SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Dec-2009 03:30 Email | Share | Bookmark
XTVT HUJUNG MINGGU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
salam

citer hujung minggu takde citer lain.layan aje lah...
kakak dgn adik rambut baru potong ada perasan tak??aku yg potong sendirik lawak tul abah ckp aku punya tangan takde seni.he..he..memang tak seni pun.


Gi main beskal kat tasik titiwangsa punya ler ramai giler org jgn kata nak parking kete nak lalu pun jam tp abah kan pandai bab cilok2 tu yg dpt gak parking dan main beskal

OTW nak blk umah jln jam jd abah tukar arah ke tasik perdana lak so layan kembar main kat situ lak.

ole2 dr ms wong.thank ms wong

Dah lama nak cuba buat baked sandwich ni sampai naik hancur dah roti yg aku bakar tu sbb jap alih sana jap alih sini.last2 sabtu baru ni aku buat ler drp roti tu hancur mcm tu aje sbb dah berbulan aku bakar dr mula madiha buat konon simpan dulu nanti dah ada cheese baru buat bila cheese dah ada kat umah angin malas pulak dtg.cuma minggu lepas aje ada sikit angin rajin memang sedap klu mkn baru msk asa cruk crap..gitu.copy resepi madiha aje ni.klu nak tengok detail cara bikin gi tengok dapur madiha ya....
Quote:

BAKED SANDWICH
copy mamawandiha.fotopages

Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ibu guna pizza topping cheese

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan


Duk terliur tengok umah kwn2 jd buat ler gak smlm tp sakitnya ati roti ni tak mau naik2 entah apa mslhnya jd dlm duk sakit ati tu aku bahagi2 kan aje.biar dlm loyang pastu tinggal aje kat dlm oven klu tepung ni naik maka aku akan bakar klu tak naik2 sampai sudah aku campak aje dlm tong.td pg masa duk kemas dapur tengok ada naik sikit jd aku bakar ajelah.sedap gak klu jd mcm org lain buat lagi sedap.lain kali aku nak buat lagilah.t.q pd sudi kongsi resepi ni
Quote:

COFFEE BREAD by Ayin Yin (amik kat rumah MamaFaMi)
copy secubitgaramnor67.blogspot.

190 g high protein flour (I used multipurpose flour)
50 g sugar
2 g salt
6 g instant dried yeast
1/2 teaspoon bread improver
1 egg yolk
50 g fresh milk
12 g instant coffee (I mixed 2g nescafe granules with 10g hot water)
60 g water roux
1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added) *
30 g butter

Method : (Breadmaker method)
1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.
2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.
3. Set the Breadmaker to Dough function.
4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough 35g portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
6. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.
7. Leave to proof till double the size.
8. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
9. Once out of the oven, brush with butter.

WATER ROUX
Source : The Wandering Gourmet
(Yields about 520g Water roux)

Ingredients :
50g flour
250g water
1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.
When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.



Daging korban yg pertama ku terima lepas blk dr kampung.awal2 pg lagi kak ani dtg ketuk pintu umah nak bg daging korban.ada ler satu bekas aiskrim yg beso tu.masa tu peti dah penuh sarat dgn brg yg buat blk dr kampung jd tak mau rosak blk keje aku rebus dulu daging.ari yg aku amik mc minggu lepas tu aku pulun lah msk serunding ni.kira pestime buat dah tu seme puji sedap sbb masa tu aku mkn pun mcm takde perasaan mulut tak rasa apa jd kat jiran2 pun aku bg rasa sbb takut tak jd tp alhamdulillah jd tima kaceh mama bg resepi ni


Quote:

SERUNDING
sumber-mama

Bahan2
1 kg daging direbus kemudian di siat2

Bahan dikisar
2 biji bwg besar
10 biji bwg merah-klu guna bwg merah aje pun lagi sedap
10 ulas bwg putih
3 btg serai
3 inci halia

bahan lain
1 senduk cili giling jika mahu pedas blh lebihkan
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 cawan gula merah/hitam@1 ketul gula melaka-ibu guna gula melaka.
garam dan perasa
2 bungkus kecil pati santan@2 cawan
3 btg serai-diketuk

cara2
masukkan kesemua bahan sekali harung dlm kuali kemudian kacau sekali sekala sehingga kering.kemudian gunakan api yg paling kecil utk keringkan sehingga jd seruding.mkn masa dlm 4-5 jam juga.

*ibu buat sekerat2 bila dah betul2 kering mcm gambar kat atas tu tutp api pastu sambung lagi masak esok duk ulang 3 hari gak sampai betul2 jd serunding.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net