SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Nov-2009 04:30 Email | Share | Bookmark
APPLE PAI,BANANA BUTTER CAKE & RAINBOW CAKE

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam hai dah mula rasa penat nak update Fp lah..
tu lah byk sangat nak xperimen...
di tambah lak tenet yg skrg ni entah apa pasal selalu meragam..
lagi malas..
n3 bawah ni patutnya dah publish smlm tp di sebabkan tak leh nak download gambar kita tayang ari ni aje
seme ni aku masak last week .

Pai ni aku masak ari rabu lepas nak perabis apple yg ms wong bg tu jd lah apple pai ni.mula nak wat mcm ala2 Mc D sekali bila grg terbuka last2 aku buat mcm karipap.Apple pai ni aku bg kat nursery

Quote:

APPLE PAI ALA MC D
copy madiha

Bahan2
Minyak masak utk menggoreng

Bahan2 Inti
7 biji epal hijau ~ kopek kulit, buang biji & didadu kecil2
3 sudu besar kismis kuning
7 ~ 8 sudu besar gula pasir (nak manis tambah lagi)
½ ~ 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air

Bahan2 doh
4 cawan tepong gandum
½ cawan mentega sejuk
½ cawan shortening
air secukupnya utk menguli

Cara Menyediakan Inti
1. Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan kesemua bahan2 inti lalu dimasak sehingga inti kering & secukup rasa. Ketepikan hingga inti sejuk.

Cara Menguli Doh & Menyediakan Pai
1. Masukkan tepong, mentega & shortening dlm satu mangkuk besar lalu digaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yg lembut. Rehatkan selama 15 minit.
3. Ambil sedikit doh dan canai nipis (spt nak buat karipap). Potong doh yg dicanai dengan ukuran 6 inci x 8 inci.
4. Letakkan sikit inti diatas doh yg dicanai tadi. Sapukan sikit air (guna jari) di sekeliling pastri yg dicanai tadi lalu tutup inti. tekan2 sekeliling pai kemudian tekan sekali lagi dengan menggunakan garfu. (step ni aku lupa nak sapu air.. bila aku testing goreng... ada pai yg terbuka sikit.. keke.. last2 aku klim tepi pai macam nak buat karipap... selamat.. pai tak terbuka & inti pun tak keluar.. )
5. Bila siap semuanya.. barulah digoreng dlm minyak byk yg sederhana panas sehingga garing.
6. Waktu nak mkn.. hati2 sebab inti dlmnya panas... ala2 McD ler katakan...


yg ni dah lupa lak bila masak. buat half aje sebab telur tinggal betul2 2 biji aje(klu lah salah satu rosak sure tak jd)sedap gak cuma manis sikit...

Quote:

RAINBOW BUTTER CAKE (Chef Noraini)
Source : Chef Noraini Zakaria
mamafami.fotopages

Ingredients :

250 g butter
220 g castor sugar
220 g cake flour (I used multi purpose flour)
4 eggs (grade A)
1 teaspoon baking powder
50 ml evaporated milk (I used fresh milk)
1 teaspoon vanilla essence
Food coloring : Red, Yellow, Green
1 teaspoon cocoa powder


Method :

1. Line the baking tin with greaseproof paper.
2. Cream butter and sugar till fluffy.
3. Add in eggs, one at a time and continue beating.
4. Sift flour and baking powder together. Add into the butter mixture alternately with the milk, ending with flour.
5. Divide mixture into 4 portions. Add the colors and cocoa into each portions.
6. Scoop 2 tablespoons of yellow color onto the center of the baking tin.
7. Top it with 2 tablespoons of pink color onto the center of the yellow batter.
8. Do the same with the green and brown color and repeat the process till all the batter are used.
9. Bake in a preheated oven at 180 C for 45 to 50 minutes.


ni kes nak perabis pisang belen wat pengat pisang mula nak wat banana coklat cake tp mcm leceh aje lagipun pisang yg ada tak kena langsung.masa masuk umah cik mat gebu tu terus terpandang dia wat Banana Butter Cake rupa mcm mufin.aku pun cuba memang sedap dan gebuuuuu..tak rugi cuba tau

Quote:

BANANA BUTTER CAKE
resipi Alex Goh
copy tiffinbiru.blogspot

BAHAN-BAHANNYA
4 biji telur gred "A"
100 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
120 g tepung protein rendah (mat belasah guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
85 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
120 g pisang embun#(6 biji pisang abu saje lebih kan dan memang pisang tinggal 6 biji aje)
1/4 camca teh soda bicarbonate#
Secubit garam#(#dilecek hingga hancur)


CARA MEMBUATNYA

Putar gula halus dengan ovallate hingga rata. Masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
Masukkan pisang lecek, putar lagi dan akhir sekali masukkan mentega cari dan gaul rata menggunakan spatula.

Isikan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Biar kek sejuk dan hias ikut kreativiti masing2. Jika menggunakan loaf tin atau tin bulat panjangkan masa membakar 20 - 25 minit lagi atau hingga masak......


ini lak masak ari selasa lepas.tengok kat dapur mat gebu gak.

Quote:

PAI APPLE & CRANBERRIES
copy tiffinbiru.blogspot

BAHAN PASTRI
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries, contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis-ibu letak kismis aje)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie
CARA MEMBUATNYA

UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.
UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong


ni lak nak perabis pastri puff yg tinggal 4 keping jd latak lah tuna pas tu bakar abis citer tp dah tergaring sikit jd gelap lah rupanya.sedap garing2 pedas.ni pun kira resipi xpress klu ada tamu nak dtg umah.buat aje stok pastri jenama kawan dgn apa2 jenis tuna.aku guna marina chili tuna.tu yg nampak cili api kat dlm tu.



sekian...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net