SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Dec-2009 02:18 Email | Share | Bookmark
MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE & AYAM PENYEK

 
 
 
Salam semua...

Last n3 utk xtvt masak2 kat kg masa blk raya haji.Disebabkan aku ni terlalu lah rajin mengankut brg2 dr umah semata2 nak buat baking di kampung jd last day nak balik KL pun aku sempat lagi baking marble chocolate cheese cake ni dan yg benornya nak perabih stok cream cheese yg aku bawak balik 2 ketul ari tu.seketul aku dah buat cream cheese utk carrot cake.n3 carrot cake aku tak masuk sebab resepi pun dah ada buat pun sebab mama beriya2 benor nak rasa mcm mana rasa carrot cake tu yg aku buat tu siap blh jamu sedara mara dtg beraya lagi sebab buatnya hari raya pertama org sibuk gi korban aku sibuk wat kek,buat cup cake lagi utk anak2 sepupu pun tak tayang gak.ehhh..dah melalut lak
Ni ha kek kat bawah ni aku masak dah kul 10 lebih rasanya nak balk KL kul 1 punyalah terkejor2 (sbb mulanya abah ckp nak blk kul 3 ptg kira sempatlah masak tp di sbb kan hujan yg tak behenti 2 maka abah awalkan takut jln tersekat).Aku buat 1 1/2 adunan dah lah buat byk dah tu guna bekas kecik habis tumpah seme pasal tu rupanya buruk mcm tu tp memang ler sedap sangat masa potong tu panas lagi tak sempat nak cantik2 bagai potong nak wat bekal dlm kete.jd dptlah mkn cheesecake masa tempoh jam yg berjam ari tu.terima kasih lah mamafami dan roylazim sudi kongsi resepi yg mudah ni.klu nak tengok gambar jelas gi kat umah mamafami ya

Quote:

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE (Roylazim)
copy mamafami.fotopages
Ingredients A :

180 g butter
20 g cocoa powder
170 g castor sugar (I reduced to 150 g only)
3 eggs
120 g self-raising flour
1 teaspoon baking powder

Ingredients B :

250 g cream cheese
60 g castor sugar
1 teaspoon vanilla essence
1 egg

Method :

1. Sift self-raising flour, baking powder and cocoa. Set aside.
2. Cream butter and sugar.
3. Add in eggs (ingredient A), one at a time.
4. Add in the sifted ingredients and mix well.
5. In another bowl, beat all ingredients in B till light.
6. Prepare a 7" tray, line with grease-proof paper. I used an 8" x 8" tray. Pour in one part of ingredient A's mixture into the tin. Spread evenly. Then pour the whole ingredient B's mixture on top and spread evenly. Finally pour the balance of ingredient A's mixture on top and spread nicely to cover the whole area.
7. Bake in a pre-heated oven at 160 C for 1 hour.


Nak mkn nasi ayam penyek tp tak dpt2 sampai meleleh air liur ni duk teringat2 aje.Jd sblm blk kg ari tu aku memang dah masuk mcm2 dapur cari resepi nasi ayam penyek langsung lah terjumpa kat umah juwita nun jauh di sana.mcm senang dan mudah aje bahan2 seme dah ada cuma rajin ngan malas aje.(tp aku klu tiap kali blk kg selalu rajin masuk dapur sampai dr pg sampai mlm hidup aku kat dapur aje sampai abah suruh aku tido aje kat dapur tu he..he..abah jgn ler marah)ok..ok..ni resepi masak bila yer dah lupa byk sgt xtvt masak nya tp klu tak silap mkn mlm ari sabtu kot.aku cuma buat ayam,sambal dan sup aje nasi guna nasi putih aje.senang citer tp ku letak lah jugak resepi nasinya mana tau kot2 ada yg teringin nak buat nasi sekali.yg menambahkan kesedapan ayam ni adalah sambalnya yg mengancam tu sampai menambah2 nasi tak hingat dunia ooo sedor2 nasi dah abis dlm periuk.ok jom tengok resepi

Quote:

NASI AYAM PENYEK
Copy Blog JUWITA

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu ada tempe aje yang dah tak berapa nak sara tapi blh lagi jln.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.(ibu cuma perap 4 jam aje tak sempat smlman pun)lagi sedap klu guna tepung gorengan serbaguna
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.

* 2 keping tahu – potong dadu
* 1 paket tempe – potong nipis
* Sedikit tepung beras.
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi-yg nie resipi ijan juga. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.

* 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
* 3 ulas bawang putih
* satu btg kayu manis
* dua biji buah pelaga
* satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
* sedikit butter
* garam
* separuh kiub pati ayam/daging
* 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam


Disebabkan kesedapan sambal tu sebelum balik KL pun aku sempat lagi buat sekuali sambal tu konon2nya kata mama dia nak buat stok utk beberapa hari tp aku tengok mkn nasi tengah hari tu pun dah separuh abisnya apa tak nya nasi putih lawan ngan kacang pjg grg lawan ngan kuah singgang ari hujan sejuk2 perut lapo mkn ramai2 sekali licin semua sampai mama kena masak nasi lain utk mariah(dia tak masuk team sbb gi KT masa ni)siap mkn solat seme nak gerak lah balik KL dan masa tu lah ku jatuh....dugaan..dugaan..ari ni dah ok dah cuma tak blh lah nak lompat2(aku nak lompat ke mana??bkn lompat2 lah tak blh diri lama2 rasa sengal2 kat belakang)

bye..bye


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net