg merah masukkan daging yg telah di perap masukkan air supaya daging empuk bila dah agak kering air dan daging dah empuk masukkan macaroni kacau rata sedia di hidang



Quote:

BASIC MUESLI SLICE
copy midza @ arohamizwa.blogspot

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya) -ibu guna bubble rice aje
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (i used badam)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka) - ibu guna mix fruit
1/4 cawan coklat chip (optional) - ibu letak 1/2 cawan coklat rice
150 g mentega
1 camca mentega kacang(x bubuh)
1/2 cawan madu bijan (teman saje tambah) -ni pun tak letak
1/2 cawan gula perang -ibu tambah
1 s/b madu-ibu tambah

CARA MEMBUATNYA
Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....

*Note jgn over bakar nanti akan rasa pahit dan kismis jd keras


t.q bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net