SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Dec-2009 04:59 Email | Share | Bookmark
Cheesecake,Kek Buah dan Kueh Belimbing

 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Rasa ok sikit ari ni tp tetap sakit pala cuma kurang sikit lah dari smlm.
ok kita strait 2 the poin lah nak citer pasal cheesecake lagi dah lama duk ngidam nak wat Oren Cheesecake ni akhirnya khamis lepas masa sekongkar peti ada ler jumpa oren sebiji pastu tengok whipping cream pun ada cheese pun ada jd apa lagi inilah masa nya.resepinya dah berkurun aku print skrg baru nak cuba.kak meen kita c&p aje ya(padahal memang slalu mcm tu)

Quote:

OREN CHEESE CAKE WITH CHOCOLATE GANACHE
copy Fp Jasmeen

Bahan2
250gm Cream Cheese
70gm Butter
120gm Fresh Cream or Whipped Cream
120gm Castor Sugar
60gm Corn Flour
30gm Superfine Flour
4 biji telur (asingkan putih & kuning)
1/2 s/k Cream of Tartar
2 s/b Oren Sunquick
1 s/k Esen Oren
Sedikit parutan kulit limau
** Nak guna lemon pun blh juga..tp jd Lemon Cheese Cake lerr)

Method
1- Pukul putih telur + cream of tartar sehingga gebu (soft peak)
2- Pukul Cream Cheese, Butter, Fresh Cream & Gula hingga gebu & putih..
3- Masukkan kuning telur, pukul sebati..
4- Masukkan tepung jagung & tepung superfine, kaup balikkan hingga rata..
5- Masukkan paste, esen & kulit oren, gaul rata..
6- Campurkan dgn adunan putih telur td..kaup balikkan sehingga rata..jgn terlebih kaup nnti kek jd bingka lak..
7- Tuang kedlm loyang yg telah digris & dilapik dgn kertas (lapik bhgn bwh & tepi jika anda tiada loyang spring from)
8- Bakar secara steambath selama 1 jam..bila msk biar sejuk didlm oven..& masukkan kedlm peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidang..)


ni ibu nyer tau..tak letak pun coklat ganache hiris oren pas tu letak filing lemon kat tengah best rasa masam2.Ibu buat setengah adunan aje sbb dah tau abah memang tak layan sgt klu jenis cheese2 ni tu pun lebih yg lain aku jamu ahli mesyuarat tangga klu simpan kat umah sape nak mkn

ni resepi coklat ganache yg kak meen guna klu sesapa teringin nak buat mcm kak meen.

Quote:
CHOCOLATE GANACHE
250gm cooking chocolate
150gm whipped cream
2 s/b butter

* Cairkan chocolate secara double boil..
* Didihkan wipped cream (guna api perlahan)
* Campurkan kedua2nya..kacau sehingga rata
* Masukkan butter (fungsi sbg. ejen pengilat)
Boleh la curah atas kek..


Kek buah ni buat ari sabtu ptg dlm duk fening2 tu aku godek kek buah ni lak sbb abah tetiba lak abis di selongkarnya oven lah peti sejuk lah cari kek.sbb mlm sblm tu aku ada buat cc CMC utk bg pd jiran sebelah ada lah dlm 50 biji pg2 blm org bangun lagi aku dah hantar kat umah kak ani bukan apa klu kembar dah bangun mesti dia nak.bkn nak mkn kek tp bc aku malas nak cuci tu yg anto pg2.dah bila abah tanya kesian lak.Bila abah keluar aku pun baking kek buah yg juga feberet abah ni buat lah jenis mcm mana pun kek buah ni mesti abah pulun aje.Aku punya lah semangat bakar kek buah ni tunggu abah balik dah magrib tak blk2 lg pelik bese klu abah turun bawah mesti blk waktu org azan blk solat dulu baru keluar blk ni tak blk2.aku tengok hp tak bunyi pun dah kul 8 mlm aku pun cal ler rupanya abah dah call aku nak bg tau keluar,cuma hp aku tu begong sikit slalu takde line.Kek tu abah buat supper mln tu kul 1 pg.

Quote:

KEK BUAH BERKEJU
copy http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
Bahan-Bahan:-
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g gula halus
250 g mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum* (yang berasingan dari tepung di atas ya..)
300 g buah2an campuran (mix fruit)* ibu tak cukup stok mix fruit jd letak 100g mix fruit+1 kotak kismis hitam Lego+150g kulit limau yg siap beli kat Wilton
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata) - akak x letak nih..anak2 xnak..ibu pun tak letak gak


Cara-Cara:-

Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan (*akak guna loyang 9 x 9 x 3 in)
Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata.
Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan.
Bakar 50 - 55 minit. (*Periksa dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak).
Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...


dpt sebijik besor kek ni tak rasa cheesenya tp sedap dan lembut.tak muak tapiiiiiii....he..he.. kek ni agak ler manis bagi ku tp abah idak lak komplen bese klu manis dia komplen.


Jumpa resepi kueh beimbing lagi lain dr yg bese buat so cubalah.Resepi asal dr Fa(sorry lah aku tak pernah kenal Fa ni) lepas tu Hana lak yg buat dan lepas tu Kak Ummi buat utk hidangan kawan barunya lepas tu apa lagi aku lah pulak mencuba utk bekpes pg minggu.klu kueh ni memang abah tak tolak punya dah jd kegemaran dia.Abah kan suka sarapan jenis kueh2 jd aku pun saje merajin kan diri buat kueh belimbing ni

Quote:

KUEH BELIMBING
copy http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
Bahan:- (lebih kurang 15 biji)

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telor
1 sudu makan butter/marjerin
1 sudu makan gula
sedikit esen vanila
*1/2 sudu kecik baking powder diayak bersama tepung(ni ibu tambah)
Cara-Cara:-

Didihkan air, gula, esen vanila dan juga butter. Sementara tuh, dalam mangkuk lain, pukul telor kejap.
Bila bahan tadi telah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau cepat2 dengan senduk kayu.
Kemudian masukkan pula telor dan kacau lagi cepat2 hingga betul2 sebati dengan tepung tadi.
Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan adunan ke dalam acuan/nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. Potong setiap 5cm. (*kalu ada acuan SAWA tuh, lagi cepat..akak guna acuan picit biskut dahlia tu jek..)ibu pun guna sarang dahlia gak dpt 18 ketul
Goreng dan balik-balikkan dan angkat bila kekuningan.
Biarkan kuih sejuk sebentar dan taburkan gula..Sedia untuk dimakan.


ituler xtvt masak hjg minggu ku yg lepas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IKLAN..IKLAN..IKLAN


PELBAGAI JENIS CHEESETART JIKA BERMINAT BOLEHLAH TEMPAH DI NO 019-9543616

HARGA SATU KOTAK RM17.50(25 BIJI SAIZ M)

PROMOSI JIKA ORDER 2 KOTAK RM30.00

HARGA AKAN TERTAKLUK PD HARGA BARANG SEMASA JIKA HRG BARANG NAIK MAKA HARGA CHEESETART JUGA AKAN DI NAIKAN

T.Q...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net