SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Dec-2009 01:48 Email | Share | Bookmark
MINGGU SAKIT DAN TAKDE MOOD

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua

Ari ni aku senang sikit Ms Wong dah blk dr Gold Goast dan bg aku satu beg buah tangan ada coklat ada cream kecantikan ada apa lagi nantilah aku buat next n3 ya.
Bila dah ada geng ni barulahlah opis ni tak sunyi sbb ada kwn sembang ada citer mcm2 dan aku pun tak teruk sgt busynya.
Ok bawah ni menu minggu ni ler aku tak tau nak msk apa sebungkus mee mkn 2 ari jimat2 he..he...

Menu hari Isnin

Menu hari Selasa

Smlm punya projek sbb aku nak tengok kebenaran water roux ni makanya aku cuba buat guna resepi roti lain dan kebenaran terselahlah memang lembut tau..memula blk keje aku buat dulu water roux ni nanti senang nak bancuh roti
Quote:

WATER ROUX
Source : The Wandering Gourmet
(Yields about 520g Water roux)

Ingredients :
50g flour
250g water
1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.
When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.


lps tu aku pun mula ler membuat adunan roti yg agak mudah sedap dan senang ni.

Quote:

ROTI PUTCHI KENTANG
Copy damiacyan.multiply

Bahan-bahan ( menghasilkan lebih kurang 10 biji bun )
·200 gram tepung roti
·4 gram yis ( lebih kurang 1 sudu kecil)
·80 ml air suam (ibu masukkan sedikit demi sedikit)
·1/2 sudu kecil garam
·30 gram gula
·40 gram butter atau marjerin
·1 biji telur
*3 sudu besar water roux-ditambah

·*untuk inti kentang*
·1 biji kentang direbus dan dilecek+ 1 sudu besar mayonis dan sedikit lada sulah.
.dry oregano utk di tabur kat atas roti klu takde pun takpe

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan di dalam mangkuk adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
2.perap sehingga naik dua kali ganda, kemudian tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagi doh pada 10 bahagian kecil dan biarkan 8 atau 10 minit.
3.bentukkan doh bentuk bujur dan potong tengah-tengah doh dengan pisau dan isikan inti kentang tadi. Taburkan sedikit oregano atau pun hirisan daun pasli. biarkan selama 40 minit baru dibakar. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit ataupun sehingga permukaan roti menjadi perang.
4.Boleh juga dibentuk bulat, letak isi kentang dan gunting permukaan atas doh ( bentuk X)
5.Sejukkan atas redai dan amat sesuai sebagai breakfast ataupun minum petang. Selamat Mencuba kawan-kawan. nnt dah try hantar report ye.


Choc Banana cake ni dah lama ngidam dr tengok kat dapur kat waty pastu tengok kak ziela buat dan yg paling aku tak tahan bila aku tengok midza@ Koi buat.Smlm aku sms dia tanya cm mana dia buat tunggu punya tunggu takde reply pastu ptg dia call punyalah pjg cerita.dah tak cukup ngan tu aku call lg pastu masuk chart kat facebook lg.punyalah semangat nak buat.Jadi smlm buat lah gak memula ingat nak buat kek span dulu mlm ni baru buat choc mousse tu tp klu dah ati ni duk pikir pasal kek ni aje.aku pun buat ler gak mlm td sampai lah siap tp punya lah leceh nak buatnya klu tak sabo mau aje aku tinggal tp sabo2x.dah lah dua kali buat kek span nya kes masalah teknikal mcm mana aku tak perasan oven tu cuma psg api atas aje.adoiii....tu yg kena msk 2 x hu..hu..tak tau lak aku yg buat oven mcm tu kembar yg gatal tangal gi pulas oven tu.Kek ni siap kul 1.30 pg tau dah tu aku dah salah step lak kes tak nampak step yg kena msk peti padahal midza dah pesan kat aku supaya simpan dlm peti dulu tp dlm kepala ni duk pikir aku nak rasa gak kek ni pg ni jd sepotong bawah tu aku mkn buat sarapan kat umah sambil kemas2 beg kembar gosok baju sambil cuci alatan2 yg aku tak basuh lg yelah dah pg mata dah ngantuk dah tu yg tinggal dulu.


CHOCOLATE BANANA CAKE

Copy kak waty-Damira fp

Chocolate Sponge cake
Bahan A 3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa aje)
1 teasp. vanilla essence

Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.

Bahan C

3 1/2 biji putih telur size A (atau 4 1/2 biji putih telur size sederhana)
1/4 tsp Cream of Tartar
60 gm. gula kastor


Cara-caranya:

(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu.( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 175C lebih kurang 50 mins atau sehingga masak.
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.



Chocolate mousse:

250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal(ibu guna Nur punya brand).Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat.(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur)
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas-takde nescafe guna 3in 1 coffe)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer ( Saya gunakan chocolate emulco aje-ibu guna sama kak waty gak)
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal

Cara-cara membuat chocolate mousse:

(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.)
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.


Chocolate Coating

35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream ( saya gunakan non dairy whipping cream sebab kehabisan dairy whipping cream)
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter

Cara membuat Coating untuk kek:
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.


Buah tangan dr Tn Wong bg pd Abah.benornya anak tn wong yg bawak blk dr Dubai dia selalu keluar negara


ni ler kurma dr Dubai dlmnya ada walnut sedap ooo sblm ni bos aku dah pernah bg rasa mkn kurma ni sedap.Bln lepas dia melancong kat Dubai tp adelah bg sikit sorg kan ramai staff klu bg sekotak nanti tak larat lak dia nak bawak.smlm abah buat blk sekotak baru ler puas aku mkn.

bye..bye...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net