SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Dec-2009 04:04 Email | Share | Bookmark
ITALIANO vs INDIAN

 
 
 
Salam semua ku kembali bersiaran ari ni(cehwah..mcm radio lak)

Ari ni nak tayang xtvt masak kat kg lagi.Roti prata tu masak utk sarapan santu lepas(raya kedua)buat 1 adunan aje kasi berebut baru best mkn lagi pun byk lagi mknan ketupat nasi ada ketupat daun palas pun ada.Lagipun aku wat roti prata tu sebab nak lawan dgn rendang ayam yg mama buat.rendang ayam tu benornya utk mkn ngan ketupat tp aku gatal nak cuba roti prata sebab madiha kata best lembut jd ku cubalah gak memang tak tipu sedap kena lak dgn rendang tu.Macaroni tu pulak masak utk dinner sebab mudah dan senang.kembar pun suka jd klu sesapa ada anak kecik blh lah masak resepi ni sebab tak pedas dan blh di pelbagaikan.

Quote:

Guratan Makaroni ( Gratin)
copy fp KMAL

makaroni - tak penah sukat kira ikut sedap tangan je , rebus sampai lembut dulu yek (ibu letak 1/2 peket)
500 ml susu
2-3 sudu tpg gandum ( 3 sudu keras dan boleh potong letak pinggan tapi lebih yummy klu lembik so guna dlm 1 atau 2 sdb je tpg gandum utk 500 ml susu)
bwn besar 1 labu
serbuk lada hitam (tukar lada putih)
garam gula sesedap rasa
udang or any other sea food kalau mau (letak seafood segera yg jumpa dlm peti mama bantai aje he..he..)
ayam pun boleh juga (tak letak)
karot or any other vege yang suka
cheese - cheddar/mozarella (guna slice cheese)

cairkan butter dlm pan then tumis bwg besar hingga naik bau...then masuk ayam/minced beef or seafood, kacau rata seketika then masukkan susu dan kacau rata*tambahan masukkan 3 kpg slice cheese . bancuh tpg gandum dgn skit air dan tuang ke dlm pan. perasakan dgn lada itam, garam, gula or any perisa yang nak letak. lastly masukkan macaroni dan kacau rata. tuang ke dlm loyang then tabur parutan keju samada mozarella or cheddar, klu malas amik je cheese slice tu taruk atas . bakar/grill dlm preheated oven at 180 for 10-20 minit.

ini recipe campak2 je.buat le camna suka hehehe



Quote:

ROTI PRATA KENTANG
copy Fp Madiha
Bahan2

Bahan:-
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan air (*akak kurangkan lagi..)
1 sudu teh garam
1 biji kentang russet ~ direbus dan dilenyek (kalau guna kentang biasa saiz kecik.. letak 2 bj)
segenggam daun ketumbar - dicincang halus (MaDiHaA letak 1 pokok jer tak sampai segengam pun) ganti dgn daun sup
1 sudu teh jintan (MaDiHaA letak ½ sudu kecik jintan biji)
1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaitun (guna minyak masak biasa jer)

Cara-Cara:-
1. Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.
Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian
4. Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau.
5. Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
6. Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun.
7. Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing.
**Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.

Note dari MaDiHaA: Waktu mencanai.. sapukan dasar talam dengan sedikit minyak masak, kemudian letakkan doh yg telah dimasukkan inti. Kemudian barulah dicanai. (sapu minyak supaya doh tak melekat pd dasar talam semasa kita nak angkat roti sebelum dimasukkan ke dalam kuali


itu ajelah n3 kali ni pendek sebab busy ni...report date line minggu ni hu..hu..tolong2 yg melambatkan report adalah ketidak balancean nya itu(ada ke ayat ni)bukan salah aku buat lambat

ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net