SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Dec-2009 04:50 Email | Share | Bookmark
DONUT PESONA & LAMB CHOP LAGI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua..

Minggu yg penuh kesibukkan
tiada teman di meja sebelah ku
sunyi sepi jd aku pasang aje radio klu tak rasa mcm kawan dgn antu aje dlm opis beso ni
tak tau nak ckp ape lagi otak dah penuh sarat
badan sakit2 nak kata demam tak deman tp badan ni mcm tak tentu hala aje sakitnya
nak kata adik nak jd kakak tak jugak
smlm jumpa doc sbb kepala dah sakit sgt tp sebelah aje klu masa solat tu nak sujut lagilah terasa sakitnya tp ku tahan gak solat tu kan wajib tu semua ujian allah
jumpa doc lagi semlm doc suspect aku kena amenia(kekurangan vitamin dan zat besi) ada kes mcm tu ke??? aku pun tak tau lah sebab klu tengok saiz badan memang sure bkn jenis kekurangan zat terlebih zat adalah tp simton yg doc ckp semuanya ada pd ku dan aku disarankan buat blood test nak buat smlm terus doc ckp opis hour aje jd lambat lagi ler...doc cuma bg aku vitamin aje.aku tak blh mkn pain killer pil klu mkn gak bertambah lah teruk(ada kemungkinan badan aku jd gini sbb aku ambik ubat tahan sakit yg doc sblm ni bagi)skrg semua ubat aku stop hanya ambik vitamin aje.takde apa nak ckp tp pjg gak taipnya jomlah layan apa lagi xperimen aku buat minggu lepas yg lemau itu

Donut yg aku buat ari aku ambik mc lepas.klu aku duk melepek kat tilam aje lagi lemau jd wat lah donut ni.tengok org lain mkn bukan main sedap lagi tp aku seme rasa hampehh..


DONUT PESONA
Sumber : Donut@myresipi.com

Bahan-bahan:

3 cwn tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair ( Rinn guna susu segar ) susu aegar gak
1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut BIOSTAN ( Rinn gantikan dengan bread improver)ibu pun ikut mcm kak rinn gak

Cara-cara :

1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian. (Rinn putar dengan mixer letrik jer.. )
4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

Donut Big Apple.niat ati nak buat mcm donat big apple ni tp klu dah mulut tak sedap mkn pun tak rasa apa buat lah lagu mana pun tetap tak sedap.

note-donut pesona ni memang sedap lembut dan rasa garing(ini klu mulut sedap lah)

Tak tau nak mkn apa dan masak apa buat lah gaya ala2 mata biru lak.menu ni masak sebelum balik raya haji ari tu.kambing tu abah punya ibu dgn kembar mkn ayam ler tp lupa nak ambik gambar jd tayang kambing lah


DADA AYAM BAKAR BERSOS BBQ BAWANG PUTIH
sumber TRY MASAK

Dada ayam - perap dengan sos perapan berlemon 2 jam (3 ketul)(Ibu gantikan dgn kambing yg siap perap beli kat Jusco)
2) Sos BBQ klasik (1 cawan)
3) Bawang putih - dibakar dan dicincang (3 ulas)
4) Thyme kering (1 sudu kecil)
5) Rempah all-spice (1 sudu kecil)
6) Serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil)
7) Garam (1/2 sudu kecil)
Mula-mula, bakar ayam yang telah siap diperap dengan sos perapan berlemon tadi di dalam ketuhar pada suhu 250 darjah celcius dengan kepanaasan maksimum selama 20 minit

Sementara itu, sediakan sos bbq bawang putihcampurkan sos bbq klasik bersama bawang putih, thyme, rempah all-spice, garam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati semua bahan dan ketepikan seketika.
Ketika ayam separa masak, keluarkan seketika ayam tersebut daripada ketuhar. Sadurkannya dengan sos bbq bawang putih yang dibuat tadi.
Apabila siap, masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar lagi dengan masa yang selebihnya sehingga ayam dan sos masak sebati.
Apabila cukup 20 minit, segera keluarkan dari ketuhar dan dada ayam bakar bersos BBQ bawang putih sedia untuk nikmati

SOS PERAPAN LEMON
sumber TRY MASAK

Air (1 mangkuk)
2) Jus lemon (2 sudu besar)
3) Gula (1/4 cawan)
4) Kicap cair (1/4 cawan)
5) Parutan kulit lemon (1 sudu kecil)
6) Garam (secukup rasa)

Caranya mudah saja, mula-mula campurkan sahaja air bersama gula dan garam. Kacau sehingga gula dan garam tersebut hancur sebati.
Kemudian barulah masukkan kicap, jus lemon dan parutan kulit lemon. Kacau sebati bahan-bahn tersebut.
Sos perapan ini sesuai digunakan untuk memerap ayam sebelum dibakar ataupun digoreng.
Selamat mencuba
ibu tak buat pun


SOS MUSTARD BERMADU
sumber TRY MSK
copy UMMIZAIHADI

2 cawan mayonis
1 cawan French Mustard (akak guna yellow mustard brand Heinz)ibu pun guna sama mcm ummi
1 1/2 cawan madu
1/2 cawan minyak zaitun
3/4 sk. cayenne pepper (akak guna serbuk lada hitam tu laa..)tak letak pun
1 sk. jus lemon
1 sk. bawang putih yang dicincang halus
2 sk. bawang besar yang dicincang halus
Cara Membuat:-
Campurkan kesemua bahan - mayonis, mustard, minyak zaitun, madu, cayenne pepper, jus lemon, bawang putih dan bawang besar. Kacau sebati semua bahan.
# Sos ini boleh bertahan lebihkurang 5 hari jika disimpan di dalam fridge. Sesuai sebagai pencicah filet ayam goreng, kentang wedges atau apa2 yang boleh disesuaikan dengan masam2 manis sos ni

MASHED POTATO
Sumber : NoorMasri

1 kg kentang
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus didalam air mendidih bersama garam sehingga empuk. Setelah empuk , toskan kemudian lenyekkan didalam periuk tadi ketika kentang masih panas. Letak kembali periuk diatas dapur dengan api yang sederhana sambil itu masukkan susu, lada hitam, mentega. Lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.

Bahan Sos:
200g tulang lembu (gantikan dgn kiub daging/lembu)
2 cawan air
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 batang carrot dipotong kecil
1 batang celery dipotong kecil
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk lada hitam

Tulang lembu dipanggang didalam oven sehingga perang kemudian direbus bersama carrot, bawang besar, celery dan lada hitam sehingga mendidh dan air menjadi berkurangan.
Tapis stok tersebut, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air dan kacau sebati. Didihkan selama 10 minit. Setelah agak pekat boleh lah dihidangkan bersama mashed potato

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

IKLAN..IKLAN...IKLAN..IKLAN...



PELBAGAI JENIS CHEESETART JIKA BERMINAT BOLEHLAH TEMPAH DI NO 019-9543616

HARGA SATU KOTAK RM17.50(25 BIJI SAIZ M)

PROMOSI JIKA ORDER 2 KOTAK RM30.00

HARGA AKAN TERTAKLUK PD HARGA BARANG SEMASA JIKA HRG BARANG NAIK MAKA HARGA CHEESETART JUGA AKAN DI NAIKAN


Order dr fazila dah kira regular customer dah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
XTVT KEMBAR HUJUNG MINGGU


klu ibu tak kemana inilah xtvt kembar



lain dr biasa sikit biasa masak nasi yg mcm2 ni nak lah rasa nasi briani yg glemer tu selalu sangat keluar kat tv.dah memang alang2 lalu depan restoran ni.klu tak besenya lalu aje.restoran ni duk areal permaisuri(cawangan)sebelahnyapun ada gak Bistro nasi briani lagi dasyat gaya nya tp masa dtg tu ada lak org duk setting stage utk function jd malas nak menyibuk tu gi kayu nasi kandar.restoran yg penuh dgn rempah lah.frame yg kat dinding tu seme dr rempah sampai aku mkn nasi briani pun penuh kais buang rempah ratus tp memang sedap lah mengikut kata kembar yg cerewet mkn tu.abah pun kata sedap hrg pun tak mahal mana. satu set dlm RM8 tp ikut lauk yg kita pilih lah




bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net