SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Nov-2009 05:15 Email | Share | Bookmark
SHEPPERD PIE,EBI FRY,MUFFIN DAN POPIA ala VIETNAM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam..
Menu kat bawah ni seme aku masak satu hari ia itu ari sabtu lepas

Minggu lepas kak meen JHD ada tayang dia punya pai yg diberi oleh salleh.walaupun bkn kak meen buat sendiri tp aku pun terasa-rasa mcm nak mkn pai tu gak jd cari ler resipi sana sini sinun pastu jumpa kat dapur cekde sam yg dah lama sepi sejak balik malaysia agaknya dah tak jumpa dapur ni kot.mamafami pun ada gak resipi pai ni versi satu bekas beso tp aku cuba yg cekde punya nampak mcm ringkas sikit.

Quote:

SHEPPERD PIE WITH PASTRY
sumber mamaera.fotopages @ cekde sam

Bahan untuk Pastri:

500g Tepung gandum
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur
1 tsp Esen Vanila (tak letak tp gantikan dgn garam bg rasa lemak sikit)

Ayak tepung. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.Keluarkan dr peti sejuk selepas 20minit dan terapkan kedalam acuan aluminium kecil dan bakarlah in preheat oven 180c selama 15-20minit.

Bahan
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
mix vegetables
Asparagus dipotong sebesar 1 cm (ibu tak letak pun)
Celeri dihiris halus (ni pun sama tak letak)
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
2 s/b minyak
Lada hitam ikut suka
garam


Bahan Kentang
ubi kentang (ibu rebus 4 biji yg saiz bese bkn yg beso)
susu segar (letak 3/4 cawan)
garam, serbuk lada hitam
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara:

Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada hitam.

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan celeri. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5. Masukkan inti ke dalam pastry yg tlh masak dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180 'C selama 20 minit
11. Sejukkan dan hidangkan.


Buat half aje adunan pastrinya.dapatlah dlm 11 biji saiz muffin tu.
Pastri nya rasa mcm kureng sikit mungkin aku yg tak pandai kot dah tu terlebih garing masa bakar pastri mungkin tu gak punca pai ni rasa kureng.Yg kentang tu memang sedap ada rasa mcm mash potato klu tambah chicken stok/kiub mesti jadik terus.


Resipi bawah ni lak saje gatal nak try lagipun kembar suka mkn udang yg adik lah kakak bg kat dia jgn kata nak mkn bila ibu dia bg langsung tak ambik hee..kakak ni payah betul nak suruh dia mkn.adik lak mkn udangnya aje yg tepung tu dikopeng buang hu..hu..penat je ibu dia buat celup2 mcm tu.yg abah ckp ni resipi mana lak comel benor rupa dia..he..he..abah ckp sedap(tp aku masak dlm 15 ekor pun tak abis sudahnya aku masuk peti aje)

Quote:

EBI FRY
sumber hanamemories.blogspot

Bahan-bahan
·8-10 ekor udang segar sederhana besar
·100g tepung tempura@tepung gandum
·100g serbuk roti
·1 biji telur
·garam
·lada sulah
·minyak utk menggoreng


Cara-cara
1.Kupas kulit udang, buang kepala dan basuh dengan bersih. kerat bwh bdn udang jgn smpai putus supaya udang tk bengkok masa dgoreng. (yg aku wat nih versi bengkok! mls nk kerat! hahaha)
2.lap menggunakan kicthen towel supaya tk meletop ketika menggoreng.taburkan garam dan lada sulah skit.
3.Lumur udang dengan tepung,then celup kat telur yg dah dipukul (pukul ngan garfu jer).. Pastuh lumur plak kat serbuk roti dan ratakan penuh.klu nk double croating korang ulang smula proses tadi.
4.Pastikan minyak dah panas. goreng udang hingga keemasan.
5.Angkat dan toskan.

mudah nak buat
mkn pun sedap
klu rasa nak angkat kat tamu pun mcm ada rupa ala2 hotel mari @ gaya restoran lah


Sabtu lepas kak zila @Cho Zila dtg lagi (mesti ramai tertanya nape rajin benor kak zila dtg umah aku bkn apa ada projek &hal sikit)tp kali ni dtg dgn 2A.Aku lak jenis klu tamu dtg mesti ada benda yg aku bg bese nya mknan lah.tak kiralah sape yg dtg mcm tu gak klu aku gi umah org mesti adalah benda yg aku bawak bese nya pun mknan gak. Jd drp takde apa aku nak jamu tamu aku wat lak muffin ni.spt kata mat gebu memang gebu org yg tak de gigi pun blh mkn abis.sedap memang sedap klu tak caya cubalah.

Quote:

ORANGE & POPYSEED MUFFIN
sumber tiffinbiru.blogspot.@ mat gebu

Bahan-Bahannya
125 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
125 g gula perang (brown sugar)
1/2 camca teh ovallate
1/2 camca teh garam halus (kalau guna butter biasa, tak yah letak garam)
150 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
10 g susu tepung*(*disatukan dan ayak)
25 g serbuk badam
2 biji telur gred A
15 g popy seed (biji kas-kas)
1 biji oren, parut kulitnya dan perah jus

Cara membuatnya
1.Panaskan oven pada suhu 170C. Putar mentega, gula perang dan ovallate hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata.
2.Satukan tepung yang telah diayak bersama popy seed dan serbuk badam, gaul rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren hingga habis. Gaul rata.
3.Sudukan ke dalam muffin cup, atau paper cup yang dialas dalam muffin mould (seperti gambar disini..), 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar 12- 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Adunan kat atas ni dpt lah dlm 22 biji.Tekstur muffin ni memang lain sikit tak mcm muffin bese tu rasanya yg soft tu blh teringat2 aje.Dptlah tapau kan utk 2A walaupun dia org ni duduk membatu kat umah aku
.

Aku kan memang gatal ber xperimen jumpa yg pelik sikit mulalah nak cuba lagipun tak pernah rasa nak cubalah buat.bahan2 pun tak susah.Blk keje ari jumaat tu aku singgah kat Bazaar jap gi cari paper rice ingat ke mahal rupanya idak mahal mana RM2.50 rasanya dlm tu ada 50 kpg kot.Bagus gak klu sesapa nak diet tak nak mkn popia grg blh lah cuba cara yg ini.bawah ni resipi yg hana buat aku lak letak aje bahan ini buat pai yg ada belen tu lg senang citer 2 in 1


Quote:


POPIA VIETNAMESE
sumber hanamemories.blogspot
Bahan-bahan
·4 helai daun salad
·1 lobak merak, diparut
·1 timun, dipotong memanjang
·8 ekor udang, direbus dan buangkan kulit
·Sedikit Taugeh
·Daun sup atau daun mint ikut selera masing2
·4 helai Rice Paper
·Sos: Saya mkn dgn sos Thai Mango Salad.-sos chili thai jer!
Cara-cara
1.Rendam 1 helai rice paper dalam air suam seperti dinyatakan kat pkt.
2.Letak rice paper tadi di atas pinggan, susun bahan2 diatasnya dan balut macam popiah.
3.Potong dua jika suka, dihidangkan segera atau simpan dlm bekas


ibu tak guna resipi atas ni letak aje inti pai kat dlm tu.resipi atas tu kot2 ada sesape nak cuba itu ler resipi asalnya

Yg lak aku buat ke esok kan harinya konon nak diet cara sihat padahal nak sedapkan tekak aje hee..he..

Bahan2
2 biji carrot potong pjg 2 inci dan potong nipis2
2 biji tomato ppotong dadu @ pjg mcm carrot pun blh
1 s/b gula
1/2 s/k garam
sedikit cuka
sos ikan@nampla
kacang tanah yg siap di grg dan di tumbuk

gaul kesemua bahan kemudian rasa ikut kesesuaian masing2


kembar dan budak2 punya
letak aje scrambel egg

2 biji telur
1 cawan susu segar
3 btg sosej
1/2 sudu garlic powder
1 s/k serbuk pasti sedap knor

masukkan kesemua bahan dlm kuali dan kacau sekali sekala sehingga telur masak




lagi menu yg dimasak minggu lepas.fruit cake dgn roti tu aje yg tak sama ari yg lain satu angkatan dgn yg atas tu resipi next n3 ya

Quote:
Cho Zila dtg lg umah ku yg kecik ni.kali ni dtg bawak 2A tp masing2 membatukan diri klu si azalia lagi lah dr mula dtg sampai nak blk duduk aje kat lantai tu tak bergerak tak bunyi suara langsung bila aku nak ambik gambar dia pun menyanyi ler lagu dayang senandung kejap hu..hu.. sudahnya mama dia kena duduk kat situ sekali.




sekarang kena wat n3 panjang2 sebab aku skrg ni dah terlebih rajin lah pulak mcm2 nak cuba projek2 kat atas tu jadi sebab kembar takde kat umah aku hantar dia kat nursery lepas siap masak baru gi ambik klu kembar ada kat rumah jgn haraplah dpt masak seme tu..

ok bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net