SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Nov-2009 01:10 Email | Share | Bookmark
SOFT PRETZELS

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam..

salah satu kueh yg aku suka sangat beli dekat Kiosk Ant Anne's tp rega dia mahal sgt jd skg bila lalu depan kiosk tu rasa meleleh aje air liur nak beli seketul mcm tak puas mkn dah tu tak termasuk nak beli yg ekor2 kat belakang lagi last2 buat tak nampak aje.Klu org ada anak kecik pun blh buat sebab klu tak sempat nak bakar @ canai masuk aje dlm peti tp mesti tutup kemas2.Lepas aku tengok kak rinn tayang pretzels dia semangat nak buat tu dtg lah kobar2.sblm tu dah tengok kat rumah hana.bila dah 2 x tengok ni kena buat gak.bila tengok 2 resepi tak sama jd aku pilih yg mudah sikit.hana punya lebih ringkas.Blk keje sampai umah terus aku bancuh(kena bancuh awal sbb nak tunggu naik kot lambat)lepas solat maghrib aku pun mulalah mencanai yg original tu kira bacth pertama.selamat sekali hadap aje.mkn panas2.nak teruskan mencanai kembar dah kalut nak buat sama last2 bila aku dah siap bahagi tutup bekas kemas2 masuk peti.dlm kul 10.30 kembar dah tido baru aku start balik tu yg jd mcm2 variasi tu.jd klu sape nak cuba buat sarapan pun blh masuk aje peti.lagi satu doh yg dah masuk peti lagi senang nak canai jd bentuk pretzels. dah byk lak citer jom tengok resepi

Quote:

SOFT PRETZELS
sumber hanamemories.blogspot & dr cikwan taiwan

Bahan-bahan
3 cawan tepong roti@high gluten flour@strong white flour
1 suduteh garam halus
1 sudubesar gula halus
1 1/2 suduteh yis kering
1 sudubesar butter cair
1/2 cawan susu segar (suam)
1 cawan air suam - hana ltk sket2 jerk tk semua (ibu pun wat mcm tu gak)
sebiji telor utk glis/garam kasar, biji bijan, gula+serbok kayu manis(i.e untuk taburan)
Cara-cara
Didalam mangkuk pengadun,ayakkan tepong bersama garam dan gula kemudian taburkan yis dan gaul rata.
Buatkan lubang ditengah dan masukkan butter cair, susu dan air. Gaul rata untuk menghasilkan doh lembut.
Tambah tepong sedikit2 jika perlu sambil menguli doh hingga kental dan elastik.
Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yang diglis sedikit minyak, tutup dengan plastik bersih dan biarkan ia kembang 2x ganda.
Tumbuk doh yang telah kembang dan bahagikan kepada 16 bahagian.
Uli tiap satu sepanjang lebih kurang 10-12inci(seperti tali). Ambil 1 tali, pegang kedua hujungnya dan jadikan seperti huruf U kemudian simpulkan@ silangkan saja hujungnya bersama dan letakkan
berlawanan arah, picit sedikit supaya ia lekat dan susun diatas loyang bakar.
Setelah siap tutup sekali lagi dan biarkan ia kembang 20minit.
Panaskan oven pada 200'c. Sapu atas pretzels dengan telor dan taburkan dengan hiasan kegemaran masing2. Bakar selama 15-20minit@ gareng atasnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya diatas wire rack.
Pretzels yang telah masak hendaklah gareng diluar dan lembut didalamnya

Tambahan utk memberi warna yg cantik pd pretzels(cilok dr kak rinn)
Untuk Dipping :
1 cwn air mendidih
1 sudu makan soda bicarbonate
panaskan 1 cwn air hingga mendidih dlm periuk kecil. Masukkan 1 sudu makan soda bicarbonate. Kekalkan didihan dgn api kecil. Rendam pretzel tadi dalam air soda selama 10 saat dan letakkan dalam loyang pembakar yg telah digris. Lakukan hingga habis

ibu buat mcm kak rin gak main celup aje tak didihkan air cuma guna air panas aje.



Quote:
Aku telah mempelbagaikan acesorinya






baru siap canai tunggu naik jap baru bakar.


2nd bacth baru masak.mulanya ingatkan susah nak buat rupanya tak susah mana.



Crunchy Cinnamon Roll buat lepas abis bakar pretzels.buat sekeping aje dpt 8 ketul dah sekali aku hadap aje rasa tak cukup pun ada nak buat lagi dah malas.lain kali klu rasa nak mkn blh buat lagi janji mesti ada stok roti prata kawan tu mesti jadik punya.mai tengok resepi yg senang bangat ni..

Quote:

CRUNCHY CINNAMON ROLL
Sumber Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA
4 keping intstant roti prata jenama "kawan" (jenama lain pun ok, janji bukan roti prata yg dah separuh masak)
1/3 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan)
CARA MEMBUATNYA

Bahagi roti prata tadi kepada 8 bahagian yang sama besar, tabur bancuhan gula dan serbuk kulit kayu manis tadi, rata2 atas roti prata.
Dengan cermat, gulungkan potongan tadi dari luar ke dalam (dari bahagian besar ke bucu tajam), alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven pada suhu 190C, selama 30 - 35 minit. Bila masak, alihkan segera ke atas jaringan untuk mengelakkan ia melekat di dulang pembakar.....

sedap sangat dan senang sangat nak buat.


bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net